6 Tips Duit Poket Selamat Agar Tidak ‘Pokai’ Tengah Bulan

Pernah tak korang rasa dalam kehidupan korang, gaji yang korang dapat sentiasa tak cukup?

Belum masuk tengah bulan, duit gaji yang nampak banyak pada awalnya, tak tahu ke mana dan masih tak cukup untuk perbelanjaan korang?

Pastinya serabut bila kita memikirkan bagaimana nak bertahan sehingga hujung bulan sebelum gaji baru masuk.

Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah ini, mungkin di antara kita sudah berkeluarga ingin melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama pasangan dan anak-anak, pastinya korang memerlukan peruntukan tambahan ini.

Berikut di bawah antara 6 tips yang korang boleh amalkan supaya tak jadi ‘pokai’ bila tengah bulan:

1. Sediakan bajet bulanan

Sumber Gambar: NOBL Academy

Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu sebelum korang berbelanja. Bila dapat gaji pastikan korang terus simpan 10% daripada gaji yang diterima. Kalau boleh, jangan usik duit tu dan keluarkannya.

Selain itu, korang juga boleh senaraikan komitmen bulanan yang perlu dibayar dan asingkan duit itu ke tepi agar korang tak menggunakannya.

Contohnya, kalau korang hidup bujang dan bergaji RM2500.

Makan minumRM500
Sewa bilikRM400
Duit minyak motorRM100
HiburanRM100
Ibu bapaRM200
Bil utilitiRM150
Bil air elektrikRM100
Takaful medikal kadRM200
SimpananRM250
BakiRM500

Jadi, duit lebihan RM500 tersebut korang boleh dimasukkan ke dalam tabung kecemasan atau tabung simpanan untuk digunakan jika memerlukan. 

2. Beli barangan keperluan bukan kehendak

Sumber Gambar: Engadget

Belanja ikut keperluan masing-masing. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.

Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Contohnya, usah kerap menukar telefon bimbit. Ukurlah baju di badan sendiri korang terlebih dahulu.

3. Buat perbandingan harga barangan yang dibeli

Sumber Gambar: Odua

Tahukah anda, perkara yang sering kita malas dan ambil mudah adalah membuat perbandingan harga apabila membeli sesuatu barangan.

Contohnya seperti membeli barangan kelengkapan rumah, elektrik atau elektronik. Percayalah, tabiat ini akan memberi manfaat kepada korang walaupun kelihatan leceh.

4. Mencari sumber pendapatan sampingan

Sumber Gambar: Odua

Jika setiap bulan aliran tunai korang sentiasa negatif, korang kena cari alternatif lain dengan membuat pendapatan sampingan. Dapat tampung belanja makan, susu, pampers anak pun dah okay.

Contohnya korang boleh ambil komisen jual buku-buku, jadi introducer kepada ejen takaful, jual kerepek, keropok lekor, ejen dropship atau jual barang yang popular di negeri korang. Pasti laku keras!

5. Ubah gaya hidup

Sumber Gambar: Forbes

Jika korang tidak mampu menjana pendapatan sampingan, cubalah kawal tersebut dengan ubah gaya hidup korang.

Pastikan gaji yang korang dapat itu tidak digunakan untuk berjoli sakan dengan pergi bershopping barangan mewah dan mahal.

Tambahan lagi, ketika musim pandemik ini, korang perlu berjimat cermat kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang.

6. Mendermalah walaupun RM1

Sumber Gambar: Mountain Laurel Recovery Center

Dalam duit gaji yang kita terima setiap bulan, sebenarnya terdapat rezeki untuk orang lain. Jangan kedekut untuk menderma walaupun nilainya RM1.

Jangan lupa kirimkan duit kepada mak ayah korang dan sekali sekala berilah hadiah kepada mereka. Korang juga boleh belanja adik-beradik makan bila dah dapat gaji tu.

Membahagiakan keluarga sendiri dan orang tersayang itu lebih utama. Lagi murah rezeki kita. Insya-Allah.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, satu platform pinjaman yang menawarkan pinjaman bank dan koperasi. Semak kelayakan secara percuma dan kami boleh bantu anda cari, banding dan mohon pinjaman yang paling sesuai dengan situasi kewangan anda. Kadar mampu milik serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter