[INFOGRAFIK] Perbezaan: Pembiayaan Peribadi Islamik vs Pinjaman Peribadi Kovensional

Pembiayaan peribadi atau pinjaman peribadi adalah pilihan ramai untuk menyelesaikan masalah kewangan sebab ia sangat fleksibel dan tidak memerlukan cagaran. Tidak seperti pinjaman kereta atau pinjaman rumah, kedua-dua pinjaman ini memerlukan cagaran apabila anda mohon pinjaman. Sekiranya anda tidak bayar balik pinjaman kereta atau pinjaman rumah anda, bank ada hak untuk ambil balik aset (cagaran) anda.

Jadi ramai memang suka fleksibiliti pembiayaan peribadi di mana anda boleh gunakannya untuk apa-apa tujuan seperti hal kecemasan, perkahwinan, penyatuan hutang, beli motor, perniagaan dan lain-lain. Tetapi, ada juga yang keliru dengan perbezaan antara pembiayaan peribadi Islamik dan pinjaman peribadi konvensional. Terutamanya apabila membaca istilah atau jargon Islamik dalam permohonan atau kontrak pembiayaan.

Dalam infografik ini, kami akan bandingkan perbezaan utama antara pembiayaan peribadi Islamik dan pinjaman peribadi konvensional dari segi jenis kontrak, kadar keuntungan, bayaran lewat, dan sebagainya. Semoga infografik ini boleh membantu anda jadi lebih faham perbezaan antara kedua-dua kemudahan pembiayaan ini.

Infografik ini disediakan oleh Direct Lending. Kami adalah sebuah platform pembiayaan peribadi yang menawarkan pembiayaan bank & koperasi yang selamat, dipercayai & patuh Shariah. Sekiranya anda memerlukan pembiayaan untuk selesaikan masalah kewangan anda, semak kelayakan di platform kami secara 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan yang akan dikenakan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang perbankan Islamik, baca artikel ini di mana kami menerangkan tentang konsep Bai Inah dan Tawarruq yang diaplikasikan dalam kebanyakan pembiayaan peribadi Islamik. Artikel tersebut juga berkongsi tentang terma Syariah yang sering digunakan dalam aplikasi permohonan atau kontrak. Contohnya seperti akad, ibra, wakalah dan lain-lain. Harap dengan info yang dikongsikan, anda jadi lebih faham dan tahu pembiayaan Islamik atau pinjaman konvensional yang mana lebih sesuai dengan diri anda.

Ingin mohon pembiayaan peribadi yang berkonsep Syariah?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter