Public Islamic Bank – MCCM

Pinjaman Peribadi Public Islamic Bank - MCCM
Mudah, Murah dan Berbaloi

  • Kadar tetap serendah 3.99%
  • payout setinggi 98%
  • Tak perlu cop sain majikan untuk pelanggan sedia ada
  • Khas untuk kakitangan awam & badan berkanun

Semak Kelayakan

Mengenali Pinjaman Public Bank - MCCM

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Public Islamic Bank (anak syarikat Public Bank) dengan potongan gaji oleh MCCM Resources Sdn Bhd melalui Biro Angkasa. Pinjaman ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah yang paling rendah dan bayaran (“payout”) yang tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Pinjaman peribadi daripada Public Islamic Bank
  • Amaun pembiayaan sehingga RM350,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun
  • Kadar keuntungan 3.99% tetap untuk pembiayaan RM200,000 dan keatas,  4.65% untuk pinjaman RM50,000 ke RM200,000, atau 5.20% untuk pinjaman sehingga RM50,000
  • Payout setinggi 98%
  • Bayaran melalui Biro Angkasa (oleh MCCM Resources Sdn Bhd)
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses 1-2 minggu

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 20 sehingga 56 tahun
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 1 tahun (atau 6 bulan untuk Kementerian Kesihatan, Pendidikan, Kewangan, Pengangkutan, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri)
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak boleh ada “special attention” akaun dalam CCRIS, tunggakan pinjaman bank tidak boleh melebihi 2 bulan
  • Tungakkan dengan PTPTN layak memohon

Plan Promosi Untuk Anda

Capai impian anda hari ini

Nak membeli atau ubahsuai rumah? Memulakan atau meluaskan perniagaan? Melunaskan pinjaman pelajaran? Nikmatilah loan peribadi yang murah dan berbaloi ini untuk mencapai apa-apa impian yang anda ada.

Ringankan beban hutang anda dengan langsaikan hutang kad kredit yang berfeadah 18% setahun atau pinjaman yang mahal dengan pinjaman peribadi Public Islamic Bank yang mampu milik ini. Kadar hanya dari 3.99% tetap setahun.

Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi online (dalam talian) yang menawarkan pinjaman peribadi bank & koperasi yang cepat, mudah, selamat dan mampu milik. 100% percuma. Capai impian anda hari ini dengan kami.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Soalan Lazim

Apakah pinjaman peribadi Public Islamic Bank - MCCM? Adakah pinjaman ini berkonsep Syariah?

Pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM adalah berkonsep Syariah.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM untuk apa-apa tujuan sahaja seperti ubahsuai rumah, beli kenderaan, memulakan atau mengembangkan perniagaan, bayar bil perubatan atau langsaikan hutang mahal anda.

Adakah saya layak memohon pinjaman peribadi Public Islamic Bank - MCCM?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 sehingga 56 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun di sektor awam atau 6 bulan untuk Kementerian Kesihatan, Pendidikan, Kewangan, Pengangkutan, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda perlu selesaikan komitmen hutang tersebut sebelum memohon pinjaman ini.

Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, Public Islamic Bank – MCCM menerima tetapi dengan syarat tunggakan pembiayaan tersebut tidak boleh melebihi 2 bulan. Rekod CCRIS juga tidak boleh ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account). Untuk masalah CTOS pula, rujukan perdagangan (trade reference) atau rekod CTOS melebihi RM1,000 adalah tidak layak untuk mohon pinjaman ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman yang boleh saya mohon?

Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM350,000. Tempoh pinjaman adalah dari minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman ini?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Potongan gaji saya dah lebih 60%, bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60%. Ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio).

Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon pinjaman Public Islamic Bank - MCCM?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Berapakah lama masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke dalam akaun bank saya?

Proses permohonan pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM adalah sekitar 1-2 minggu. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Apakah kadar keuntungan pinjaman peribadi Public Islamic Bank - MCCM?

Kadar keuntungan tetap pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM adalah 3.99% untuk pembiayaan RM200,000 dan keatas, 4.65% untuk pinjaman RM50,000 ke RM200,000, atau 5.20% untuk pinjaman sehingga RM50,000.

Apakah caj yang dikenakan untuk pinjaman peribadi Public Islamic Bank - MCCM? Pinjaman ini ada ahli yuran?

Tiada yuran ahli atau yuran pemprosesan yang akan dikenakan untuk pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM.

Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?

Untuk pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM, tiada bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan.

Berapa dalam tangan yang saya akan terima dengan pinjaman ini? Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 98%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak Public Islamic Bank – MCCM.

Adalah pinjaman ini mempunyai perlindungan Takaful?

Pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM mempunyai perlindungan Takaful.

Saya dah ada pinjaman pinjaman peribadi Public Islamic Bank - MCCM yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM.

Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi Public Islamic Bank – MCCM.

Bolehkah saya membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Public Islamic Bank – MCCM.

Bagaimana saya boleh mohon pinjaman peribadi Public Islamic Bank - MCCM?

Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan Public Islamic Bank adalah 3.99% untuk pembiayaan RM200,000 dan keatas, 4.65% untuk pinjaman RM50,000 ke RM200,000, atau 5.20% untuk pinjaman sehingga RM50,000. Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 2 tahun hingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM100,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 4.65% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM146,500.