3 Cara Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam
cara semak kelayakan pinjaman peribadi penjawat awam

3 Cara Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam

Adakah anda tertanya tanya bagaimana cara untuk kira kelayakan pinjaman peribadi bank dan koperasi bagi penjawat awam? Berminat untuk mohon pinjaman bank dan koperasi tetapi tidak pasti syarat-syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan? Kali ini kami akan tunjukkan cara semak kelayakan pinjaman peribadi dan pengiraan jumlah maksimum pinjaman yang anda layak mohon.

3 Cara Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

1. Semak syarat-syarat untuk mohon pinjaman peribadi bank dan koperasi

Sebelum anda memohon pinjaman peribadi sama ada dengan pinjaman koperasi atau bank. Pastikan anda ketahui syarat kelayakan untuk meningkatkan peratus kelulusan permohonan pinjaman anda. Setiap pembiayaan daripada bank atau koperasi mempunyai beberapa syarat tertentu.

syarat kelayakan pinjaman peribadi penjawat awam
Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi Penjawat Awam

I. Mempunyai Penyata Gaji

Syarat utama untuk untuk buat pinjaman peribadi adalah pemohon perlulah mempunyai penyata gaji. Secara amnya, penyata gaji digunakan untuk memastikan gaji semasa dan potongan sedia ada bagi tujuan mengira kelayakan pinjaman. Pemberi pinjaman selalunya memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan slip gaji terkini untuk memproses permohonan peminjam.

II. Mempunyai Jawatan Tetap

Kebanyakan pinjaman bank dan koperasi untuk kakitangan kerajaan  memerlukan pemohon mempunyai jawatan tetap. Ini untuk memastikan pemohon mempunyai pekerjaan yang stabil.  

III. Warganegara Malaysia & Belum Bersara

Untuk memohon pinjaman dari bank dan koperasi, pemohon perlulah seorang warganegara Malaysia. Selain itu, pemohon juga harus berumur 20 tahun hingga 59 tahun untuk membuat pinjaman. Kebanyakan pinjaman bank dan koperasi untuk penjawat awam menawarkan pinjaman sehingga 1 tahun sebelum umur bersara. Oleh kerana umur bersara di Malaysia adalah 60 tahun, pemohon harus berumur 59 tahun semasa membuat pinjaman.

IV. Pendapatan Kasar Minima RM1,500

Untuk memohon pinjaman, pendapatan kasar minima anda perlulah sekurang kurangnya RM1,500 termasuk elaun tetap. 

V. Tidak Muflis

Syarat penting untuk membuat pinjaman adalah seorang individu itu tidak muflis. Jika anda disahkan muflis, ini bermakna anda tidak mempunyai aset yang cukup untuk membuat bayaran bagi hutang dan pinjaman sedia ada. 

VI. Potongan Gaji Tidak Melebihi 60%

Satu lagi syarat penting bagi memohon pinjaman adalah potongan gaji sedia ada tidak melebihi daripada 60%. Ini kerana, jika potongan gaji melebihi 60%, ini bermakna komitmen dah tinggi dan kemungkinan tidak mempunyai wang mencukupi bagi perbelanjaan hidup. Namun, terdapat juga pinjaman koperasi yang masih menerima permohonan pinjaman peribadi potongan gaji lebih 60% ini. Sebelum itu, anda kena pastikan dulu jumlah komitmen dengan kira kelayakan pinjaman maksimum yang anda boleh mohon.

2. Cara kira kelayakan pinjaman maksimum

Jika anda selesai semak syarat kelayakan pinjaman peribadi, penting untuk kita mengetahui peratusan potongan gaji semasa. Di bawah merupakan cara pengiraan peratusan potongan gaji semasa.

= Jumlah Potongan / (Gaji Pokok + Elaun Tetap) x 100

Syarat utama bagi penjawat awam untuk membuat pinjaman koperasi adalah dengan memastikan potongan gaji sedia ada tidak melebihi 60%. Slip gaji di bawah merupakan contoh penyata gaji penjawat awam.

Sebagai contoh, individu A mempunyai jumlah gaji pokok sebanyak RM 5,466.24 dan elaun tetap sebanyak RM 1010. Elaun yang akan diambil kira hanya elaun tetap. Sebarang elaun tambahan seperti “overtime” atau pun bantuan khas kewangan tidak diambil kira sama sekali. Manakala, untuk potongan sedia ada individu A adalah sebanyak RM 3498.54. 

cara kira kelayakan maksimum pinjaman

Mengikut pengiraan peratusan di atas, peratus potongan untuk individu A adalah sebanyak 54.02%. Untuk mengetahui jumlah potongan yang dibenarkan untuk pinjaman yang terbaru adalah seperti di bawah:

cara kira kelayakan maksimum pinjaman

Berdasarkan pengiraan di atas, individu A masih boleh membuat pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji sebanyak 5.98% iaitu bersamaan dengan RM 387.20 setiap bulan. Seterusnya, individu A boleh menyemak anggaran kelayakan maksimum pinjaman yang boleh dilakukan melalui cara pengiraan di bawah.

cara kira kelayakan maksimum pinjaman

Mari kita kira anggaran kelayakan maksimum pinjaman untuk individu A. Anggarkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank atau koperasi adalah 5.99% dan tempoh pinjaman adalah 10 tahun atau 120 bulan.

Sedia maklum bahawa, kadar tetap pinjaman bank atau koperasi tidak terkesan dengan peralihan Kadar Asas kepada Kadar Asas Standard kerana buat masa ini produk pinjaman ditawarkan di Direct Lending adalah pinjaman yang berkadar tetap. Jadi pengguna dan pelanggan kami yang telah berjaya mendapatkan pinjaman peribadi tidak perlu risau mengenai peralihan ini. 

cara kira kelayakan maksimum pinjaman

Berdasarkan contoh di atas, anggaran kelayakan maksimum pinjaman yang boleh dibuat oleh individu A adalah RM 29,058.16 pengiraan ini merupakan anggaran semata mata dengan kadar faedah5.99% , amaun kelayakan mungkin berbeza mengikut kos yang dikenakan oleh koperasi atau bank tersebut.

Jika anda masih tak pasti cara kiraan yang betul, semak kelayakan pinjaman peribadi di platform Direct Lending dan loan consultant kami akan bantu anda kira pinjaman maksimum dan cadangkan pinjaman peribadi yang sesuai berdasarkan komitmen kewangan anda.

3. Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman peribadi

Setelah anda semak kelayakan pinjaman peribadi, anda perlulah sediakan dokumen untuk memohon dan membuat pinjaman bank atau koperasi. Hal ini kerana, salah satu faktor pinjaman koperasi ditolak disebabkan dokumen yang tidak lengkap. Selain syarat kelayakan dan kriteria peminjam, proses penghantaran borang dan dokumen sokongan juga kenalah lengkap. Barulah senang dan cepat permohonan pinjaman anda diluluskan. 

I. Salinan Kad Pengenalan / IC

Anda perlu menampilkan salinan kad pengenalan anda sebagai bukti bahawa anda adalah pemohon yang memohon pinjaman peribadi tersebut. Pinjaman bank dan koperasi hanya menawarkan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia sahaja. Sebagai bukti bahawa anda adalah seorang warganegara Malaysia, anda perlu menampilkan salinan kad pengenalan. Pemohon hanya perlu sediakan 1 salinan kecuali untuk Koperasi Gemilang 1 salinan berwarna, 2 salinan hitam putih dan semua maklumat wajib kelihatan jelas.

II. Penyata Gaji 3 Bulan Terkini

Anda diminta menampilkan penyata gaji untuk mengesahkan jumlah gaji tetap yang diterima dalam tempoh tiga bulan yang terkini.  Kebanyakan pihak bank dan koperasi memerlukan penyata gaji 3 bulan terkini ini disahkan oleh majikan.Pemohon yang bergaji tetap lebih daripada 3 bulan menujukkan kestabilan kewangan dan lebih mampu untuk bayar balik pinjaman berbanding dengan pemohon yang bekerja sendiri.

III. Surat Pengesahan Jawatan

Dokumen ini untuk mengesahkan status,tempoh perkhidmatan, jawatan dan gaji tetap pemohon dengan majikan pemohon. Surat pengesahan jawatan ini disediakan di atas surat kepala majikan

IV. Salinan Penyata Bank Terkini

Dokumen ini diperlukan oleh beberapa pihak koperasi untuk mengesahkan akaun bank tersebut adalah hak pemilik pemohon untuk pihak koperasi masukkan pinjaman dan ia membuktikan jumlah pendapatan yang diterima oleh pemohon daripada majikan setiap bulan.

V. Salinan Bil Utiliti

Terdapat beberapa koperasi yang perlulan butiran penggunaan elektrik atau air di rumah anda. Dokumen ini adalah untuk mengesahkan maklumat diri seperti nama dan alamat kediaman anda, terutamanya jika alamat kediaman anda adalah berlainan dengan alamat yang terpapar dalam kad pengenalan.

Video:

Video: Cara Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Bank dan Koperasi

Kesimpulan

Diawal artikel ini anda telah mengira kelayakan maksimum pinjaman dan juga mengetahui dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman. Namun, terdapat beberapa perbezaan pinjaman peribadi bank dan pinjaman koperasi. 

Salah satunya adalah, bayaran balik pinjaman peribadi untuk penjawat awam melalui potongan angkasa. Pinjaman peribadi daripada bank pula akan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah tapi syarat kelulusan yang lebih ketat. Hal ini kerana, pihak bank akan kira komitmen luar slip gaji, sejarah rekod kredit dan sebagainya. Syarat kelayakan pinjaman koperasi pula lebih longgar tetapi kadar faedah adalah lebih tinggi banding dengan pinjaman bank.

Namun, ianya bergantung dengan tujuan dan kemampuan anda sebelum memilih pinjaman peribadi. Jika anda ingin membuat overlap, lebih baik untuk pilih pinjaman dengan kadar lebih rendah untuk meringankan beban komitmen anda. Guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk menganggarkan penjimatan jika anda membuat overlap.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform pinjaman peribadi yang membantu anda untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami akan mencadangan pinjaman peribadi bank dan koperasi yang terbaik berdasarkan komitmen kewangan anda.

Kadar serendah 2.31%. Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 18 May 2021 dan dikemaskini semula pada 1 Ogos 2022).

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan