Wajarkah Pasangan Mengasingkan Perbelanjaan Masing-Masing? - Direct Lending Malaysia

Wajarkah Pasangan Mengasingkan Perbelanjaan Masing-Masing?

Wang merupakan tumpuan utama apabila dua individu bekerja membuat keputusan untuk berkahwin atau menjadi pasangan. ‘Apa yang milik saya, adalah hak saya’. Itu adalah pemikiran lazim yang mungkin tidak sesuai untuk hubungan yang sihat dan berpanjangan di dalam era masa kini.

Secara amnya, anda mungkin menjangkakan sebuah pasangan untuk berkongsi wang dan menguruskan bil dan perbelanjaan bersama. Namun begitu, realitinya adalah segelintir pasangan mungkin lebih selesa untuk mengasingkan wang mereka disebabkan oleh tabiat perbelanjaan dan pertimbangan yang berbeza.

Sungguhpun begitu, pasangan sepatutnya bertolak ansur antara satu sama lain dan berusaha untuk mencari kaedah yang berkesan. Jika tidak, perkara ini mungkin akan menjurus kepada penceraian atau perpisahan kerana ketidaksepakatan kewangan. Di sini terdapat beberapa kaedah yang anda boleh pertimbangkan untuk menambahbaik pengurusan bil dan perbelajaan dengan pasangan anda.

1.  Bertolak Ansur

Sumber Gambar: ADT Mag

Wang merupakan isu sensitif dalam perkahwinan atau hubungan. Di dalam isi rumah yang mempunyai dua sumber pendapatan, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk membayar dan menyimpan. Kos yang lazim adalah pembelian atau sewaan rumah, utiliti, bil telefon, barangan runcit dan pelbagai keperluan lain. Membahagikan perbelanjaan kepada 50% adalah cara yang paling ringkas dan mudah.

Malangnya, membahagikan perbelanjaan kepada separuh adalah tidak adil kepada mereka yang memperoleh pendapatan yang lebih sedikit. Dalam situasi ini, unsur tolak ansur itu harus diguna pakai. Kadar perkongsian boleh ditetapkan berdasarkan kadar pendapatan.

Contohnya, seorang individu memperoleh pendapatan sebanyak RM6000 manakala pasangannya memperoleh pendapatan sebanyak RM4000. Individu yang memperoleh pendapatan lebih tinggi akan menyumbang kepada 60% perbelanjaan dan pasangan yang memperoleh pendapatan lebih rendah akan menyumbang 40%.

Jika hasrat ini dipersetujui, kedua-dua individu boleh mengekalkan akaun berasingan dan buka akaun bersama untuk bil dan perbelanjaan. Sumbangan individu akan dimasukkan ke dalam akaun bersama bagi tujuan pembayaran bil dan perbelanjaan. Baki wang akan kekal di dalam akaun masing-masing untuk keinginan dan kehendak peribadi.

2. Ketelusan Menyeluruh

Sumber Gambar: Tirachardz

Tidak kira siapa yang memperoleh pendapatan lebih tinggi, segelintir pasangan lebih suka memiliki satu akaun bersama bagi tujuan ketelusan menyeluruh. Semua bayaran untuk perbelanjaan termasuk simpanan, datang daripada satu akaun. Tapi, bagi memastikan keberkesanan kaedah ini, anda perlu memberikan 100% kepercayaan kepada pasangan anda.

Kaedah ini bermaksud pasangan perlu bersetuju dengan matlamat kewangan bersama. Tiada pasangan yang akan berselindung dalam hal perbelanjaan, penggunaan kad kredit atau memperoleh pinjaman peribadi. Segalanya harus didedahkan sepenuhnya.

3. Terasing Sepenuhnya

Sumber Gambar: Vjapratama

Satu kaedah yang sedikit berbeza daripada norma adalah apabila pasangan tidak mahu berkongsi perihal kewangan langsung. Percaya atau tidak, segelintir pasangan lebih selesa memiliki dua akaun berbeza. Terdapat situasi di mana individu gemar mengekalkan kebebasan dan kebersendirian apabila berdepan dengan kewangan peribadi. Antara sebabnya adalah hutang peribadi yang tinggi ataupun harta warisan keluarga.

Pendekatan ini bermakna setiap pasangan akan memilih bil khusus untuk dibayar. Satu kesan buruk pendekatan ini adalah jika pasangan anda tidak pandai menguruskan wang, anda mungkin perlu bayar bil yang sepatutnya mereka selesaikan.

4. Satu Pengurus Kewangan

Sumber Gambar: Osaba

Pendekatan ini berlaku apabila salah satu pasangan lebih mahir dalam menguruskan wang dan yang seorang lagi melepaskan tanggungjawab untuk menguruskan wang sepenuhnya. Dengan ini, akaun bersama masih wujud untuk kemasukkan wang walaupun cuma seorang sahaja yang mengeluarkannya. Bagi si bukan pengurus pula, dia akan bersetuju untuk memperoleh elaun bulanan.

Sekali lagi, kepercayaan amat penting jika anda membuat keputusan untuk melepaskan kebebasan dan biarkan pasangan anda menguruskan wang. Namun begitu, ini tidak bermaksud yang anda tidak mempunyai hak untuk bersuara sewaktu melakukan keputusan berkaitan dengan kewangan.

Jangan Biarkan Kebahagiaan Anda Musnah Disebabkan Wang

Sumber Gambar: Tirachardz

Secara amnya, ketidaksepakatan kewangan adalah penyebab konflik perhubungan nombor satu, bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Banyak perkahwinan dan hubungan kecundang disebabkan oleh faktor kewangan.

Jika anda ingin mengekalkan hubungan yang harmoni dan berpanjangan, kekalkan sifat keterbukaan apabila terlibat dalam perbincangan berkaitan wang dengan pasangan anda.

Tetapi aspek paling penting dalam kehidupan bahagia adalah dengan persetujuan peraturan asas yang jelas, termasuklah simpanan dan pelaburan masa hadapan.

Rencana ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah landasan dalam talian yang mendukung misi untuk memberikan bantuan kewangan mudah, selamat, dan berpatutan kepada mereka yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk mencari, mohon, dan menerima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan