8 Kereta MPV Murah Bajet RM100K Untuk Keluarga Besar
kereta mpv

8 Kereta MPV Murah Bajet RM100K Untuk Keluarga Besar

Kereta merupakan kemudahan penting dalam sebuah keluarga. Jika baru berkahwin anda mungkin selesa dengan kereta 4 seater yang dapat memuatkan 1-4 orang penumpang termasuk pemandu. Namun, semakin besar keluarga, kereta 4 seater mungkin sudah tidak muat untuk seluruh ahli keluarga anda.

Oleh itu, tiba masanya untuk mencari kereta 6-7 seater seperti kereta MPV dan kereta SUV yang sesuai untuk keluarga besar anda. Tidak dinafikan harga sebuah kereta family memang mahal berbanding kereta sedan biasa. Jadi, kami akan kongsikan tips beli kereta MPV dan senaraikan 8 model kereta MPV / SUV yang murah dan mampu milik di Malaysia berharga RM100K ke bawah. Sangat sesuai untuk family yang besar dan ramai anak yang nak beli kereta pada tahun 2023.

Tips Beli Kereta MPV Untuk Keluarga

 

1. Tahu tujuan beli kereta keluarga 

Pembelian kereta bukanlah pembelian kecil ibarat membeli garam di kedai, ianya adalah satu komitmen besar yang akan ditambah dalam senaraikan hutang anda. Jadi, jika anda mahu menambah komitmen baru adalah lebih baik berbincang dengan pasangan atau ahli keluarga terlebih dahulu. Adakah kereta ini dibeli kerana anda mempunyai ahli keluarga yang tinggal serumah semakin ramai? Adakah anda sudah merancang untuk mempunyai lebih daripada 2 anak? Atau adakah kereta ini akan digunakan untuk bisnes anda? Apa yang penting, anda bukanlah membeli kereta ini disebabkan tujuan yang tidak perlu, anda harus memikirkan kegunaannya di masa depan juga.

2. Semak kelayakan beli kereta keluarga

Tips kedua, anda kena pastikan pembelian kereta ini tidak membebankan anda setiap bulan. Oleh itu, anda kena semak kelayakan untuk tahu model kereta yang sesuai dengan komitmen kewangan dan bajet anda. Biasanya, bank akan kira DSR untuk semak kelayakan anda membuat pinjaman baru. DSR (Nisbah Khidmat Hutang) bermaksud nisbah komitmen kewangan terhadap pendapatan bersih anda.

Anda perlu tahu adalah semakin tinggi nilai DSR seseorang peminjam, bermakna berkemungkinan semakin sukar bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman baru kerana sebahagian daripada gaji mereka sudah pun digunakan untuk membayar hutang sahaja.

  • Formula kira DSR
[Komitmen Bulanan ÷ Pendapatan Bersih x 100%= DSR]

Komitmen Bulanan = Hutang yang termasuk dan tercatat di dalam rekod CCRIS sahaja.

Oleh itu, anda hanya perlu pastikan nilai yang anda dapat tidak melebihi DSR maksimum yang ditetapkan oleh institusi bank yang anda ingin mohon. Had maksimum DSR adalah berbeza mengikut setiap institusi bank dan bergantung kepada profil kewangan pemohon tersebut.

*Anda digalakkan untuk kekalkan nilai DSR kurang daripada 60% di mana nilai tersebut merupakan “nilai selamat” atau had maksimum bagi kebanyakkan institusi bank di Malaysia.

  • Kira harga kereta yang sesuai untuk anda

Selepas mengetahui nilai DSR, jika ianya dibawah 60%* anda boleh teruskan mengira harga kereta yang sesuai untuk anda. Ada 2 cara untuk kira:

Pertama, anda boleh guna formula gaji setahun.

[Gaji bulanan x 12 bulan = Kereta yang anda mampu beli]

Kedua, pastikan ansuran bulanan mesti tidak melebihi 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji anda. Contoh kiraan untuk kira ansuran bulanan kereta seperti berikut:

cara beli kereta mpv
Cara Kira Kemampuan Beli Kereta

 

  • Rekod kredit CCRIS/CTOS yang cantik

Jika anda merancang untuk beli kereta secara pembiayaan sewa beli, anda juga harus pastikan rekod kredit di dalam laporan CCRIS & CTOS adalah positif dan tiada rekod negatif dan tunggakan bayaran. Ini adalah untuk memastikan loan kereta anda cepat lulus, lagi cepat anda dapat kereta tersebut.

3. Pilih jenis kereta keluarga – MPV vs SUV

Kereta keluarga yang biasanya digunakan di dalam Malaysia adalah kereta MPV dan kereta SUV. Walaupun kedua-kedua kereta ini bersaiz besar dan luas berbanding kereta sedan dan kereta compact. Ada kelebihan dan kekurangannya juga. Berikut adalah perbezaan untuk kedua jenis kereta keluarga ini.

Perbezaan SUV dan MPVKereta SUVKereta MPV
Kapasiti penumpangMempunyai 5 hingga 7 tempat duduk penumpangBoleh membawa lebih daripada 7 penumpang
Ruang storanTerhadBesar dan Praktikal
KeselesaanSesuai untuk keluarga yang suka mengembara kerana bersifat ladder frame lasakSesuai untuk pemanduan jauh seisi keluarga dengan lebih banyak fungsi untuk keluarga
PemanduanPraktikal di kawasan bandar atau permukaan jalan yang mencabar kerana mudah parkir dan tahan lasakMudah keluar masuk kerana lantainya yang cecah ke bumi dengan kemudahan sliding door
PenjimatanJimat api kerana reka bentuk seakan keretaMenggunakan banyak tenaga kerana seperti rumah bergerak

Kedua-dua jenis kereta keluarga ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Terpulang kepada anda untuk memilih jenis kereta yang sesuai dengan keperluan keluarga anda.

Pada pandangan kami pula, kereta MPV lebih sesuai untuk isi keluarga yang ramai dan lebih sesuai. Kereta MPV nampak lebih praktikal dan lebih mengutamakan keselesaan ahli keluarga, terutama anak kecil.

4. Melawat bilik pameran (showroom) 

Apabila anda melawat bilik pameran untuk kereta mpv yang anda pilih, barulah anda boleh nilai dengan lebih jelas kelebihan kereta tersebut. Anda juga boleh cuba untuk test drive jika mahukan penilaian yang lebih puas hati. Selepas itu, jangan lupa untuk ambil brochure yang disediakan di dalam bilik showroom. Anda boleh kumpul semua kereta yang anda lihat dan bandingkan ciri-ciri setiap kereta lebih terperinci.

Jangan lupa untuk tanya ejen kereta jika ada sebarang promosi seperti rebat, diskaun, dan free gift jika anda beli kereta di outlet tersebut. Kalau bertuah, anda juga akan ditawarkan untuk masuk cabutan bertuah dan berpeluang untuk menang hadiah menarik jika membeli kereta tersebut. Namun, ianya bergantung dengan outlet kereta tersebut. Tak semua ejen menawarkan manfaat dan promosi seperti yang dinyatakan tadi. Sila rujuk kepada pihak mereka untuk maklumat lanjut.

5. Ketahui kos pemilikan untuk kereta keluarga

Jika anda sudah mempunyai kereta sedia ada, anda mungkin sedar bahawa kos untuk menanggung sebuah kereta adalah lebih mahal daripada jumlah ansuran bulanan dan tidak menentu. Yelah, anda bukan sahaja kena bayar ansuran bulanan anda kena sedia juga membayar kos untuk tanggung servis kereta, kos untuk repair jika ada kerosakan, kos minyak kereta, aksesori, roadtax dan lain-lain lagi. Oleh itu, pastikan anda tahu anggaran kos kereta untuk memastikan anda tahu jumlah tabung kecemasan yang perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kerosakan dimasa depan.

