10 Cara Pembayaran Kad Kredit, Settle Hutang Lebih Cepat
cara selesaikan hutang kad kredit

10 Cara Pembayaran Kad Kredit, Settle Hutang Lebih Cepat

Melihat trend pembayaran rakyat Malaysia kini, kaedah pembayaran tanpa tunai semakin digemari dan berkembang pesat. Tidak terkecuali, golongan berpendapatan sederhana sehingga professional menggunakan kaedah tersebut. 

Walaupun ia menunjukkan peningkatan, kebimbangan dizahirkan apabila ramai belia Malaysia gagal membayar balik pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan telah menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis baru-baru ini.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang kad kredit dan juga cara pembayaran kad kredit yang effektif untuk bantu anda selesaikan hutang dengan dengan lebih berkesan.

Kesan Buruk Jika Lewat Bayar Bil Kad Kredit

akibat tidak bayar kad kredit

Ada antara kita yang tidak menggunakan kad kredit dengan betul ketika berbelanja dan akhirnya terpaksa menanggung beban hutang.  Justeru, kami senarai 5 perkata yang terjadi sekiranya anda lambat untuk membayarnya.

1. Kadar Faedah Tinggi

Kadar faedah yang tinggi boleh dikenakan sehingga 18% sekiranya lewat membayar daripada tempoh sepatutnya. 

Oleh itu, untuk lebih selamat, bayarlah awal dan boleh mendapat kadar faedah yang lebih rendah. 

2. Caj Bayaran

Anda juga akan dikenakan caj bayaran tertentu sebagai hukuman atau denda kerana lambat membuat pembayaran dan bergantung kepada bank masing-masing. 

Selalunya caj dikenakan melibatkan baki yang tertunggak dan akan dikenakan sehingga kita dapat melunaskan tunggakan itu. 

3. Skor Kredit Terjejas

Skor kredit baik penting untuk memastikan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak. Semua maklumat pembayaran kad kredit boleh disemak dan diteliti pihak bank. 

Ia boleh diperolehi melalui CCRIS dan CTOS. Kalau ada tertunggak, pinjaman menjadi sukar. 

4. Pengutip Hutang Mengejar Anda

Pihak bank boleh mengarahkan pengutip hutang untuk memungut hutang termasuk ketika anda berada di rumah atau pejabat. 

Jangan main-main, sekiranya anda tidak mahu menanggung malu, bayar dalam tempoh ditetapkan. 

5. Potensi Muflis

Tahukah anda, sekiranya anda gagal selesaikan hutang kad kredit, anda boleh diisytiharkan muflis, dihalang keluar dari Malaysia termasuk harta benda akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk melangsaikan hutang itu.

Sekiranya anda bekerja dalam bidang professional seperti undang-undang, perubatan, kebarangkalian ia akan menjejaskan karier anda dan akaun bank boleh dibekukan. 

Cara Pembayaran Kad Kredit

cara pembayaran kad kredit

Jika 20 atau 30 tahun lalu, kad kredit dianggap satu kemewahan kerana untuk memohonnya tidak mudah. 

Kini tidak lagi, banyak ejen kad kredit yang membuka kaunter di pusat beli belah dengan menawarkan pelbagai ganjaran untuk menarik orang ramai untuk memohon.

Apabila penggunaanya semakin meluas, banyak juga yang tidak dapat melangsaikan tunggakan. Jangan risau, ini beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk membebaskan diri daripada terus terjerut.

1. Kaedah ‘Snowball’

Kaedah ini memfokuskan anda untuk membayar satu akaun hutang pada masa tertentu dan melakukan pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain. 

Anda akan menyelesaikan hutang yang jumlahnya sedikit terlebih dahulu, kemudian barulah hutang yang lebih besar. 

2. Kaedah ‘Avalanche’

Kaedah ini tidak terlalu berbeza berbanding kaedah snowball, namun yang membezakannya adalah urutan hutang yang perlu dibayar.

Kaedah ini akan memfokuskan kepada hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi kepada rendah dan membayar kadar faedah tinggi terlebih dahulu. Fokusnya adalah hutang yang mempuyai kadar faedah yang besar.

3. Kaedah ‘Snowflake’

Kaedah ini fleksibel dan tidak memerlukan komitmen kewangan bulanan yang tinggi untuk menyelesaikan hutang tersebut. 

Anda boleh membayar baki hutang pada bila-bila masa mengikut kemampuan diri. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang, boleh peruntukkannya untuk membayar hutang. 

4. Kaedah ‘Overlap’ Pinjaman Peribadi

Kaedah ini akan menyatukan semua hutang yang ada di bawah satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru melalui institusi kewangan yang sama. Ini secara tidak langsung menawarkan pembiayaan baru dengan faedah yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih lama berbanding pinjaman sedia ada. 

Kaedah ini ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama dengan memohon menerusi overlapping facilities di bank tersebut. 

5. Kaedah ‘Debt Consolidation’ (Penyatuan Hutang)

Kaedah ini akan menghimpunkan pelbagai hutang ke dalam satu pinjaman peribadi baru dengan kadar faedah mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada. 

Anda akan menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Ia boleh dilakukan dimana-mana institusi kewangan yang menawarkannya. 

Cara Selesaikan Hutang Kad Kredit Tertunggak 

Berbalik pada isu tunggakan kad kredit, pokok pangkalnya bukan salah kad kredit itu, namun cara penggunaannya. Untuk mengelakkan lebih banyak kesan negatif penggunaan kad kredit, ini 5 cara selesaikan hutang kad kredit tertunggak.

cara selesaikan hutang kad kredit

1. Berhenti Guna Kad Kredit 

Sekiranya anda keberatan dan terbeban dengan penggunaan kad kredit, lebih baik berhenti menggunakannya. 

Jika anda hendak membuat sebarang pembelian, lakukan ia secara tunai atau transaksi dalam talian. Ini secara tidak langsung membolehkan anda mengurangkan dan membuat pembayaran sedikit demi sedikit hutang kad kredit yang tertunggak. 

2. Jimat Berbelanja

Berbelanjalah secara berhemah dan berjimat cermat. Hal ini kerana sekiranya anda berbelanja secara berhemah, anda mungkin akan mempunyai lebihan duit dan ia boleh digunakan untuk membayar tunggakan tersebut.

3. Tambah Sumber Pendapatan

Apabila anda menambah pendapatan, ia boleh membantu anda membayar tunggakan. Hari ini, pelbagai cara yang boleh anda ikhtiarkan untuk mencari side income, antara mahu atau tidak mahu sahaja. 

4. Berunding Dengan Pihak Bank

Bawa dokumen yang diperlukan untuk selesaikan masalah kad kredit anda. Setelah semua dokumen disiapkan, anda boleh pergi ke bahagian collection bank dan mula berbincang dan berunding.

Pada masa ini, penting untuk menerangkan keadaan anda kepada pegawai pihak bank dengan jujur. 

5. Mohon Bantuan AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu yang mempunyai masalah kewangan termasuklah tunggakan kad kredit. Perkhidmatan AKPK adalah percuma kepada semua individu.

Akhir sekali, semua pemilik kad kredit seharusnya lebih bijak ketika menggunakannya dan mampu menilai antara keperluan dan kehendak.Rancang apa yang hendak dibeli terlebih dahulu dan cuba elakkan pembaziran. Sekiranya pembelian dibuat menerusi kad kredit, semak kemampuan untuk membayar balik jumlah yang sudah digunakan. 

Doa Selesaikan Hutang Dengan Cepat

Bila anda sudah berusaha sedaya upaya dengan melakukan semua cara untuk selesaikan hutang, teruskan dan jangan putus asa. Namun, selain daripada usaha, and juga boleh mengamalkan doa selesaikan hutang. Amalan ini boleh dilakukan oleh umat Islam yang dibebani dengan masalah hutang walau setinggi gunung sekali pun. Doa ini boleh diamalkan agar hutang lunas dengan cepat, dimurahkan rezeki agar dapat bebas dari hutang.

doa selesaikan hutang dengan cepat

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi selamat dan patuh syariah daripada bank dan koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 17 Mei 2021 dan dikemas kini pada 30 May 2022).

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan