Direct Lending

5 Perkara untuk Dipertimbangkan Sebelum Mohon Pinjaman Peribadi

Sama ada anda seorang peniaga atau pekerja, keperluan untuk memiliki wang itu akan sentiasa ada. Pendapatan tetap anda akan membantu dalam menyelesaikan bayaran berulang dan perbelanjaan harian. Secara amnya, ini adalah pengurusan perbelanjaan bulanan sebelum menerima gaji yang seterusnya. Ini adalah perkara lazim terutamanya bagi mereka yang bekerja makan gaji.

Tetapi, akan ada ‘keperluan’ lain yang anda inginkan namun memerlukan jumlah wang yang tinggi. Kemampuan menjadi masalah kerana wang yang dimiliki atau simpanan tidak boleh membayar keperluan yang sekali ini. Bagi situasi sebegini, pinjaman peribadi adalah salah satu penyelesaian untuk kekangan kewangan tersebut.

5 Perkara untuk Dipertimbangkan Sebelum Mohon Pinjaman Peribadi

Zaman ini, pinjaman peribadi amat mudah untuk diperolehi. Anda tidak perlu memberikan cagaran atau menawarkan jaminan untuk dapatkan wang tunai. Anda cuma perlu mempunyai kedudukan kredit yang baik dan bukti pendapatan tetap yang menunjukkan anda mampu menyelesaikan pinjaman tersebut.

Namun begitu, jangan buat keputusan dengan tergesa-gesa kerana adalah wajar untuk mempertimbangkan seberapa garis panduan.

1. Adakah memang ‘Perlu’ Meminjam?

Gambar oleh Kelly Sikkema

Perlu ada sebab yang munasabah untuk mohon pinjaman peribadi, sama ada untuk mengubah suai rumah, beli kereta, mula atau kembangkan perniagaan, pendidikan, perubatan ataupun perkahwinan.

Sebelum membuat keputusan untuk meminjam, fikirkan jika anda boleh memperoleh dana dengan menyimpan wang. Dengan simpanan, jumlah pinjaman juga dapat dikurangkan. Pinjaman peribadi pula boleh digunakan untuk menampung kekurangan dan melengkapkan perbelanjaan yang anda perlukan.

Anda juga perlu pertimbangkan pinjaman peribadi yang anda ingin ambil itu adalah hutang baik atau hutang buruk. Adakah pinjaman tersebut akan memberikan pulangan atau pendapatan jangka masa panjang untuk anda? Mengambil pinjaman peribadi adalah komitmen yang anda akan dipertanggungjawabkan, ini bagi memastikan pinjaman tersebut mempunyai kepentingan dan akan bantu anda dalam jangka masa yang panjang.

Perbelanjaan yang tidak diduga boleh menjadi faktor yang menyebabkan keperluan untuk mohon pinjaman peribadi. Anda mungkin tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk mengambil pinjaman peribadi bagi menampung kos perubatan, pembedahan dan perkara kecemasan lain yang tidak dijangka. Pinjaman peribadi boleh menjadi bekalan kewangan yang anda boleh harapkan sewaktu benar-benar memerlukan. Yang penting pendapatan bulanan anda mampu menanggung ansuran bulanan.

2. Adakah Kedudukan Kewangan Anda akan Diperbaiki?

Gambar oleh Mimi Thian

Ramai sudah terjerat dalam perangkap hutang. Kekangan wang atau hutang menggunung adalah perkara yang sukar untuk diatasi. Segelintir individu akan mengambil tindakan untuk memperbaiki kedudukan kewangan mereka. Sementara pandangan umum mengenai pinjaman peribadi akan menambahkan beban kewangan, tetapi pinjaman peribadi yang baik sebenarnya boleh memperbaiki aliran tunai dan kedudukan kewangan.

Kad kredit merupakan punca utama pengumpulan hutang. Sesuatu yang dipanggil ‘plastik’ ini memberikan gambaran kuasa membeli tetapi sebenarnya membawa pengguna kepada kedudukan kewangan yang huru hara. Anda akan berdepan dengan masalah kewangan apabila perlu membayar hutang kad kredit yang tinggi (biasanya pada kadar 18% setahun). Untuk menyelesaikan masalah tersebut, hutang kad kredit boleh diselesaikan menggunakan pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah lebih rendah.

Anda juga boleh menggunakan teknik yang sama untuk hutang yang lain, terutamanya hutang yang banyak dengan menyatukan semua hutang dalam satu pinjaman, di mana anda boleh memperoleh penjimatan dalam kadar faedah.

3. Tentukan Keperluan Tunai dan Kemampuan Anda

Gambar oleh Tim Gouw

Apabila anda sudah memperoleh sebab untuk meminjam, maka anda perlu tentukan kelayakan tunai untuk mengelak pinjaman yang melebihi jumlah yang diperlukan. Adalah penting untuk menilai jumlah bayaran balik bulanan yang anda mampu berdasarkan aliran pendapatan.

Sebagai panduan umum, komitmen hutang bulanan anda tidak patut melebihi 60% daripada pendapatan bulanan. Ini adalah perkara penting kerana ini membantu anda selaraskan jumlah pinjaman mengikut kemampuan. Perkara ini juga akan menentukan tempoh untuk anda selesaikan pinjaman tersebut.

Selain itu, mengekalkan 40% daripada pinjaman bulanan akan memberi anda pendapatan yang mencukupi untuk keperluan asas dan perbelanjaan lazim yang lain. Peminjam bijak tidak akan meminjam melebihi kemampuan ataupun mengambil pinjaman peribadi yang akan memudaratkan kedudukan kewangan.

4. Cari Pemberi Pinjaman yang Betul

Gambar oleh Mimi Thian

Cari pemberi pinjaman yang dapat membantu mencapai matlamat anda dan menawarkan bukan sekadar kemudahan pemprosesan.

Lakukan perbandingan kadar faedah dan syarat pembayaran dengan beberapa pemberi pinjaman. Ini bagi memastikan anda berada di tahap selesa dan tidak melakukan kesilapan. Bincangkan pilihan pembayaran dengan setiap pemberi pinjaman dengan teliti, terutamanya jika faedah adalah ‘tetap’ atau ‘berubah’ dan kelonggaran untuk membuat bayaran awal tanpa denda yang tinggi. Perkara-perkara ini akan bantu anda membuat pilihan.

5. Berurusan dengan Pemberi Pinjaman dan Perunding Pinjaman/Agen yang Dipercayai

Gambar oleh Nik MacMillan

Akhir sekali, perkara yang perlu diambil kira adalah bayaran pendahuluan dan yuran tidak munasabah yang dikenakan oleh segelintir pemberi pinjaman, dimana yuran tersebut akan ditolak menerusi jumlah pinjaman. Pemberi pinjaman yang dipercayai tidak akan mengambil kesempatan terhadap peminjam yang mempercayai mereka. Semua pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta bayaran pendahuluan, sebarang yuran akan ditolak daripada pinjaman apabila pinjaman diluluskan dan yuran tersebut akan dinyatakan dengan jelas.

Sama juga dengan agen yang sah, dimana mereka tidak akan meminta sebarang wang pendahuluan. Pendapatan mereka akan diberikan oleh pemberi pinjaman apabila pinjaman telah diluluskan. Berhati-hati jika ada agen yang meminta yuran pemprosesan.

Selain daripada menilai cetakan dan peruntukan yang ditetapkan dalam kertas kerja pinjaman, mengesahkan dengan pemberi pinjaman anda sekali lagi jika terdapat caj tersembunyi. Anda tidak mahu dapat sebarang kejutan apabila sudah menurunkan tandatangan. Jauhkan diri daripada pemberi pinjaman yang akan membebankan anda dengan caj ‘tidak sah’ sebelum anda mula membayar pinjaman.

Pinjam untuk Sebab yang Betul

Gambar oleh Kwanloy

Pinjaman peribadi boleh menjadi alat kewangan yang berguna bagi golongan bekerja di Malaysia, terutamanya ketika kecemasan kerana pinjaman peribadi boleh menyelesaikan ataupun memperbaiki hak kewangan dan situasi individu tersebut. Namun begitu, adalah penting untuk pertimbangkan jika pinjaman tersebut adalah wajar atau tidak, jika anda mampu membayar pinjaman bulanan sebelum meneruskan permohonan dan memperoleh pinjaman peribadi. Semoga dengan mengikuti panduan di sini, anda tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan pinjaman peribadi.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Direct Lending

Add comment