10 Tips Jimat Cermat Edisi PKP, Anak Muda Ambil Perhatian!

Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara. 

Perkara ini bukan sahaja terjadi di Malaysia, malah di seluruh dunia. Justeru, adalah lebih baik untuk anda berjimat cermat dalam perbelanjaan dan mengutamakan kesederhanaan serta keperluan berbanding kemahuan. 

Semoga tips jimat cermat yang dikongsikan mampu membantu anda semua mendepani fasa sukar ini. 

1. Buat belanjawan gaji

Buat belanjawan gaji setiap bulan sekiranya anda tidak pernah melakukannya. Peruntukkan perbelanjaan yang perlu setiap bulan termasuk makanan, sewa, komitmen.

Pastikan anda disiplin untuk mengikuti belanjawan yang telah ditetapkan selain mengetepikan dahulu barangan atau kemahuan yang tidak mendesak. 

Ada banyak cara atau formula yang boleh anda ikut dalam menguruskan duit gaji. Klik sahaja di sini untuk mengetahui lanjut

2. Pelan makanan harian

Pernah atau tidak anda merasakan yang jumlah belanja untuk makanan harian sahaja sudah menelan banyak kos. Breakfast sahaja sudah mencecah RM10, belum termasuk lunch, dinner (mungkin menelan sehingga RM50 sehari). 

Jadi, apa yang paling baik adalah dengan membawa bekal makanan daripada rumah, masak makanan sendiri selain lebih terjamin bersih dan selamat, ye dak? 

Rajin-rajinkan diri untuk membeli barangan dapur secara mingguan/bulanan dan boleh masak bersama-sama housemate atau roommate

Baki makanan yang tidak habis dimakan tidak perlu dibuang jika masih tidak rosak. Contohnya nasi yang lebih boleh dijadikan apam beras jika ditambah tepung beras dan tepung gandum. 

Roti yang telah keras tidak perlu dibuang tetapi boleh dijadikan puding roti. Biskut-biskut yang pecah juga tidak perlu dibuang tetapi terdapat pelbagai resepi untuk menjadikannya kek atau kuih. 

Lauk yang tidak habis boleh juga dikitar semula. Contohnya ayam goreng boleh dijadikan ayam masak kicap manakala ikan goreng boleh dijadikan ikan sambal.

3. Rumah/bilik sewa

Kalau boleh setiap bulan anda mesti mengasingkan duit untuk membayar komitmen sewa. Sekiranya merasa terbeban, berbincang dengan pemilik rumah untuk mengurangkan sewaan. 

Ingat, berundinglah dengan penuh sopan dan mesra serta bukan meminta-minta atau bergaduh. 

Atau korang boleh sahaja membuat bayaran advance untuk beberapa bulan untuk tukaran kadar sewa yang lebih rendah. 

Cara lain juga boleh dilakukan dengan menunjukkan yang rumah atau bilik tersebut ada kerosakan dan tawarkan diri untuk mengganti atau membaikinya untuk mendapatkan kadar sewa yang lebih rendah.

4. Manfaatkan bantuan kerajaan

Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif memperkenalkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat ketika ini, antaranya Pemerkasa PLUS. Prihatin.

Ia melibatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bantuan pembayaran balik dan moratorium, program subsidi upah PERKESO, Kadar Geran Khas Prihatin (GKP), diskaun bil elektrik dan banyak lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut, klik sahaja di sini.

5. Pengurusan hutang

Terkini, kerajaan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 mengumumkan moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu melibatkan golongan B40, M40, T20 serta usahawan mikro dan PKS.

Tidak ada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, semakan sama ada pemohon telah hilang pekerjaan dan dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Terdapat 3 saluran untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat.

i. Borang web
ii. E-mel
iii. Panggilan telefon

Permohonan dibuka sejak 7 Julai 2021 dan bagi khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui https://services.akpk.org.my atau melayari http://bnm.gov.my/RA untuk maklumat lanjut.

Tak yakin atau pasti tips untuk mohon moratorium? Baca panduan A-Z di sini.

6. Struktur semula komitmen tetap bagi yang tidak mohon moratorium

Strategi ini adalah mengubah kontrak pinjaman yang sudah ada. Contoh penyusunan semula khas adalah dengan panjangkan tempoh bayaran pokok kontrak hutang atau ubah pembayaran faedah.

Cara ini lebih sesuai kepada peminjam yang ada pekerjaan atau simpanan tetapi mengalami pengurangan pendapatan atau simpanan yang terhad.

7. Penggunaan kereta

Bagi yang menggunakan kereta, mungkin anda boleh mempertimbangkan alternatif yang lebih menjimatkan seperti menggunakan pengangkutan awam atau carpool.