Sebagai contoh, jika anda mahu membeli kereta Model Perodua Alza 2022 1.5 yang berharga RM 62,500.

Tempoh Pinjaman9 Tahun7 Tahun
Amaun pinjaman (90%)RM 56,250RM 56,250
Ansuran BulananRM 661.46RM 810.27
Kos Servis = RM 118.70 ( 6 bulan sekali)RM 19.78 / *SebulanRM 19.78 / *Sebulan
Insurans = RM 1,872.80/ setahunRM 156.07/ *SebulaRM 156.07/ *Sebulan
Road Tax= RM 90/ SetahunRM 7.50/ *SebulanRM 7.50/ *Sebulan
MinyakRM 344.40RM 344.40
Parking/ TolRM 200RM 200
Anggaran Jumlah Kos SebulanRM 1,389.21RM 1,538.02

Sumber: 4 Kereta Mampu Milik & Pengiraan Bayaran Bulanan

Nota: Amaun yang bertanda (*sebulan) adalah jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan untuk membiayai kos tambahan kereta. Ringkasnya, walaupun kos bayaran bulanan Perodua Alza 2022 adalah mampu milik anda juga harus bersedia untuk membayar kos tambahan seperti, kos servis kereta, insurans, road tax, minyak, parking dan tol. 

6. Jenis pembiayaan kereta

Untuk meneruskan pencarian kereta MPV untuk keluarga, anda perlu pilih apakah jenis pembiayaan yang anda akan gunakan untuk beli kereta. Jika mampu, anda boleh gunakan duit simpanan atau tunai untuk membeli kereta secara tunai. Ini adalah cara paling mudah untuk menambah aset tanpa perlu menambah ansuran bulanan pinjaman anda.

Sedia  maklum harga untuk sebuah kereta MPV di Malaysia bermula RM50K dan ke atas. Ada juga yang cecah RM1 juta. Oleh itu, kami faham jika ada yang tidak mampu untuk beli secara tunai. Cara kedua, adalah dengan membuat pinjaman sewa beli kereta (pinjaman kereta). Jika anda gunakan pinjaman kereta, anda akan membayar satu amaun setiap bulan kepada bank sehinggalah jumlah hutang kereta selesai. Anda juga perlu sediakan sekurang-kurangnya 10% wang deposit untuk memastikan ansuran bulanan anda tidak membebankan.

Jika anda tidak kisah untuk memiliki hanya sebuah kereta, anda boleh jual kereta sedia ada dan gunakan wang tersebut untuk membiayai kereta MPV baru. Duit tersebut boleh dijadikan wang deposit, dan lebihnya boleh digunakan untuk aksesori kereta baru atau masukkan dalam dana kecemasan untuk menanggung kos tambahan kereta anda.

Selepas itu, anda boleh membuat pinjaman peribadi dan gunakan wang tersebut sebagai tambahan untuk beli kereta secara tunai. Cara ini lebih menguntungkan jika anda dapat memperolehi pinjaman dengan kadar tetap yang lebih murah berbanding pinjaman sewa beli. Anda juga dapat mengelakkan sebarang perubahan sepanjang tempoh pembiayaan jika ada kenaikan OPR.

Jika anda memilih untuk membuat sebarang pinjaman pastikan ianya dibawah kemampuan anda dan mampu milik untuk anda bayar setiap bulan.

Cara lain juga, anda boleh trade in kereta lama yang belum habis bayar dengan kereta baru. Namun, anda kena pastikan untuk pilih ejen dan platform jual kereta yang dipercayai untuk memudahkan dan mempercepatkan proses anda menukar kereta lama ke kereta baru ini.

8 Kereta MPV & SUV Mampu Milik Untuk Keluarga Besar (Bawah RM100K)

 

Perodua Alza

Perodua Alza merupakan MPV pertama keluaran Perodua merupakan MPV paling laris jualannya di Malaysia. Perodua Alza boleh muat sehingga 7 tempat duduk. Walaupun sudah lebih 5 tahun di pasaran, reka bentuk kereta ini masih moden dan menarik. Perodua Alza dikatakan alternatif selain kereta sedan disebabkan baris ketiga kereta ini lebih sesuai dijadikan ruang untuk simpan barang berbanding ruang untuk duduk. Hal ini kerana, kerusi barisan ke 3 Perodua Alza agak rendah dan sempit untuk orang dewasa. Tambahan lagi, tiada corong penghawa dingin untuk penumpang yang duduk di barisan ini.

Sumber gambar: Perodua

Harga OTR Perodua Alza (tidak termasuk insuran)

  • 2018 Perodua Alza 1.5 S MT RM 49,944
  • 2018 Perodua Alza 1.5 S AT RM 52,661
  • 2018 Perodua Alza 1.5 SE AT RM 55,186
  • 2022 Perodua Alza 1.5 X RM 62,500
  • 2022 Perodua Alza 1.5 H RM 68,000
  • 2022 Perodua Alza 1.5 AV RM 75,500

Proton Exora

Jika anda lebih memilih jenama Proton berbanding Perodua, adalah MPV pertama daripada Proton yang menawarkan ruang dan keselesaan yang paling ideal bagi sebuah keluarga besar. Proton Exora adalah 7 seater MPV dalam kategori bersaiz sederhana besar yang berharga di bawah RM100K. Reka bentuk Proton Exora kelihatan seperti kereta MPV biasa dengan rekaan dashboard yang kurang menonjol. Bagi ruang tempat duduk pula, ianya lebih selesa berbanding Alza kerana semua barisan tempat duduk daripada hadapan sehingga belakang mempunyai penyaman udara.

Sumber gambar: Carlist

 

Walau bagaimana pun, jika anda mahu memasang tempat duduk bayi, harus diingatkan yang kereta ini tidak dilengkapi ISOFIX. Oleh itu, jika anda mahu memasang kerus bayi anda kena beli kerus bayi yang ada besi penyambung ISOFIX.

Harga OTR Proton Exora (tidak termasuk insuran)

  • 2019 Proton Exora 1.6 Executive CVT RM 59,800
  • 2019 Proton Exora 1.6 Premium CVT RM 66,800
  • 2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT RM 62,800
  • 2022 Proton Exora 1.6T Premium CVT RM 69,800

Perodua Aruz

Walaupun body type kereta Perodua Aruz ini sebenarnya dalam kategori SUV disebabkan reka bentuknya yang kompak, tetapi kereta keluarga ini mampu untuk memuatkan 7 penumpang. Berbanding kereta MPV model buatan Malaysia yang lain, pelbagai corak gaya yang jelas terinspirasi oleh SUV kompak moden, yang menjadikan Perodua Aruz kelihatan agak lasak dan sangat moden pada masa yang sama.

Sumber gambar: Perodua

Oleh itu, Perodua Aruz adalah salah satu jenis jenis kereta SUV atau kereta besar paling popular di pasaran Malaysia. Model kereta ini juga dilengkapi dengan 6 beg udara dan kawalan kestabilan untuk semua varian. Tempat duduk di barisan ketiga juga menawarkan keselesaan yang baik yang menjadikan kereta ini sesuai untuk perjalanan yang jauh.

Harga OTR Perodua Aruz  (tidak termasuk insuran)

  • 2019 Perodua Aruz 1.5 AV RM 73,226
  • 2019 Perodua Aruz 1.5 X RM 72,900
  • 2021 Perodua Aruz 1.5 X RM 72,900
  • 2021 Perodua Aruz 1.5 AV RM 77,900

Proton Ertiga

Proton Ertiga merupakan MPV bersaiz kompak di bawah model abangnya Proton Exora. Di pasaran Malaysia, ianya bersaing dengan model seperti Perodua Alza, Toyota Avanza dan Sienta serta Grand Livina. Proton Ertiga merupakan kenderaan pertama keluaran Proton yang dilancarkan pada bulan November 2016, telah menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Model daripada Proton ini merupakan model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan, satu kelebihan berbanding pesaingnya yang lain.

Sumber gambar: Proton

Walaupun kereta ini mampu memuatkan sehingga 7 orang dewasa dengan selesa di semua posisi tempat duduk namun ianya hanya diiktiraf sebagai MPV 6 tempat duduk kerana tiada seat belt ketiga di kerusi baris kedua. Namun, Proton telah menghentikan Ertiga dan model Kereta ini sudah tidak diproduksi lagi di dalam Malaysia.

Oleh itu, jika anda berminat dengan kereta ini anda boleh beli kereta Proton Ertiga terpakai yang ada di pasaran. Harga Proton Ertiga terpakai serendah RM 35,800 untuk varian Proton Ertiga 1.4 VVT Executive 2017 sehingga RM 45,800 untuk varian Proton Ertiga 1.4 VVT Xtra Premium MP 2019.

Toyota Veloz

MPV terbaru ini baru sahaja dilancarkan yang merupakan sebuah crossover premium 7 tempat duduk yang lengkap dengan pelbagai features termaju. Model ini dikatakan ‘sportier version’ berbanding Toyota Avanza kerana ianya boleh menggantikan kereta Vellfire and Alphard di Malaysia.

Sumber gambar: Toyota

Reka bentuk luarannya yang garang dan premium, membuatkan kereta ini lebih menarik digunakan untuk keluarga anda. Toyota Veloz ni juga hadir dengan keluasan dalaman lebih besar dengan susunan tempat duduk yang fleksibel demi keselesaan keluarga. Kalau pergi ke destinasi yang jauh berbatu-batu pun tak jadi masalah.

Harga OTR Toyota Veloz  (tidak termasuk insuran)

  • 2022 Toyota Veloz 1.5 AT RM 95,000

Toyota Avanza

Tidak asing lagi Toyota Avanza merupakan kereta MPV yang sudah lama digunakan sebagai kereta keluarga oleh rakyat Malaysia. Pada 2019, model ini membuat ‘comeback’ dengan reka bentuk yang lebih moden serta feature dalaman yang lebih menarik berbanding model seawal tahun 2012 dulu.

Sumber gambar: Wapcar

Kereta ini dikatakan menjadi pesaing kepada Perodua Aruz and Honda BR-V kerana range harga yang lebih kurang sama. Seperti biasa, Toyota Avanza memuatkan 7 orang penumpang, namun untuk baris terakhir sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak tinggi.

Harga OTR Toyota Avanza  (tidak termasuk insuran)

  • 2019 Toyota Avanza 1.5E RM 77,963
  • 2019 Toyota Avanza 1.5S RM 80,849
  • 2019 Toyota Avanza 1.5S+ RM 84,849

Honda BR-V

Kereta terbaik untuk keluarga seterusnya adalah Honda BRV. Walaupun body type kereta ini adalah jenis SUV, tetapi ia boleh memuatkan sehingga 7 penumpang dewasa, jadi sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Honda BRV juga memiliki kabin yang luas dan selesa untuk pemanduan jauh bersama keluarga tersayang.

Sumber gambar: Honda

Kereta ini juga sesuai untuk anda yang mahukan kereta keluarga jimat minyak kerana Honda BRV, memiliki Eco indikator untuk lebih penjimatan minyak. Ianya juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan mendapat 5 bintang dan diiktiraf oleh ASEAN NCAP.

Pada tahun 2017, model ini sering dibandingkan dengan Toyota Avanza. Kini, kereta ini juga menjadi pesaing sengit berbanding kereta Toyota Rush dan Perodua Aruz.

Harga OTR Honda BRV  (tidak termasuk insuran)

  • 2020 Honda BR-V 1.5L E RM 90,700
  • 2020 Honda BR-V 1.5L V RM 97,700

Mitsubishi Xpander

Jika anda mencari kereta MPV yang boleh memuatkan 7 penumpang dan juga praktikal untuk memuatkan barang, Mitsubishi Xpander adalah pilihan terbaik! Expander adalah kereta praktikal dengan banyak ruang untuk mengatur barang seperti kotak kargo, konsol tengah besar, ventilasi udara belakang dan lantai but dua tingkat.

Sumber gambar: Mitsubishi

Kereta ini juga merupakan pesaing hebat kepada kereta Honda BR-V, Perodua Aruz dan Toyota Rush. Setakat ini hanya 1 varian yang tersedia. Kereta ini  mempunyai reka bentuk luaran yang moden, serta feature dalaman yang menarik seperti kerusi jenis ‘leather’ yang mengutamakan keselesaan penumpang.

Harga OTR Mitsubishi Xpander  (tidak termasuk insuran)

  • 2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L RM 96,800

Perbandingan Harga Kereta MPV/SUV Mampu Milik di Malaysia

 

kereta mpv

**Nota: Pengiraan ansuran bulanan dianggarkan jika amaun pinjaman (90%), tempoh pinjaman 7 tahun, kadar faedah 3%.

* Kiraan anggaran kelayakan gaji ini berdasarkan harga kereta = 12 bulan gaji anda. Nilai di atas hanya jumlah yang disarankan sahaja supaya anda tidak terbeban dengan kos bayaran bulanan dan kos servis kereta nanti.

 

Jadi kereta MPV / SUV yang mana sesuai sebagai kereta keluarga anda?

 

Berdasarkan jadual di atas, harga untuk setiap kereta MPV masih jauh walaupun semuanya di bawah RM100K.

Namun, tak semestinya juga kereta yang mahal mempunyai ciri-ciri yang bagus dan tak semestinya yang murah itu tidak berkualiti. Mungkin juga harga mahal tidak berbaloi dengan harganya.

Oleh itu, ada beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli model kereta MPV atau SUV untuk keluarga anda.

  • MPV yang berkuasa tinggi dan seronok untuk dipandu
  • MPV yang bergaya dan menarik perhatian
  • MPV yang digunakan hanya untuk sekali sekala apabila berjalan jauh
  • MPV yang murah tapi besar
  • MPV yang jimat kos ‘maintenance’
  • MPV yang menawarkan lebih jumlah penumpang dan keselesaan ruang
  • MPV yang jimat serta ekonomi
  • MPV yang digunakan hanya untuk 5 penumpang tetapi mahukan ruang bagasi besar (kerusi baris ketiga tidak digunakan)
  • MPV yang digunakan harian (jauh dan dekat) kerana ianya satu-satunya yang anda ada
  • MPV yang selamat dan spesifikasi tinggi
  • MPV yang mempunyai ‘resale value’ yang tinggi

Video: 8 Kereta Keluarga MPV Terbaik Bawah RM100K Tahun 2023

Kesimpulan

Jika anda sudah membuat pilihan, tapi masih tak cukup bajet untuk beli kereta baru, anda boleh juga pertimbangkan untuk beli kereta terpakai. Dari segi reka bentuk dan feature mungkin tidak secanggih kereta model baru, tetapi jika anda ingin gunakan kereta ini hanya untuk perjalanan jauh atau mungkin sebulan sekali apa salahnya. Anda kena tahu beli kereta bukannya keputusan jangka masa pendek, tetapi akan beri kesan pada masa depan juga.

Semoga panduan yang diberikan ini dapat membantu anda membuat pembelian kereta MPV atau SUV yang tepat dan berbaloi untuk keselesaan anda dan keluarga.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi bank dan koperasi dan juga pinjaman wang berlesen dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia.

Kami bantu anda untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai dengan anda. Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan. Kami juga menawarkan Pembiayaan Auto Servis “Servis kereta sekarang, Pay later” yang patuh syariah untuk pemilik kereta yang memerlukan pembiayaan pembaikan kereta anda.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan