Apa Itu Pelaburan Robo Advisor? Kelebihan & Keburukkan
apa itu robo advisor

Apa Itu Pelaburan Robo Advisor? Kelebihan & Keburukkan

Kenapa perlu melabur?

Mengurus wang dengan bijak termasuk memastikan wang yang anda terima dapat terus berkembang nilainya.  Caranya ialah dengan melaburkan wang anda. Lebih awal anda melabur, lebih besar wang yang boleh dikumpulkan. Untuk melabur, anda tidak perlu menunggu sehingga mempunyai duit yang banyak. Jumlah kecil juga boleh dikembangkan dengan syarat anda berdisiplin dan ikuti nasihat kewangan pelaburan secara konsisten untuk sesuatu tempoh tertentu. Namun, sebelum memulakan pelaburan, penting untuk anda memahami perbezaan instrumen pelaburan antara robo advisor atau pelaburan konvensional.

Robo Advisor dan Jenis Pelaburan Ditawarkan

apa itu robo advisor
Sumber gambar: Pexels

Kebelakangan ini, isitilah ini semakin mendapat perhatian dalam dunia pelaburan dan juga fintech. Robo-advisor menggunakan algoritma, matematik dan kecerdasan buatan (AI) bagi menentukan aset yang akan di dalamnya. 

Ia secara automatik mencipta portfolio untuk anda berdasarkan matlamat pelaburan dan potensi risiko dan mengimbanginya secara berkala. 

Kebiasaaanya, robo advisor akan menggunakan wang anda untuk melabur dalam dana exchange traded funds (ETFs), iaitu kumpulan saham bon atau pelaburan lain. 

Bagaimanapun, setiap robo advisor menggunakan metadologi/cara pelaburan berbeza, iaitu pelaburan asas dan peruntukan portfolio anda akan berbeza berdasarkan platform robo-advisor yang dilaburkan. 

Kelebihan dan Kekurangan Robo Advisor

Kelebihan

1. Pelaburan Pasif 

Sekiranya anda tidak selesa membuat pelaburan sendiri atau tidak mahu atau tidak mampu untuk menghabiskan banyak masa melakukan penyelidikan, pemantauan dan mengimbangi portfolio, maka robo-advisor merupakan alternatif terbaik. 

2. Kepelbagaian (Diversification)

Mempelbagaikan sifat pelaburan, iaitu mempunyai pelbagai jenis pelaburan berbanding hanya satu jenis sahaja. Ia membantu anda menguruskan risiko, ini bermakna sekiranya pelaburan tertentu dalam portfolio and mempunyai prestasi yang buruk, ia tidak akan terpengaruh atau terjejas kerana anda mempunyai pelaburan lain. 

3. Pelaburan Tanpa Emosi 

Jika anda menganggap emosi sebagai satu perkara remeh bagi seseorang pelabur, anda silap. Sebilangan besar pelabur akan mengeluarkan wang mereka apabila berlaku kemerosotan atau ‘pump’ lebih banyak aliran tunai apabila pasaran meningkat. 

Sentimen pasaran, “tip” dari pelabur lain, dan “Fear of Missing Out” (FOMO) mungkin boleh membuat anda bertindak mengikut emosi (yang biasanya adalah sebab utama pelabur mengalami kerugian). 

Dengan robo-advisor, anda tidak akan menghadapi situasi sebegitu dan mengelakkan emosi untuk membeli dan menjual berdasarkan sentiment pasaran semata-mata. 

4. Fi Pengurusan Rendah

Robo-advisor mengenakan fi pengurusan rendah yang biasanya dibawah 1% setahun. Sebaliknya, jika anda melabur dalam dana unit amanah, anda mungkin perlu mengelurakan 0.5% sehingga 2.5% setahun. Beberapa dana unit amanah juga mengenakan caj jualan sehingga 5% pendahuluan dan 5% lagi apabila menebus nilai pelaburan anda.

Kekurangan

1. Penyesuaian Terhad

Robo-advisor membolehkan anda menetapkan perkara tertentu seperti profil risiko atau tujuan pelaburan sahaja. Anda selalunya tidak boleh bermain dengan metadologi/cara pelaburan, memilih atau mengecualikan pelaburan individu dalam portfolio anda termasuk menyesuaikan tahap pendedahan terhadap kawasan geografi tertentu. 

2. Metadologi Pelaburan yang Tidak Telus

Sekiranya anda seorang pelabur yang bijak, anda mungkin berminat dengan kriteria khusus digunakan oleh platform ini untuk memilih ETF atau caranya memilih bagi mengimbangi semula portfolio anda. Pun begitu, maklumat ini tidak selalu tersedia. 

3. Cukai Pegangan Dividen

Beberapa robo-advisor banyak melabur dalam sekuriti yang disenaraikan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, sebagai pelabur asing yang membeli saham Amerika Syarikat, dividen anda akan dikenakan cukai pegangan (withholding tax) sebanyak 30%. Anda boleh juga memeriksa robo-advisor pilihan anda, kerana ada di antara mereka yang boleh mendapatkan pulangan cukai separa untuk anda.

Senarai Robo Advisor Berdaftar di Malaysia

apa itu robo advisor
Sumber Gambar: The Reserve Malaysia

Mula diperkenalkan di peringkat antarabangsa pada tahun 2008, robo-advisor yang pertama di Malaysia mula dilancarkan pada dua tahun lalu. 

Stashaway, iaitu sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura merupakan yang pertama memperkenalkan platform ini. Ia diikuti MyTHEO dan Wahed Invest yang memasuki pasaran pada tahun 2019. 

Setakat Jun 2020, hanya 3 syarikat ini yang diperlesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memberikan khidmat robo advisor kepada pengguna awam.

Terdapat dua lagi platform lain, iaitu Raiz yang baru dilancarkan pada bulan Julai dan Robowealth yang juga dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.
Selain itu, terdapat juga Akru dan Bank Islam Malaysia — BEST Invest. Setakat Jun 2020, hanya terdapat 1 robo-advisor yang berstatus patuh syariah di Malaysia, iaitu Wahed Invest.

Manakah Platform yang Sesuai?

Setelah mengambil kira kelebihan dan kekurangan robo advisor, adakah anda patut menggunakannya dan mana satukah pelaburan terbaik untuk anda? 

  • Pelaburan TERBAIK: Jika anda melabur dalam dana unit amanah patuh Syariah
    StashAway, Akru dan MyTHEO: Jika anda mahukan portfolio pelbagai dunia yang melabur dalam ETF kos rendah
  • Raiz: Jika anda ingin melabur secara tempatan dalam dana ASN atau jika ingin melaburkan pertukaran ganti (spare change) anda secara automatik
  • Wahed Invest: Jika anda ingin melabur dalam sekuriti patuh Syariah yang dipelbagaikan secara tempatan dan di Amerika Syarikat
  • BEST Invest: platform digital untuk melabur secara automasi. Malahan, ia juga patuh syariah. Tetapi, BEST invest tidak boleh dipanggil sebagai robo-advisor kerana ia tidak menepati definisi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sekiranya anda menangguhkan pelaburan kerana anda merasakan ia sesuatu yang menakutkan, maka robo-advisor adalah instrumen pelaburan yang anda perlukan.

Pelaburan Konvensional

Sekiranya anda tidak berani untuk menggunakan instrumen pelaburan robo-advisor ini, jangan bimbang, pelaburan konvensional juga membolehkan anda untuk melakukan pelaburan. 

Senarai Platform Pelaburan Konvensional

  1. Tabung Haji (TH)

Jangan risau menyimpan atau melabur duit anda di Tabung Haji kerana Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) memberi jaminan untuk pelindungan sekiranya bank didapati bankrap.

  1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Cara simpan duit di asb ini juga salah satu platform pelaburan yang baik untuk mengembangkan lagi duit anda selain daripada simpanan di KWSP. Hal ini kerana, ASB konsisten dalam memberi dividen yang baik setiap tahun iaitu pulangan ~5% dan ke atas.

  1. Emas

Harga segram emas pada tahun 2009 ialah RM133. Tapi tahukah anda harga segram emas pada hari ini (setelah 11 tahun) ialah RM245.

Perbezaan sebanyak RM112 bila anda melaburkannya 11 tahun dulu, bayangkan jika anda mempunyai 100 gram emas pada hari persaraan nanti jika sudah mula membuat pelaburan emas hari ini. 

apa itu robo advisor
Simpanan emas cara baharu dan patuh Syariah dengan aplikasi Hello Gold di Malaysia
  1. Hartanah 

Agak berisiko tetapi jika ada mempunyai ilmu yang kukuh dan bersedia untuk melabur dalam platform ini percayalah ia memberi pulangan yang tinggi. Jadi ,sebelum anda menceburkan diri dalam pelaburan hartanah ini pastikan ada mempunyai ilmu tentangnya supaya ada tidak kerugian kemudian hari.

  1. Unit Amanah/Unit Trust (UT)

Yang ini jarang orang buat dan tidak tahu tentang pelaburan UT. Antara semua tempat pelaburan, boleh dikatakan ini platform paling best untuk anda.

Kebiasannya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ini ialah jangka panjang. Mungkin anda familiar dengan ASB. Jadi, ASB juga adalah unit trust tetapi untuk jangka pendek.

Video: Robo Advisor vs Pelaburan Konvensional, Mana Lebih Untung?

Masih kurang jelas bagaimana robo-advisors berfungsi? Tonton video ini untuk penerangan lanjut.

Kesimpulan

Melabur adalah sesuatu yang boleh anda lakukan pada hari ini, esok atau apabila anda rasa sudah bersedia. 

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan nilai wang anda dalam tempoh masa yang tertentu melalui pulangan dari kesan kompaun ini berpotensi untuk menambah daya beli wang anda pada masa akan datang dan membantu anda bersara dengan selesa.

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.31% atau secepat 2 hari bekerja.

 

join-telegram_Direct-Lending
SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan