[INFOGRAFIK] Inilah Cara Nak Clear Rekod CCRIS Anda

Ramai yang ingat kalau ada masalah CCRIS & CTOS, mereka tidak layak untuk buat pinjaman kerana dianggap telah disenarai hitamkan (blacklisted). Tapi sebenarnya itu bukanlah punca utamanya. Sekiranya rekod kredit anda kurang cantik, mungkin agak susah untuk anda dapat kelulusan pinjaman bank komersial yang dimohon.

Bagaimana pula rekod kredit dikatakan sebagai kurang cantik? Contohnya adalah seperti tunggakan pinjaman melebihi 3 bulan, disenaraikan di bawah ‘Special Attention Account’ (SAA) dan juga dikenakan tindakan undang-undang yang diambil oleh bank sebab komitmen pinjaman tidak berbayar.

Tapi jangan risau, masih ada cara atau solusi yang anda boleh gunakan untuk bersihkan rekod CCRIS dan CTOS. Inilah 7 cara mudah untuk bersihkan rekod buruk CCRIS anda. Semoga infografik ini bermanfaat untuk anda semua!

Infografik ini disediakan oleh Direct Lending – satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang boleh membantu anda cari, banding dan mohon pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda. Sekiranya anda ada masalah CCRIS, CTOS, SAA atau AKPK, anda masih berpeluang untuk mohon pinjaman koperasi di platform Direct Lending. Semak kelayakan anda secara percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

Ringkasan:

1. Buat penyatuan hutang & auto debit

Gabungkan semua hutang anda dengan penyatuan hutang agar anda boleh fokus bayar satu ansuran. Tetapkan pembayaran ansuran bulanan secara automatik untuk pastikan anda disiplin bayar ansuran bulanan tepat pada masanya.

2. Selesaikan pinjaman tertunggak dulu

Anda perlu fokus untuk jelaskan pinjaman tertunggak anda terlebih dahulu dan jadikannya sebagai keutamaan, barulah rekod anda akan jadi lebih cantik. Cuba kurangkan perbelanjaan yang kurang penting seperti kehendak anda. Contoh seperti beli kopi mahal, gajet terbaru, pakaian branded dan lain-lain.

3. Jana income tambahan

Anda juga boleh jana pendapatan tambahan terutamanya selepas waktu kerja atau hujung minggu. Gunakan pendapatan ini untuk bantu jelaskan hutang anda.

4. Buat pembiayaan semula hutang kad kredit

Anda boleh pilih untuk buat pembiayaan semula. Misalnya untuk settlekan hutang kad kredit dengan mencari pinjaman peribadi berkadar rendah. Pinjaman baru tersebut boleh bantu anda rendahkan ansuran bulanan anda.

5. Mohon pinjaman koperasi

Sekiranya anda adalah seorang penjawat awam, anda masih layak untuk mohon pinjaman koperasi yang menerima peminjam yang ada rekod negatif CCRIS atau CTOS. Pinjaman koperasi juga adalah satu alternatif untuk bantu anda tutup (overlap) hutang sedia ada.

6. Buat penjadualan semula

Jika anda rasa tidak mampu untuk tampung bayaran balik bulanan, anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk buat penjadualan semula.

7. Amalkan disiplin

Akhir sekali, jika anda berjaya ikut cara-cara di atas, pastikan anda amalkan disiplin untuk buat bayaran tanpa ada kelewatan. Jangan lupa pantau rekod CCRIS anda dari masa ke masa. Belajar cara untuk baca rekod CCRIS anda di artikel ini perbezaan CCRIS & CTOS dan cara untuk baca laporan CCRIS.

Untuk sambung baca dengan lebih lanjut tentang cara untuk bersihkan rekod, bolehlah rujuk artikel kami – 7 cara untuk bersihkan rekod CCRIS anda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter