i-Sinar Kategori 1 KWSP Kini Telah Dibuka, Ini 4 Langkah Mohon Tanpa Gunakan i-Akaun - Direct Lending Malaysia

i-Sinar Kategori 1 KWSP Kini Telah Dibuka, Ini 4 Langkah Mohon Tanpa Gunakan i-Akaun

Berita baik buat pencarum dan ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19, kini permohonan i-Sinar kini telah pun dibuka.

Permohonan untuk pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP ini dibuka hanya bagi Kategori 1 sahaja dan ianya juga boleh dimohon tanpa menggunakan i-Akaun.

Bagi Kategori 1, ahli yang layak termasuk:

  • Ahli yang bekerja di sektor formal
  • Ahli yang bekerja sendiri & bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • Ahli yang hilang pekerjaan
  • Ahli adalah seorang suri rumah
  • Ahli diberi notis cuti tanpa gaji

Kriteria bagi Kategori 1 pula meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Bagi yang telah membuat semakan dan kelayakan sebelum ini, anda boleh saja terus tengok langkah-langkah membuat permohonan di bawah ini.

Berikut dikongsikan langkah membuat permohonan i-Sinar bagi Kategori 1 KWSP melalui perkongsian Syima Rifqi Aisy di Facebook hari ini yang telah berjaya membuat permohonan diproses untuk kelulusan.


Cara Mohon i-Sinar KWSP Kategori 1 Tanpa i-Akaun

1. Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/

  • Isikan Nombor MyKad
  • Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri

 2. Pilih amaun pendahuluan berdasarkan kelayakan

  • Amaun bulanan pula akan ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan
  • Pilih bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online masukkan akaun bank
  • Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah

3. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan


4. Klik butang hantar

  • Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021

Mudah bukan? Tanpa harus diingatkan status permohonan ini sama ada diluluskan atau tidak hanya akan dapat diketahui mulai 4 Januari 2021.

Oleh itu, anda boleh membuat semakan pada tarikh berkenaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua 🙂

Kredit: Facebook Syima Rifqi Aisy

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda secara percuma sekarang. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter