Marketing

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal boleh menyebabkan anda terperangkap dalam kitaran hutang yang membebankan. Apabila jumlah komitmen bulanan semakin tinggi, anda akhirnya kehilangan duit lebihan untuk simpanan masa depan.
Sebelum anda mendaftar kad kredit baru atau terus membayar kadar faedah yang mahal, anda wajib fahami risiko serta cara pengurusan bayaran yang betul untuk mengelakkan kesan buruk jangka panjang. Dalam artikel ini, kami kongsikan strategi berkesan untuk anda uruskan pembayaran kad kredit dengan lebih bijak—termasuk contoh pengiraan eksklusif bagaimana selesaikan hutang RM12K sepantas 6 bulan tanpa perlu bayaran lumpsum.
Tukar hutang kad kredit yang mahal kepada ansuran pinjaman peribadi yang lebih rendah dan menjimatkan. Lihat bagaimana kami boleh membantu anda atau mohon terus di sini:
Ramai antara kita suka menggunakan kad kredit kerana mudah diguna untuk berbelanja secara pantas. Namun, tabiat ini sering berakhir dengan cara pembayaran yang salah. Ada segelintir pengguna yang hanya membayar bayaran minimum kad kredit sekadar untuk "survive" atau cukup syarat supaya tidak dikejar bank, kemudian terus mengabaikan baki hutang yang ada.
Jika anda ingin tahu berapa jumlah sebenar yang perlu dibayar, pihak bank biasanya menetapkan bayaran minimum kad kredit sebanyak 5% daripada baki hutang atau RM50 (mengikut mana yang lebih tinggi). Walaupun membayar jumlah ini dapat mengelakkan anda daripada didenda caj lewat bayar, baki hutang yang tidak dibayar (95% lagi) akan dikenakan interest yang sangat tinggi, biasanya antara 15% hingga 18% setahun.
Hakikatnya, apabila anda hanya membayar jumlah minimum, anda sebenarnya hanya membayar faedah dan bukannya melangsaikan baki pokok (principal) hutang anda. Tindakan ini hanya memanjangkan tempoh hutang anda dan meningkatkan jumlah faedah yang perlu dibayar secara keseluruhan. Jika anda terus menambah perbelanjaan baru, hutang akan terus "menggunung" tanpa anda sedari.
Pro-Tip: Ambil Langkah Berani Untuk Bebas Hutang
Daripada terus membayar minimum, adalah lebih bijak untuk anda menstruktur semula hutang tersebut melalui penyatuan hutang (debt consolidation).
Sebagai perbandingan, kadar faedah kad kredit adalah sekitar 15% - 18% setahun. Melalui tawaran di Direct Lending, anda boleh mendapatkan pinjaman peribadi untuk penyatuan hutang dengan kadar serendah 2.82% setahun (khas untuk penjawat awam). Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan ribuan ringgit daripada hangus membayar faedah bank dan paling penting, anda dapat mengurangkan komitmen bulanan anda dengan serta-merta.
Oleh itu, anda perlu tahu cara bayar kad kredit dengan lebih strategik. Jangan sekadar membayar untuk mengelakkan denda, tetapi pilihlah cara pembayaran kad kredit yang dapat membebaskan anda daripada bebanan kewangan dengan lebih cepat.
Selain daripada terperangkap dengan faedah harian jika hanya membayar minimum, keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya anda gagal atau terlepas tarikh tamat tempoh. Justeru, kami senaraikan 5 kesan atau keburukan yang terjadi sekiranya anda tidak menguruskan cara pembayaran kad kredit dengan betul:
Kadar faedah yang tinggi boleh dikenakan sehingga 18% sekiranya lewat membayar daripada tempoh sepatutnya.
Oleh itu, untuk lebih selamat, bayarlah awal dan boleh mendapat kadar faedah yang lebih rendah.
Anda juga akan dikenakan caj bayaran tertentu sebagai hukuman atau denda kerana lambat membuat pembayaran dan bergantung kepada bank masing-masing.
Selalunya caj dikenakan melibatkan baki yang tertunggak dan akan dikenakan sehingga kita dapat melunaskan tunggakan itu.
Skor kredit baik penting untuk memastikan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak. Semua maklumat pembayaran kad kredit boleh disemak dan diteliti pihak bank.
Ia boleh diperolehi melalui CCRIS dan CTOS. Kalau ada tertunggak, pinjaman menjadi sukar.
Pihak bank boleh mengarahkan pengutip hutang untuk memungut hutang termasuk ketika anda berada di rumah atau pejabat.
Jangan main-main, sekiranya anda tidak mahu menanggung malu, bayar dalam tempoh ditetapkan.
Tahukah anda, sekiranya anda gagal selesaikan hutang kad kredit, anda boleh diisytiharkan muflis, dihalang keluar dari Malaysia termasuk harta benda akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk melangsaikan hutang itu.
Sekiranya anda bekerja dalam bidang professional seperti undang-undang, perubatan, kebarangkalian ia akan menjejaskan karier anda dan akaun bank boleh dibekukan.
Kami bagi contoh situasi Adam. Adam ada hutang kad kredit RM12K dengan kadar 15% setahun. Dia plan nak settlekan dalam masa 6 bulan, dan setiap bulan dia mampu bayar RM2,088. Kalau Adam tak buat balance transfer total amount yang dia bayar sebenarnya RM12,528, which is lebih mahal sebab ada interest 15%. Itu pun kalau dia mampu bayar RM2K setiap bulan. Kalau ada bulan dia mungkin terpaksa pakai duit untuk benda lain, Adam akan dikenakan denda dan masih kena bayar interest juga yang memang lagi mahal.

Cara Buat Balance Transfer Credit Card
Dalam jadual ni ada 3 senario pemindahan baki atau pun balance transfer yang realistik, yang boleh didapati di pasaran hari ini: 0% untuk 6 bulan dengan 1.5% fi pendahuluan, 0% untuk 12 bulan dengan RM0 fi pendahuluan, dan 0% untuk 24 bulan dengan 5% fi pendahuluan.
Dengan menggunakan pelan balance transfer untuk bayar balik hutang RM12k selama 6 bulan dengan faedah 0% setahun, fi pendahuluan 1.5%, bayaran balik bulanan RM2K, jumlah faedah yang dibayar pada kad kredit RM180 je. Adam boleh jimat RM348 kalau compare bila Adam tak buat balance transfer tadi.
Kedua, kalau Adam buat balance transfer selama 12 bulan, dengan faedah 0% setahun, tiada fi pendahuluan, bayaran balik bulanan RM1,000. Adam boleh jimat RM528 dan pelan ni paling ideal sebab technically, Adam tak perlu bayar apa-apa faedah pun!
Kalau tak mampu bayar RM1,000 setiap bulan. Ada cara untuk kurangkan ansuran bulanan. Tapi cara ini sesuai kalau anda tak kisah untuk panjangkan tempoh bayaran balik dan bayar fi pendahuluan. Pelan ketiga ni tak jimat berbanding pelan lain, tapi dapat kurangkan ansuran bulanan. Jadi, pelan ketiga ni Adam kena bayar balik hutang RM12K selama 24 bulan, faedah 0% setahun, fi pendahuluan 5%, bayaran balik bulanan RM500 je.
Ringkasnya di sini, kalau anda tak mampu membayar balik pembelian besar atau baki kad kredit sepenuhnya sebelum atau pada tarikh statement due date, cara yang terbaik adalah membuat pemindahan baki atau pun balance transfer. Cara ini bukan saja dapat jimatkan faedah tapi dapat cantikkan skor kredit.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Jika 20 atau 30 tahun lalu, kad kredit dianggap satu kemewahan kerana untuk memohonnya tidak mudah.
Kini tidak lagi, banyak ejen kad kredit yang membuka kaunter di pusat beli belah dengan menawarkan pelbagai ganjaran untuk menarik orang ramai untuk memohon. Walaupun kaedah ini masih ada, trend kini telah beralih ke arah permohonan secara dalam talian (online).
Kini, anda tidak perlu lagi menunggu di kaunter. Dengan adanya pelbagai platform perbandingan kewangan dan agregator, anda boleh membandingkan puluhan kad kredit hanya di hujung jari. Proses ini jauh lebih telus kerana anda boleh melihat kadar faedah, syarat kelayakan, dan ganjaran secara terus sebelum menekan butang mohon.
Apabila penggunaanya semakin meluas, banyak juga yang menghadapi kesukaran menyelesaikan hutang kad kredit. Jangan risau, ini beberapa cara pembayaran kad kredit yang boleh membantu anda menguruskan hutang dengan lebih berkesan.
Kaedah ini memfokuskan anda untuk membayar satu akaun hutang pada masa tertentu sambil melakukan bayaran minimum kad kredit untuk akaun-akaun hutang yang lain.
Anda akan menyelesaikan hutang yang jumlahnya sedikit terlebih dahulu, kemudian barulah hutang yang lebih besar. Strategi ini menggalakkan anda membina motivasi kerana anda dapat melihat hasil yang lebih cepat.
Walau bagaimanapun, jika anda hanya membuat bayaran minimum kad kredit iaitu 5% dari jumlah hutang kad kredit setiap bulan, ia cuma akan mengelakkan penalti lewat bayar dan tidak akan membantu mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan. Oleh itu, jika anda menggunakan cara ‘Snowball’, anda kena membayar lebih daripada minimum supaya anda dapat selesaikan hutang kad kredit dengan cepat.
Kaedah ini tidak terlalu berbeza berbanding kaedah snowball, tetapi lebih berkesan dari segi penjimatan kos faedah.
Kaedah ini memfokuskan pembayaran hutang yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi dahulu, contohnya hutang kad kredit. Hal ini kerana kadar faedah kad kredit sangat tinggi, biasanya 15% - 18% setahun. Oleh itu, membayar lebih daripada bayaran minimum kad kredit adalah sangat penting untuk mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah 15% setahun dan anda hanya membuat bayaran minimum iaitu 5% setiap bulan, anda akan perlu masa bertahun-tahun untuk melangsaikan hutang kad kredit anda.
Dengan cara ‘Avalanche’, pembayaran hutang anda boleh dipercepatkan sebelum beralih ke hutang lain yang kadar faedahnya lebih rendah.
Kaedah ini fleksibel dan tidak memerlukan komitmen kewangan bulanan yang tinggi untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Anda boleh membayar baki hutang pada bila-bila masa mengikut kemampuan diri. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang, boleh peruntukannya untuk membayar hutang.
Kaedah ini akan menyatukan semua hutang yang ada di bawah satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru melalui institusi kewangan yang sama. Ini secara tidak langsung menawarkan pembiayaan baru dengan faedah yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih lama berbanding pinjaman sedia ada.
Kaedah ini ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama dengan memohon menerusi overlapping facilities di bank tersebut.
Kaedah ini akan menghimpunkan pelbagai hutang ke dalam satu pinjaman peribadi baru dengan kadar faedah mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada.
Anda akan menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Ia boleh dilakukan dimana-mana institusi kewangan yang menawarkannya. Sebelum melakukan teknik penyatuan hutang, anda boleh guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk anggarkan penjimatan bila anda membuat penyatuan hutang. Ini juga untuk memastikan bayaran balik bulanan pinjaman peribadi berada dalam had kemampuan anda.
Di Direct Lending, kami sering membantu pelanggan yang bergelut dengan pelbagai komitmen hutang. Salah seorang pelanggan kami, Azli (bukan nama sebenar), menghadapi situasi di mana sebahagian besar gajinya habis digunakan untuk membayar kadar faedah yang tinggi.
Situasi Azli: Azli mempunyai dua hutang aktif:
Sebelum ini, Azli membayar purata kadar faedah sebanyak 13%. Selepas berbincang dengan perunding kami, Azli memilih untuk melakukan penyatuan hutang bagi menstruktur semula kewangannya.
| Perincian | Pinjaman Peribadi Lama | Kad Kredit | Pinjaman Baru (Direct Lending) |
|---|---|---|---|
| Amaun | RM10,000 | RM10,000 | RM20,000 |
| Kadar Faedah (p.a) | 8% setahun | 18% setahun | 2.82% setahun |
| Tempoh | 3 tahun | 2 tahun | 3 tahun |
| Ansuran Bulanan | RM313 | RM499 | RM581 |
| Jumlah Ansuran | RM812 (Gabungan) | RM581 | |
Keputusan Case Study: Melalui bimbingan kami, Azli berjaya mendapatkan Pinjaman Peribadi MBSB Bank dengan kadar promosi 2.82% setahun. Hasilnya:
*Maklumat yang ditunjukkan adalah tepat dalam tempoh masa ditulis.
Di Direct Lending, kami telah membantu ribuan rakyat Malaysia menstruktur semula hutang mereka dengan lebih bijak. Anda tidak perlu pening kepala memikirkan pelbagai tarikh akhir pembayaran kad kredit yang berbeza. Dengan satu ansuran pinjaman peribadi yang jauh lebih rendah, anda mampu menarik nafas lega setiap kali tiba hujung bulan.
Jangan biarkan hutang kad kredit menghantui masa depan anda. Ambil masa 2 minit sahaja untuk melihat berapa banyak yang anda boleh jimatkan setiap bulan.
Semak Kelayakan Sekarang Secara Percuma
Berbalik pada isu tunggakan kad kredit, pokok pangkalnya bukan salah kad kredit itu, namun cara penggunaannya. Untuk mengelakkan lebih banyak kesan negatif penggunaan kad kredit, ini 5 cara selesaikan hutang kad kredit tertunggak.
Sekiranya anda keberatan dan terbeban dengan penggunaan kad kredit, lebih baik berhenti menggunakannya.
Jika anda hendak membuat sebarang pembelian, lakukan ia secara tunai atau transaksi dalam talian. Ini secara tidak langsung membolehkan anda mengurangkan dan membuat pembayaran sedikit demi sedikit hutang kad kredit yang tertunggak.
Berbelanjalah secara berhemah dan berjimat cermat. Hal ini kerana sekiranya anda berbelanja secara berhemah, anda mungkin akan mempunyai lebihan duit dan ia boleh digunakan untuk membayar tunggakan tersebut.
Apabila anda menambah pendapatan, ia boleh membantu anda membayar tunggakan. Hari ini, pelbagai cara yang boleh anda ikhtiarkan untuk mencari side income, antara mahu atau tidak mahu sahaja.
Bawa dokumen yang diperlukan untuk selesaikan masalah kad kredit anda. Setelah semua dokumen disiapkan, anda boleh pergi ke bahagian collection bank dan mula berbincang dan berunding.
Pada masa ini, penting untuk menerangkan keadaan anda kepada pegawai pihak bank dengan jujur.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu yang mempunyai masalah kewangan termasuklah tunggakan kad kredit. Perkhidmatan AKPK adalah percuma kepada semua individu.
Akhir sekali, semua pemilik kad kredit seharusnya lebih bijak ketika menggunakannya dan mampu menilai antara keperluan dan kehendak.Rancang apa yang hendak dibeli terlebih dahulu dan cuba elakkan pembaziran. Sekiranya pembelian dibuat menerusi kad kredit, semak kemampuan untuk membayar balik jumlah yang sudah digunakan.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform pinjaman digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi selamat dan patuh syariah daripada bank dan koperasi yang terbaik untuk anda.
Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 17 Mei 2021 dan dikemas kini pada 14 April 2026).
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.