Content Creator and Business Journalist

Pelepasan cukai 2025 adalah sistem yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di mana pembayar cukai dibenarkan memotong sejumlah wang daripada hutang cukai mereka. Beberapa jenis pelepasan termasuk insurans hayat, perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa, yuran pendidikan individu, serta pembelian komputer riba atau telefon pintar. Dengan cukai pelepasan 2025, anda boleh mengurangkan pendapatan bercukai, sekali gus mempengaruhi kadar cukai yang dikenakan.
Sekiranya diuruskan dengan baik, ia boleh menjimatkan sejumlah besar wang dan membantu pengurusan kewangan peribadi serta pinjaman anda. Sama ada baru bekerja atau ingin membuat penyenggaraan semula, panduan ini akan membantu anda isi e-Filing 2026 melalui portal MyTax 2026 serta menyenaraikan pelepasan cukai tahun taksiran 2025 yang boleh dituntut.
Sila rujuk jadual di bawah untuk perbandingan pelepasan sebelum 2025 dan had baharu 2025:
| Kategori | Pelepasan Sebelum 2025 (YA ≤ 2024) | Pelepasan Baharu 2025 (YA 2025 ke atas) |
|---|---|---|
| Individu OKU (pembayar cukai OKU) | RM6,000 | RM7,000 |
| Pasangan OKU (disabled spouse) | RM5,000 | RM6,000 |
| Anak belum berkahwin OKU | RM6,000 | RM8,000 |
Semua pelepasan ini boleh dituntut melalui e-Filing 2026 untuk tahun taksiran 2025. Pastikan anda menyemak syarat dan menyediakan dokumen sokongan seperti resit dan polisi insurans.
(dikemaskini pada 10 Disember 2025)

Pada setiap bulan pastinya anda akan menerima slip gaji sekiranya sudah bekerja. Jika gaji bulanan anda lebih kurang RM2,833.33 (atau lebih daripada RM34,000 setahun) selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda perlu membayar cukai.
Jika anda bekerja secara bebas atau freelancer yang menerima pendapatan dari syarikat Malaysia ataupun mempunyai perniagaan sendiri, anda juga perlu membayar cukai jika pendapatan anda mencecah RM34,000 setahun. Ada juga beberapa syarikat yang membuat potongan cukai daripada gaji anda.
Harap maklum, pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Jadual menunjukkan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran.
| JENIS TAKSIRAN | PENDAPATAN TAHUNAN (RM) | PENDAPATAN BULANAN (RM) |
|
Diri Sendiri (Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan) |
37,333 | 3,111 |
| Berasingan | ||
| 1. Berkahwin + 0 Anak | 37,333 | 3,111 |
| 2. Berkahwin + 1 Anak | ||
| 3. Berkahwin + 2 Anak | 41,333 | 3,444 |
| Bersama | ||
| 1. Berkahwin + 0 Anak | 48,000 | 4,000 |
| 2. Berkahwin + 1 Anak | 50,000 | 4,167 |
| 3. Berkahwin + 2 Anak | 52,000 | 4,333 |
Nota:
Cukai-cukai yang anda bayar tersebut akan digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan negara seperti membayar pegawai kerajaan, membina infrastruktur, biasiswa, kemudahan seperti taman rekreasi awam, institusi pendidikan, inisiatif kesihatan, sekuriti, pertahanan, pencen termasuk kajian sains dan perubatan.
Sehubungan itu, cukai pendapatan bukan sahaja amalan berkongsi rezeki, tetapi juga menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai dan melaporkan pendapatan tahunan.
Jika anda tidak membayar cukai, anda boleh dikenakan penalti 10% daripada pendapatan bercukai anda. Kemudian, anda boleh dikenakan lagi penalti 5% selepas sebulan anda tak bayar. Ini boleh menjadi punca hutang tertunggak jadi lebih baik anda selesaikan bayaran cukai secepat mungkin. Kesalahan penuh tak bayar cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.
Jika anda masih tak membayar hutang cukai setelah sekian lama, tindakan mahkamah boleh dikenakan. Harta benda dan barang peribadi anda akan disita oleh pihak kerajaan seperti seorang yang digelar muflis. Anda juga boleh dipenjarakan jika hutang cukai tersebut masih tidak diselesaikan walaupun setelah disita harta benda.
Sebagai seorang yang berhutang, sekatan perjalanan keluar negara boleh dikenakan. Perkara ini boleh berlaku jika anda seorang pengarah syarikat Malaysia yang tidak menyatakan dan membayar cukai pendapatan. Hal ini akan mengimpak perniagaan serta menjejaskan kualiti hidup anda.
Borang e-Filing untuk tahun taksiran 2025 akan bermula 1 Mac 2026. Oleh itu, sila pastikan anda sudah pun mempunyai akaun MyTax LHDN bagi memudahkan proses mengisi e-Filing.
Jika anda baru pertama kali membuat pembayaran cukai, sebelum anda menggunakan e-Filing anda kena dapatkan nombor cukai pendapatan dulu. Ada 2 kaedah untuk dapatkan nombor cukai pendapatan, melalui online (e-Daftar) atau secara manual dengan isi borang di kaunter cawangan LHDN.
Isi Borang Di Cawangan LHDN
Anda kena dapatkan dulu nombor cukai pendapatan secara manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:
Daftar Online (e-Daftar) di Portal MyTax LHDN
Portal MyTax ini adalah satu platform yang menjadi akses utama kepada perkhidmatan ezHASiL secara online yang melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Portal MyTax ini menjadi laman web rasmi untuk anda menggunakan perkhidmatan e-Filing LDHN, e-Daftar LHDN, ByrHasil untuk bayar cukai pendapatan, e-Janji Temu untuk permohonan janji temu (appointment) untuk Percukaian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem dan banyak lagi. Portal ini diperkenalkan untuk memudahkan para pembayar cukai untuk membayar cukai tepat pada masanya tanpa perlu hadir ke cawangan LHDN.
Antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut: pasport bagi BUKAN warganegara Malaysia dan sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan).
Jika anda sudah dapat nombor cukai pendapatan, anda perlu dapatkan no PIN untuk mengaktifkan akaun di portal MyTax LHDN.
Cara Log Masuk di MyTax (Pengguna Berdaftar Tapi Tiada Sijil Digital)
e-CP55D – Borang permohonan nombor pin bagi log masuk kali pertama secara online
Selepas klik pada pautan yang dihantar ke e-mel, anda boleh teruskan proses untuk daftar sijil digital.
Jika paparan menunjukkan anda tiada sijil digital, anda kena dapatkan dulu no pin baru dapat log masuk ke MyTax dengan sijil digital yang akan dihantar ke e-mel anda.

1.Log masuk ke portal MyTax dan kemudian klik "Klik di sini untuk Pengisian & Penghantaran" di menu kanan.
2. Klik tahun taksiran yang betul untuk status anda. (e-Borang BE tahun taksiran 2025 akan mula dibuka mulai 01/03/2026)
Ini senarai borang e-Filing LHDN yang ada di portal MyTax untuk rujukan anda:
Maklumat pada borang e-Filing terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
4. Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda dan pelepasan cukai anda
5. Akhir sekali anda perlu sahkan borang cukai taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online
6. Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisikan, sila klik ‘Tandatangan & Hantar’. Apabila anda sudah klik, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisikan.
Ada 2 cara untuk buat pembayaran cukai: Bayaran FPX Menggunakan No. Pengenalan Cukai atau Bayaran FPX Menggunakan Nombor Bil. Kedua-dua pembayaran cukai pendapatan ini boleh dilakukan melalui FPX, kad kredit, kad debit, kaunter pusat bayaran LHDNM, bank, pejabat pos dan pindahan wang dari luar negara. Untuk pembayaran cukai pendapatan melalui FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai, pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
Setelah anda mengisi dan menghantar borang untuk e-Filing cukai, anda perlu membayar jumlah tertera sebagai pendapatan bercukai. Ingat, anda akan dikenakan penalti 10% jika lambat bayar dan seterusnya 5% selepas sebulan masih tak dibayar. Jika anda ingin mengelakkan penalti dan hutang lapuk, lebih baik anda lengkapkan e-Filing dan bayar cukai secepat mungkin. Jadilah seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab supaya kehidupan anda, keluarga, jiran dan rakan-rakan di negara ini terus kekal aman dan selesa. Membayar cukai dapat mengukuhkan lagi pengurusan kewangan keluarga jika anda sudah bekeluarga.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.97% atau secepat 2 hari bekerja.
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.