Senarai Semak Dokumen Untuk Mohon Pinjaman Koperasi

Salah satu faktor pinjaman koperasi ditolak disebabkan dokumen yang tidak lengkap. Selain syarat kelayakan dan kriteria peminjam, proses penghantaran borang dan dokumen sokongan juga kenalah on point dan lengkap. Kalau boleh cuba elak buat kerja dua kali. Barulah senang dan cepat permohonan diluluskan. 

KOPERASi & BANK / DOKUMENRHBRHB-AGROPIBBAIBCBPKOPUTRIUKHWAHKOBETAYIR YYPGEMILANG
Slip Gaji Mac 2020 (Moratorium)
Slip Gaji 3 Bulan
Slip Gaji Bulan Terkini
Salinan Kad Pengenalan
Surat Pengesahan Jawatan
Buku Simpanan Bank
Penyata Akaun Bank
Bil Utiliti
Rujukan
PIBB: Public Islamic Bank Berhad
AIB: Ambank Islamic Berhad
CBP: CO-OP Bank Pertama
YIR: Yayasan Ihsan Rakyat
YYP: Yayasan Dewan Perlis

1. Penyata Gaji Mac 2020 (Moratorium)

Lebih daripada 1.3 juta permohonan bantuan pembayaran balik (Moratorium) telah diterima dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus setakat 31 Disember lalu. Koperasi dan bank memerlukan penyata gaji Mac 2020 untuk mengesahkan bahawa pemohon telah menerima bantuan pembayaran balik dalam tempoh ini dan sebarang penangguhan bayaran tidak akan tertera dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam.

2. Slip Gaji 3 Bulan Terkini

Pemohon yang bergaji tetap lebih daripada 3 bulan menujukkan kestabilan kewangan dan lebih mampu untuk bayar balik pinjaman berbanding dengan pemohon yang bekerja sendiri.

3. Slip Gaji Bulan Terkini

Ada beberapa bank dan koperasi yang memerlukan slip gaji bulan terkini sahaja. Sebagai contoh, bank RHB dan Ambank Islamic.

4. Salinan Kad Pengenalan

Pinjaman Koperasi hanya menawarkan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia sahaja. Sebagai bukti bahawa anda adalah seorang warganegara Malaysia, anda perlu menampilkan salinan kad pengenalan. Pemohon hanya perlu sediakan 1 salinan kecuali untuk Koperasi Gemilang 1 salinan berwarna, 2 salinan hitam putih dan semua maklumat wajib kelihatan jelas.

5. Surat Pengesahan Jawatan

Surat pengesahan jawatan daripada majikan anda adalah bukti yang anda sedang bekerja di jabatan atau syarikat tersebut. Surat tersebut hendaklah mempunyai cop dan tanda tangan majikan untuk mengelakkan sebarang cubaan memalsukan dokumen daripada pemohon.

6. Buku Simpanan Bank

Terdapat beberapa koperasi yang menerima pembiayaan daripada bank komersial dan menjadi anak syarikat bank tersebut. Sebagai contoh, Pinjaman peribadi Ambank Islamic (anak syarikat Ambank) dan Public Islamic Bank (anak syarikat Public Bank). Oleh itu, pemohon mungkin diminta untuk buka akaun bank baru jika tiada akaun bersama bank tersebut.

7. Penyata Akaun Bank

Dokumen ini adalah untuk mengesahkan bahawa anda mempunyai akaun bank yang aktif dan menerima gaji setiap bulan. Sesetengah koperasi akan dapat agak jumlah simpanan dan corak pembelanjaan anda supaya dapat menentukan tahap risiko anda sebagai peminjam.

8. Bil Utiliti

Terdapat beberapa koperasi yang perlulan butiran penggunaan elektrik atau air di rumah anda. Dokumen ini adalah untuk mengesahkan maklumat diri seperti nama dan alamat kediaman anda, terutamanya jika alamat kediaman anda adalah berlainan dengan alamat yang terpapar dalam kad pengenalan.

Sebagai kesimpulan, semua dokumen yang diminta oleh koperasi adalah bertujuan untuk memberi koperasi informasi lanjut tentang identiti, status kewangan, dan sejarah anda sebagai peminjam. Mungkin ada dokumen lain yang diperlukan, tapi ini adalah senarai dokumen yang kerap diminta dalam proses memohon pinjaman koperasi.

Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan pinjaman peribadi koperasi yang sesuai untuk anda, semak kelayakan anda secara 100% percuma di platform Direct Lending. Konsultan profesional kami dapat membantu anda cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai mengikut keadaan kewangan anda. Direct Lending mempunyai lebih dari 900+ review positif 5 bintang di Google & Facebook.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *