5 Teknik "Underrated" Langsaikan Hutang - No 2 Ramai Tak Tahu!

5 Teknik “Underrated” Langsaikan Hutang – No 2 Ramai Tak Tahu!

Bila hutang dah menggunung dan setiap bulan duit gaji habis untuk bayar hutang sahaja. Ini masanya untuk anda ketahui teknik yang berkesan untuk langsaikan hutang. Mungkin ada antara 5 teknik ini yang anda sudah save post atau share di Facebook dan Instagram. Tapi, sekadar save dan share sahaja hutang tak akan auto hilang ya. Anda kena buat juga. Harap perkongsian ini akan memudahkan urusan anda dan bebas hutang dengan segera.

Teknik 1: Snowball

teknik snowball langsaikan hutang
Sumber Gambar: Freepik

Apa itu teknik Snowball?

Teknik ini akan fokus untuk bayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain. Ringkasnya, anda akan fokus settlekan hutang yang sikit jumlahnya dahulu baru hutang yang besar.

Langkah-langkah untuk langsaikan hutang dengan teknik Snowball

  1. Senaraikan semua hutang dengan urutan hutang yang berbaki sikit sehingga kepada hutang yang ada baki banyak. 
  2. Senaraikan juga kadar faedah (interest rate) dan bayaran bulanan untuk setiap hutang tersebut. Anda boleh menghubungi pihak bank atau pihak insitusi kewangan untuk semak baki pinjaman anda. 
  3. Setiap hutang tersebut juga mempunyai tarikh akhir pembayaran untuk setiap bulan. Untuk pastikan anda tidak dikenakan denda atas kelewatan bayaran balik, catat semua tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan anda membayar faedah lewat bayar. Ini secara tak langsung buat hutang anda semakin bertambah.
  4. Dalam senarai hutang tersebut, pilih hutang yang paling kecil nilainya. Sebagai contoh, hutang yang mempunyai bayaran ansuran bulanan paling kecil.  Sekarang anda fokus untuk langsaikan hutang yang paling kecil dahulu. Jika ansuran bulanan hutang yang paling kecil ialah hutang kad kredit sebanyak RM100 sebulan. Cuba tambah sedikit nilai kepada RM150 untuk membayar hutang tersebut.
  5. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk membayaran ansuran bulanan sekurang-kurangnya jumlah mininum untuk hutang-hutang lain. 
  6. Setelah anda berjaya langsaikan hutang yang paling kecil (dalam kes ni hutang kad kredit) pilih hutang kedua di dalam senarai anda. Kita ambil contoh hutang pinjaman peribadi berjumlah RM300 sebulan.
  7. Letak tepi nilai RM150 yang anda gunakan setiap bulan untuk membayar hutang kad kredit sebelum ni, dan tambah nilai tersebut untuk membayar hutang personal loan. Jadi setiap bulan anda akan membayar RM450 (RM300 + RM150) untuk hutang personal loan.
  8. Ulang strategi ni untuk setiap hutang di dalam senarai anda.

Kebaikan & kelemahan teknik Snowball

Teknik ini dapat memberi motivasi kenapa anda untuk terus membayar semua hutang. Anda juga akan lebih bijak dalam menguruskan hutang dan dapat elak daripada menggunakan kad kredit secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, teknik ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk langsaikan semua hutang. Ini sebabkan pembayaran minimum untuk hutang lain menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

Teknik 2: Avalanche

teknik avalanche langsaikan hutang
Sumber Gambar: Live Sorted

Apa itu teknik Avalanche?

Secara ringkas, teknik Avalanche ini lebih kurang sama dengan teknik Snowball. Perbezaan utama adalah urutan hutang yang dibayar. Dalam teknik ini, anda akan susun semula hutang mengikut kadar faedah (tinggi ke rendah) dan mula bayar hutang mengikut kadar faedah yang tertinggi dahulu. Berbanding dengan teknik Snowball, yang fokus kepada baki atau jumlah hutang yang kecil, Avalanche memfokuskan kepada hutang mempunyai kadar faedah yang besar. 

Langkah-langkah untuk langsaikan hutang dengan teknik Avalanche

  1. Senaraikan semua hutang yang ada mengikut urutuan kadar faedah paling tinggi.

Contoh anda mempunyai hutang dibawah:

Kad KreditPinjaman Peribadi
*jangka 2 tahun
Hutang kereta
*jangka 7 tahun
PTPTN
*jangka 6 tahun
Baki HutangRM3,000RM5,000RM45,000RM30,000
Kadar Faedah (setahun)18%8%3.51%1.5%
Bayaran BulananRM150 (1st month)RM241RM667RM435.96

  1. Hutang yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi adalah hutang kad kredit iaitu sebanyak 18%. Jadi, dalam teknik Avalanche ini anda akan langsaikan hutang kad kredit dulu. 
  2. Sebagai contoh, jadual di atas menunjukkan hutang yang berjumlah RM1,493.96. Untuk melangsaikan hutang kad kredit dengan lebih cepat, anda harus menggunakan semua wang lebihan untuk membayar baki hutang.
  3. Anda boleh menggunakan cara pengiraan yang sama dengan teknik Snowball. Contoh, anda memperuntukkan bayaran RM1,600 untuk bayar hutang setiap bulan. Anda akan menggunakan lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi. Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.
  4. Selepas anda melangsaikan baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04 (RM150.00 + RM106.04) dan ulang cara bayaran yang sama untuk hutang-hutang yang lain.  

Kebaikan & kelemahan teknik Avalanche

Kelebihan teknik Avalanche ini adalah anda dapat berjimat dengan mengelakkan bayaran faedah berganda kerana melangsaikan hutang dengan kadar faedah yang tertinggi dahulu.  

Tetapi, ada hutang yang mempunyai kadar interest tertinggi dan juga masih berbaki paling tinggi. Tempoh masa untuk langsaikan hutang tesebut mengambil masa 2-3 tahun. Di sinilah cabaran psikologi akan berlaku. Adakah anda mampu untuk terus berdisiplin dengan teknik Avalanche ini? Oleh itu, teknik ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.

Teknik 3: Snowflake

teknik snowflake langsaikan hutang
Sumber Gambar: My Modern Met

Apa itu teknik Snowflake?

Berbanding teknik Snowball & Avalanche, teknik ini lebih fleksibel dan tidak memerlukan komitmen kewangan bulanan yang tinggi untuk langsaikan hutang. Oleh kerana teknik ini lebih fleksibel, anda tidak perlu langkah atau cara kiraan yang spesifik untuk membayar hutang.

Anda boleh membayar baki hutang pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan diri. Walaupun setiap bulan anda sudah membuat bayaran mininum untuk semua hutang yang ada tetapi, jika anda mempunyai wang ekstra (duit side income, cashback, bonus dll) anda akan memperuntukkan wang tersebut untuk terus membayar hutang. Sebagai contoh, anda bayar RM20 pada minggu pertama, RM50 pada minggu kedua, dan seterusnya.

Tips untuk melangsaikan hutang dengan teknik Snowflake

  1. Catat perbelanjaan harian

Anda kena tahu ke mana semua duit yang dibelanjakan. Cara ini akan memudahkan anda untuk lebih berjimat dan berwaspada dalam membelanjakan wang yang ada. Anda akan dapat lihat, jenis perbelanjaan yang berlebihan dan sebenarnya tidak penting pun dalam bajet perbelanjaan. Anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan dan setiap baki daripada perbelanjaan tersebut anda akan terus digunakan untuk membayar hutang.

  1. Buat kerja sambilan 

Zaman sekarang, ada banyak cara untuk menjana side income. Ada yang tidak memerlukan anda keluar rumah dan zero bajet. Ini senarai website dan aplikasi untuk buat duit online. 

Kebaikan & kelemahan teknik Snowflake

Anda tidak akan rasa terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi disebabkan, disebabkan anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit sahaja dengan jumlah wang yang kecil. 

Anda akan dapat melangsaikan hutang ini tanpa sedar jika anda mempunyai kerja sambilan atau freelance. 

Walau bagaimanapun, teknik ini mengambil masa yang dalam dan tidak dapat memastikan masa yang tepat bila hutang tersebut dapat dilangsaikan. Oleh itu, kaedah ini memerlukan perancangan yang teliti.

Anda perlulah mengemas kini baki hutang untuk mengelakkan caj tersembunyi atau faedah terkumpul. Hal ini juga bagi memastikan yang anda dapat meramalkan jangka masa yang anda perlukan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.

3 teknik di atas mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Namun, target utama hanya satu: LANGSAIKAN SEMUA HUTANG.

Oleh itu, berikut adalah 2 teknik untuk anda yang  mahu langsaikan hutang dengan cepat dan sekaligus dapat menjimatkan komitmen bulanan dengan bayaran ansuran lebih rendah. 

Teknik 4: Overlap (Pinjaman Bertindih)

overlap pinjaman peribadi
Sumber Gambar: Freepik

Apa itu Overlap atau Pinjaman Bertindih?

Overlap mengumpulkan pelbagai hutang yang ada ke satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru dengan institusi kewangan yang sama. Overlap pinjaman peribadi menawarkan pembiayaan baru dengan faedah yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih lama berbanding pinjaman yang sedia ada.

Overlap (Pinjaman Bertindih) hanya ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama. Sebagai contoh, anda mempunyai pinjaman peribadi dan kad kredit (pinjaman yang aktif) di Bank X. Anda boleh mohon Overlapping Facilities hanya di bank tersebut.

Langkah-langkah untuk langsaikan hutang dengan teknik Overlap

1. Overlap dengan Pinjaman Kadar Lebih Rendah

2. Overlap dengan Pinjaman Tempoh Lebih Lama

3. Overlap Sekiranya Potongan Slip Gaji Melebihi 60% (untuk penjawat awam)

Kebaikan & kelemahan teknik Overlap

And dapat mengurangkan komitmen bulana dan terima ‘cash in hand’ tanpa menambah jumlah hutang yang sedia ada. Namun, beban hutang tak kurang. Overlap pinjaman peribadi adalah salah satu teknik untuk kurangkan komitmen tapi hutang masih ada dan mungkin akan meningkat jika peminjam tidak berdisiplin dalam membayar hutang tersebut. 

Lihat cara lengkap penyelesaian hutang dengan teknik overlap

Teknik 5: Debt Consolidation (Penyatuan Hutang)

teknik penyatuan hutang

Apa itu Debt Consolidation atau Penyatuan Hutang?

Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang anda ada ke dalam satu pinjaman peribadi baru. Pemberi pinjaman akan menyatukan kesemua hutang anda ke dalam satu akaun (pinjaman peribadi baru) dengan kadar faedah mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada. 

Ringkasnya, anda menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Debt Consolidation (Penyatuan Hutang), ianya boleh dilakukan di mana-mana institusi kewangan yang menyediakan pinjaman tersebut.

Langkah-langkah untuk langsaikan hutang dengan teknik Penyatuan Hutang

  1. Lakukan usaha wajar ke atas diri sendiri (senaraikan hutang anda)
  2. Cari kadar faedah yang lebih baik
  3. Kenal pasti kos pemprosesan, yuran & caj tersembunyi

Kebaikan teknik Penyatuan Hutang

  1. Fokus membayar hanya satu ansuran sahaja
  2. Bantu mengurangkan komitmen bulanan anda

Kelemahan teknik Penyatuan Hutang

  1. Tempoh bayaran panjang dengan kadar faedah rendah
  2. Kemungkinan permohonan ditolak
  3. Tidak akan menghapuskan hutang

Lihat cara lengkap penyelesaian hutang dengan teknik Penyatuan Hutang

Teknik yang mana satukah sesuai untuk anda?

Orang yang lebih kenal diri anda, adalah diri anda sendiri. Jadi pilih teknik yang bersesuaian dengan sifat juga kemampuan anda. Kelima-lima teknik di atas mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Ada teknik yang dapat melangsaikan hutang dengan cepat tapi memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi, ada pula yang sangat fleksibel. Setiap individu mempunyai komitmen kewangan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera dan pilih teknik yang berkesan untuk anda.

Jika anda terbeban dengan hutang menggunung dan perlukan nasihat daripada perunding pinjaman atau loan consultant kami. Sila isi borang online di sini. 

Tiada masa untuk baca semua info ini? Kami juga menyediakan video penjelasan untuk anda. Tonton video ini sampai habis.

Direct Lending ialah platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *