pinjaman cagaran kwsp

Pinjaman Cagaran KWSP Akaun 2: Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Apa itu pinjaman cagaran KWSP dan bagaimana pula kaedah untuk membuat permohonan pinjaman peribadi tersebut? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan cara mohon pinjaman cagaran KWSP dengan tepat.

Apa itu Pinjaman Cagaran KWSP

Cagaran bermaksud pihak bank mempunyai hak untuk menguatkuasakan cagaran apabila berlaku kegagalan daripada pihak peminjam. 

Manakala pinjaman cagaran KWSP atau juga dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) pula adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Contohnya, sekiranya anda meminjam sebanyak RM5,000, kemudian tidak mampu membayarnya kembali. Maka serta merta akan diambil RM5,000 simpanan dalam KWSP. 

Ahli KWSP yang layak boleh mengemukakan permohonan pinjaman cagaran KWSP bermula 14 April 2023 hingga 4 April 2024. Semua permohonan mesti diterima oleh pihak bank pada atau sebelum 4 April 2024. 

Betul Ke Cagaran Bercanggar Dengan Akta EPF?

Mengulas lanjut dalam hal ini, anda perlu faham bahawa pinjaman cagaran KWSP ini adalah kaedah kolateral. Yang mana kita menggunakan wang caruman KWSP sebagai wang cagaran kepada pinjaman bank bagi menyelesaikan komitmen atau hutang pada bank.

Kaedah ini tidaklah bercanggah dengan Akta KWSP 1991. Akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.

Hal ini kerana setiap aspek telah pun diteliti satu per satu dengan sebaik mungkin tanpa mengetepikan juga adanya Seksyen 51 Akta KWSP 1991 berkenaan:

  • Caruman dan deposit tidak boleh diserah hak atau ditahan (Seksyen 51) 
  • Pemindahan kepada pendaftar wang yang tak dituntut (Seksyen 51 A)

Syarat Kelayakan Pinjaman Cagaran KWSP

  1. Ahli KWSP warganegara Malaysia yang berumur 40  54 tahun (Fasa 1).
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan adalah sekali sahaja.
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan.
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak.
  6. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000.
  7. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50 – 55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.
  9. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon.

Kadar Kelayakan Pengeluaran

Untuk memahami dengan mudah kelayakan pengeluaran yang boleh anda buat adalah seperti di bawah:

 

Yasmin

Faris

Mila

Baki simpanan Akaun 2

RM80,000

RM30,000

RM7,000

Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan

RM10,000

Tiada

RM5,000

Amaun kelayakan awal

RM50,000

Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000

RM30,000

RM0

Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

 

Kesan Kepada Simpanan KWSP Jika Buat Cagaran

Jika anda membuat cagaran menggunakan simpanan KWSP anda, terdapat beberapa kesan yang perlu diambil kira.

  1. Pengurangan simpanan

Apabila anda menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP sebagai cagaran, jumlah simpanan yang ada akan berkurangan. Ini bermakna jumlah yang boleh anda keluarkan semasa mencapai umur persaraan juga akan berkurangan. Anda perlu mempertimbangkan kesan jangka panjang ini sebelum membuat keputusan.

Jelas kesan ini mungkin sukar untuk anda lihat hari ini. Namun bagi yang sudah hampir kepada umur persaraan atau pencarum yang sudah melepasi tempoh persaraan, wang caruman atau simpanan persaraan yang bakal diterima mungkin tidak mampu menampung kos sara hidup pada masa kini, bahkan pada masa akan datang.

  1. Keuntungan kurang optimum

Simpanan KWSP biasanya mendapat dividen atau keuntungan yang diisytiharkan setiap tahun. Jika anda menggunakan sebahagian daripada simpanan sebagai cagaran, jumlah tersebut tidak akan menerima keuntungan sebanyak yang sepatutnya. Ini bermakna pertumbuhan simpanan anda mungkin tidak optimum jika simpanan tersebut tidak digunakan sebagai cagaran.

  1. Kesan dan risiko

Biasanya terdapat kos yang berkaitan dengan membuat cagaran menggunakan simpanan KWSP. Anda perlu memahami kos-kos ini termasuk kadar faedah yang dikenakan. Selain itu, terdapat risiko bahawa jika anda gagal memenuhi pembayaran atau syarat-syarat cagaran, simpanan KWSP anda mungkin terjejas atau dikenakan tindakan undang-undang.

  1. Pilihan pelaburan terhad

Apabila simpanan KWSP anda digunakan sebagai cagaran, anda mungkin terhad dalam memilih pelaburan lain yang mungkin memberikan pulangan yang lebih tinggi. Anda perlu memahami dengan jelas pelan pelaburan yang ditawarkan oleh KWSP dan menilai sama ada pelan tersebut memenuhi keperluan kewangan dan matlamat jangka panjang anda. 

Justeru sebelum membuat keputusan untuk menggunakan simpanan KWSP anda sebagai cagaran, adalah penting untuk berunding dengan pihak KWSP dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang berkelayakan. Mereka akan dapat memberikan maklumat dan panduan yang lebih terperinci berdasarkan keadaan kewangan peribadi anda. 

Kenapa Kerajaan Pilih Pinjaman Peribadi Cagaran KWSP vs Pengeluaran

Inisiatif pinjaman cagaran KWSP ini dilaksanakan dan digalakkan sendiri oleh kerajaan daripada pengeluaran i-Sinar kerana ia menjadi salah satu langkah proaktif untuk memudahkan pencarum KWSP yang mempunyai hutang atau komitmen lain dengan pihak bank.

Dengan kaedah ini, kerajaan percaya ia mampu untuk membantu meringankan beban kewangan pemiutang yang memerlukan pinjaman peribadi.

Tambahan pula bila kita lihat dari keadaan ekonomi yang semakin terjejas akibat inflasi, pendekatan ini boleh dianggap terbaik kepada masyarakat berbanding kaedah duit pengeluaran KWSP.

Adakah Dividen Simpanan KWSP Akan Berkurang Selepas Buat Cagaran

Dalam menjawab persoalan anda mengenai kaedah pemberian dividen dalam kaedah pinjaman cagaran KWSP ini, ianya sebenarnya masih tertakluk pada jumlah caruman asal pencarum. 

Hal ini jelas, ia tidak menjejaskan sama sekali penerimaan dividen tahunan pencarum atau lebih teruk mengurangkan kadar yang sepatutnya. 

Contohnya, sekiranya jumlah asal caruman KWSP yang anda buat untuk memohon cagaran KWSP adalah RM100,000, jadi dividen yang bakal diterima oleh anda adalah berdasarkan kepada jumlah ini juga. 

Dalam kata lain, dividen tersebut tidak dikira berdasarkan kepada jumlah caruman selepas cagaran dilakukan. Kebaikannya kita nampak sendiri yang mana kerajaan sedaya upaya masih menjaga kesejahteraan rakyat dengan meneruskan pemberian dividen walaupun jika anda membuat permohonan cagaran. 

Bank Yang Tawarkan Pinjaman Cagaran KWSP

Menurut KWSP, dua bank tempatan yang menyediakan kemudahan pinjaman tersebut adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank. 

Kedua-duanya menyediakan kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) di antara 4% hingga 5% yang mana lebih rendah berbanding daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.

Cara Permohonan Pinjamanan Bercagar KWSP BSN 

Bagi anda yang ingin membuat permohonan pinjaman ini di BSN, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. Layari laman pautan berikut untuk membuat permohonan: https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
  2. Teliti kesedaran dan kefahaman mengenai fasiliti sokongan Akaun 2.
  3. Isikan nama dan kad pengenalan, lalu kemudian semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
  4. Klik “TERUSKAN” dan sahkan identiti anda melalui nombor TAC yang diterima. 
  5. Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
  6. Kemudian, lengkapkan maklumat peribadi anda yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
  7. Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berpandukan kepada penilaian kredit dan status bankrap.
  8. Jika permohonan anda diluluskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.
  9. Atau anda juga boleh menyemak status permohonan melalui pautan yang diberikan tadi dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan. 

Cara Permohonan Pinjamanan Bercagar KWSP MBSB 

Bagi anda pula yang ingin membuat permohonan pinjaman ini di MBSB, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. Layari laman pautan berikut untuk membuat permohonan, https://www.fsa2mbsbbank.com/
  2. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:
    • Mempunyai KWSP i-Akaun
    • Baki minima Akaun 2 sebanyak RM3,000
    • Berumur 40 hingga 54 tahun.
    • Permohonan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000
  3. Teliti kesedaran dan kefahaman mengenai fasiliti sokongan Akaun 2.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam Borang Kelayakan Pembiayaan.
  5. Klik pada butang “TERUSKAN” dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.
  6. Isikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain yang terdapat dalam Borang Permohonan.
  7. Permohonan akan diproses berdasarkan kepada penilaian kredit dan status bankrap anda.
  8. Jika permohonan anda diluluskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.

Cara Bayaran Balik Pinjaman Cagaran KWSP

Tempoh pembayaran balik pinjaman ini adalah hingga 10 tahun. Di mana anda perlu membuat pembayaran semula setiap bulan, bergantung kepada jumlah pembiayaan dalam tempoh yang dipilih.

Manakala segala proses permohonan untuk pembiayaan peribadi itu adalah tertakluk kepada penilaian dan rangka kerja kredit pihak bank sendiri. 

Boleh Tak Settle Awal Pinjaman Cagaran KWSP?

Penjelasan awal adalah dibenarkan pada bila-bila masa dengan mengemukakan notis secara bertulis kepada bank dan KWSP. Ibra’ atau rebat akan diberikan pada baki pembiayaan sekiranya penjelasan awal pembiayaan dibuat.

Bank juga berhak untuk mengenakan sebarang yuran dan caj yang mewakili kos sebenar yang didahulukan oleh bank untuk pembiayaan atau sebarang kos sebenar yang ditanggung oleh Bank atas penjelasan awal pembiayaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh BNM.

Alternatif Selain Keluarkan KWSP – Pinjaman Peribadi

Selain dari alternatif keluarkan duit dari KWSP atau pinjaman cagaran KWSP, anda juga boleh dapatkan pinjaman peribadi dengan mudah, percuma dan pantas khusus kepada yang urgent nak pakai duit. Pegawai pinjaman di Direct Lending akan membantu anda membuat pemilihan pembiayaan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda.  Kami menyediakan pinjaman peribadi dan koperasi untuk penjawat awam dengan kadar pembiayaan serendah 2.95% dan secepat 2 hari bekerja. Untuk pekerja gaji tetap atau swasta juga disediakan pinjaman peribadi wang berlesen tanpa bayaran pendahuluan dan secepat 24 jam. 

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required