Sementara itu, bagi yang mereka ingin membeli kereta musim-musim PKP ini, adalah disarankan untuk melihat semula komitmen dan rekod perbelanjaan ye.

Pastikan anda mampu melunaskan bayaran pinjaman kereta dan mengikut kemampuan diri. Sekiranya anda sudah membelinya dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan hutang kereta dengan cepat, boleh ikut 10 cara di sini.

Membayar pinjaman kereta bergantung kepada tahap kewangan anda, dengan mencari wang tambahan, ia dapat membantu anda melunaskan hutang dengan lebih cepat.

8. Ubah gaya hidup

Kadang-kala barangan yang tidak berjenama sudah memadai untuk anda gunakan. Ia juga memberikan fungsi yang sama dan anda tidak perlu membayar kos lebih seperti jenama terkenal yang lain.

Banyak yang dapat dijimatkan dan kuaitinya juga ada kalanya lebih baik berbanding barangan yang berjenama.

Bandingkan harga barang-barang apabila berbelanja. Harga barangan juga tidak sama di semua pasaraya atau kedai. Harganya berbeza-beza walaupun untuk barangan yang sama.

Tetapi berhati-hati, penjual mempunyai strategi agar mereka tidak menanggung kerugian. Di satu pasaraya, mungkin satu barangan itu begitu murah tetapi terdapat barangan lain yang harganya lebih tinggi.

Belajarlah untuk mencantas perbelanjaan yang tidak perlu sebagai salah satu strategi berjimat. Boleh kurangkan membeli barangan yang mahal-mahal, berhibur. Ingat, duit ini ada turun, ada naik tau!

Semakin banyak kita mampu berjimat dalam menjalani kehidupan, adalah lebih baik. Kalau tidak perlukan sesuatu barangan tersebut, lebih baik kita menahan nafsu daripada membelinya.

Risau kelak diri sendiri yang rasa rugi, sebab terikutkan nafsu berbelanja yang langsung tidak memberi manfaat kepada anda. Tidak mustahil juga sekiranya anda berjimat, aliran kewangan anda mula kelihatan positif.

9. Side income

Sekarang ini pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sementara mengharapkan keadaan kembali seperti dahulu.

Apa yang penting anda bersungguh-sungguh untuk melakukannya dan sekiranya anda masih mempunyai pekerjaan dan ingin membuat side income, pastikan ia tidak mengganggu tugas hakiki kalian.

Antaranya anda boleh menjadi dropshipper, melakukan affiliate marketing, menjual barangan pre-loved, menjadi online tutor dan banyak lagi.

Klik sahaja di sini sekiranya nak mengetahui cara jana side income ketika PKP ini.

10. Jangan tambah hutang

Inilah masanya untuk mengkaji komitmen pinjaman dan pembiayaan bulanan, menyelaras bajet perbelanjaan harian dan isi rumah berdasarkan kemampuan pendapatan serta memastikan simpanan boleh bertahan untuk jangka masa lama.

Bagi kad kredit, baki tunggakan boleh ditukar kepada pinjaman berjangka dengan kadar faedah lebih rendah. Namun, jika situasi kewangan terkesan, sebaik-baiknya elakkan daripada melonjakkan penggunaan kad kredit, ataupun menambah hutang bertimbun. 

Keadaan ini hanya akan memudaratkan masalah kewangan anda dan sebagai panduan, bagi yang terpaksa menerima potongan gaji, janganlah berbelanja seperti biasa, cuba terokai pilihan lain yang dapat menambahkan pendapatan dan sentiasa jimat cermat.

Kesimpulan

Mengurus pendapatan dan perbelanjaan diri setiap bulan merupakan sesuatu aktiviti yang penting kerana ia boleh mempengaruhi jumlah simpanan anda pada akhir bulan nanti. 

Menurut laporan World Bank, 40% golongan milenial di Malaysia mengakui bahawa mereka berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan. Kebanyakan perbelanjaan tersebut dibelanjakan dalam kategori makanan dan utiliti.

Perancangan perbelanjaan yang terperinci akan membantu anda memahami tabiat pengunaan wang supaya tidak boros dan membeli barang yang tidak perlu. 

Ini kami kongsikan kepada anda aplikasi yang percuma untuk memudahkan anda merancang perbelanjaan kewangan.

Dalam pada itu, kita perlu sentiasa sedar dan bersiap sedia fizikal dan mental untuk melalui masa gawat ini. 

Kesanggupan untuk berubah sikap dengan melakukan tips jimat cermat dan bersederhana dalam melakukan perbelanjaan pada setiap masa perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Jika anda mencari platform yang boleh dipercayai dan selamat untuk jana pendapatan tambahan, walaupun hanya di rumah. Ini 8 platform TRUSTED yang kami boleh rekomen.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *