5 Tips Berjimat Untuk Renovate Rumah

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 16 April 2018 dan ditulis semula pada 29 April 2021).

Bila orang cakap “Rumah Ku Syurga Ku” yang ada dalam fikiran adalah rumah yang nyaman, selesa dan memberi aura positif. Bayangkan dah penat-penat kerja confirmlah balik rumah nak beristirehat dengan tenang dan tenteram.

Rumah yang sejahtera adalah rumah yang bebas daripada sebarang kerosakan. Oleh itu, ada masa-masa tertentu dimana kita patut renovate rumah untuk memastikan kesegaran rumah kita itu seperti keadaan rumah yang kita beli dulu. Baru, selesa dan nyaman!

Kos renovate rumah mungkin semakin tinggi. Tetapi, kami disini sedia membantu anda dengan berkongsi cara-cara lebih jimat untuk ubahsuai rumah.

1. Rancang Kewangan dengan Teliti

Sumber Gambar: Freepik

Gagal merancang, merancang kegagalan. Oleh itu, anda perlukan perancangan kewangan yang teliti untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Anda perlu ada perancangan yang jelas dan realistik. Pastikan perancangan itu bersesuaian dengan pendapatan anda. Kemudian, tentukan bahagian rumah yang perlu diubahsuai. Perancangan yang baik akan mengelakkan pembaziran yang tidak diingini.

Jika anda melakukan perkara ini dengan ahli keluarga, kemungkinan besar anda akan bertelagah tentang wang jika anda tidak mempunyai perancangan yang teliti. Jadi adalah penting untuk ketahui bajet sebelum ubah suai bagi memastikan kelangsungan anda dalam mengubahsuai rumah tanpa menggunakan banyak wang.

Kami cukup memahami situasi dimana anda menghadapi kesukaran untuk mengikut perancangan yang berpunca daripada peningkatan kos barangan. Pastikan anda mempunyai lebihan wang sebanyak 10% atau 20% untuk perkara yang tidak dijangka.

Ada juga yang memerlukan ekstra bajet untuk mengubah suai rumah, kami di Direct Lending turut menyediakan pembiayaan peribadi untuk anda yang berminat dengan loan renovate rumah.

3 perkara penting yang wajib tahu sebelum membuat keputusan untuk renovate rumah:

1. Senarai Kerja Renovation Yang Nak Dilakukan

Nak renovate apa? besarkan tandas? luaskan dapur? pemasangan lantai mozek? ganti bumbung baru? Senaraikan setiap renovation yang anda mahu dan survey anggaran harga untuk bahagian rumah yang ingin anda renovate. 

2. Jenis Bahan Binaan Yang Nak Digunakan

Terdapat banyak jenis bahan untuk renovate rumah dan setiap bahan tersebut mempunyai semestinya ada beza daripada segi kualiti dan harga. Anda boleh berbincang dengan kontraktor untuk meminta pandangan untuk jenis bahan yang sesuai berdasarkan bajet anda. Jika anda memiliki bajet yang selesa, anda boleh memilih bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama. Sebagai contoh, bahan untuk tingkap anda boleh menggunakan bahan powder coated yang lebih cantik, tahan karat dan mudah untuk diselenggarakan berbanding bahan aluminimum biasa.

3. Dapatkan Sebut Harga ‘Quotation’ Daripada Kontraktor

Bila anda sudah menyediakan pelan renovation, tidak salah untuk dapatkan ‘quotation’ atau sebut harga dahulu sebelum proses renovation berlaku. Cara ini akan memudahkan anda untuk selaraskan jumlah bajet yang ada dan mempunyai gambaran jelas tentang renovation rumah anda. Jika anda mempunyai sebut harga, anda boleh lihat adakah bajet anda berpadanan dengan kualiti kerja yang akan dilakukan.

2. Kitar Semula dan Baik Pulih

Sumber Gambar: Time Out

Mengubahsuai tidak bererti anda perlu membuang perabot dan barangan perhiasan yang sudah lama. Gunakan kreativiti anda dan kitar semula perabot lama anda yang masih berada dalam keadaan baik. Kadang kala, anda cuma perlu mengecat atau menukar fabrik perabot lama tersebut untuk memberikannya nafas baru.

Sebagai contoh, harga 5L untuk 1 baldi cat lebih kurang RM60 – RM100, andaikan jika anda ada almari lama yang sudah pudar warnanya daripada anda beli almari baru yang mencecah RM5,000 adalah lebih baik jika anda mengecat dan menggilap sahaja. Anda bukan sahaja dapat jimat RM4,000+ malah dapat dapat mengurangkan pengambilan sumber semula jadi dimasa akan datang.

Ini menunjukkan anda akan dapat lakukan penjimatan berganda dengan mengitar semula. Bahan-bahan lain yang mesra alam juga seperti besi, kayu, batu bata, dan papan boleh di-kitar semula dengan mudah. Anda pasti boleh membina sebuah rak yang baru menggunakan kayu kitar semula.

3. Bina Sendiri

Sumber Gambar: Freepik

Bina sendiri atau ‘DO IT YOURSELF’. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, tak semestinya anda tidak akan dapat capai rumah idaman yang diinginkan. Cara DIY akan berikan anda peluang untuk hias dan renovate rumah anda dengan cara tersendiri. Cara ini bukan sahaja jimat malah, anda bebas untuk menggunakan kreativiti anda.

Jika anda tiada masa untuk deko dinding dan dalam rumah, anda boleh mulakan dengan cat dinding dulu. Cara ini lebih jimat kerana anda hanya perlu keluar duit untuk beli cat dan peralatan mengecat. Jika anda mempunyai pengalaman mengecat sebelum ini, anda tidak perlu mengupah orang luar untuk cat rumah anda. Nampak tak dah berapa banyak jimat di situ?!

Walaubagaimanapun, jika projek tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi, adalah lebih baik jika anda dapatkan khidmat daripada mereka yang lebih pakar melainkan anda mempunyai pengalaman dan ilmu dalam bidang tersebut. Bagi perkara rumit seperti membaiki atap, meruntuhkan dinding, menukar jubin lantai, dan memasang suis elektrik perlu dilakukan oleh pakar.

4. Bijak Berbelanja

Sumber Gambar: Freepik

Terdapat banyak cara lain untuk lebih bijak dalam belanjakan wang renovate rumah. Jika anda sudah bahagikan bajet yang ada dalam proses mendapatkan rumah idaman, cuba senaraikan setiap satu dan pilih beberapa bahagian yang bajetnya boleh dikurangkan.

Bukan semua mampu untuk DIY, oleh itu tidak salah jika anda menggantikan perabot lama dengan yang baru, anda boleh survey promosi perabot di kedai-kedai terpilih. Mulakan dengan senaraikan perabot yang anda ingin beli dan cari kedai perabot yang menjual perabot tersebut dengan harga promosi. Lebih banyak pilihan kedai perabot yang ada lebih bagus, ia akan membantu anda untuk memilih kedai yang menawarkan harga berpadanan dengan bajet anda.

Selain daripada harga yang murah, anda juga perlu ambil tahu servis lain yang kedai tersebut sediakan. Sebagai contoh, ada kedai perabot yang menambah caj servis pemasangan dan servis penghantaran ke rumah. Oleh itu, jangan segan silu untuk tanya pekerja atau pengurus kedai tersebut anggaran harga perabot selepas promosi dan kos servis, juga caj tersembunyi (jika ada).

Selain daripada promosi atau tawaran di kedai perabot, anda juga boleh mendapatkan tawaran hebat dengan berbelanja dari pembekal perabot atau di ekspo kediaman seperti BIG HOME Expo atau Modern Living Home Expo. Ekspo kediaman selalunya akan menawarkan harga ‘markdown’ sehingga 80% untuk barang yang terpilih! All in one sebab anda berpeluang untuk beli bermacam-macam perabot dan barang-barang kediaman daripada jenama kegemaran anda.

Banyak jenama yang terkenal akan berada di ekspo tersebut dan inilah masa anda membuat perbandingan harga untuk setiap perabot yang anda mahu daripada jenama yang ada. Kemudian, sediakan pengangkutan sendiri untuk menghantar barangan yang dibeli agar anda tidak perlu membayar lebih untuk kos pengangkutan.

Walaubagaimanapun, ekspo ini tidak berlaku setiap masa, ada masa-masa tertentu sahaja ia akan dianjurkan. Terutamanya pada musim perayaan seperti, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Christmas dan lain-lain. Selain itu, ia hanya dianjurkan dalam masa terhad, kadang-kadang hanya seminggu atau 3 hari sahaja. Anda boleh ikuti mereka di laman sosial untuk ketahui info lanjut home expo yang akan dianjurkan di kawan berdekatan rumah anda.

5. Pilih Penjimatan Tenaga

Sumber Gambar: TNB

Bila rumah sudah dilengkapi dengan perabot baru, syiling baru atau lantai baru anda juga perlu bijak dalam memilih barang elektrik di rumah idaman anda.

Pada tahun 2006, TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah memperkenalkan mengeluarkan peralatan elektrik yang berlabel. Label kecekapan tenaga (Energy Efficiency Label) ini menunjukkan anggaran penggunaan tenaga untuk setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem penilaian kecekapan tenaga. Sistem penarafan bintang mempunyai minimum 1 bintang dan maksimum 5 bintang, di mana label 1 bintang paling rendah dan 5 bintang paling efisien.

Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengeluar peralatan elektrik yang mematuhi piawaian dan keperluan ujian prestasi tenaga untuk penarafan bintang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam elektrik oleh setiap peranti, berdasarkan hasil ujian makmal yang diakui. Maklumat yang diberikan akan membantu pengguna untuk memilih model paling cekap tenaga semasa membeli peralatan.

Oleh itu, anda sebenarnya dapat mengurangkan bil elektrik jika menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai taraf penjimatan tenaga 5 bintang. Ini dapat menjamin penjimatan untuk jangka masa yang lama. Malah dapat meningkatan kualiti hidup dengan peralatan yang lebih cekap.

Alat elektrik yang diluluskan oleh penarafan Energy Star:

  • Peti Sejuk Domestik.
  • Kipas Domestik.
  • Televisyen.
  • Penghawa Dingin (Jenis Pemasangan Dinding Berpisah Tunggal).

Jika anda berminat untuk buat cara kiraan untuk mendapatkan kos pengubahsuaian yang kurang daripada RM30,000 tonton video ini untuk penjelasan lanjut.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk kakitangan kerajaan. Pihak konsultan kami boleh bantu anda dapatkan pinjaman yang paling sesuai dengan posisi kewangan anda. Semak kelayakan anda secara percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *