Direct Lending

6 Tanda untuk Mengenal Pasti Pinjaman yang Berunsurkan Penipuan

Baru-baru ini, kami menerima beberapa laporan mengenai sindiket penipuan pinjaman yang menggunakan nama syarikat kami (Direct Lending) tanpa persetujuan kami untuk meminta bayaran pendahuluan untuk memproses pinjaman. Kami dapat tahu banyak lagi kes penipuan pinjaman yang berlaku sebelum ini. Penipu telah menipu ribuan orang dengan menjanjikan kadar faedah yang sangat rendah dengan kelulusan yang mudah, terutamanya bagi mereka yang merasa sukar untuk mendapatkan pinjaman kerana mempunyai rekod negatif CCRIS atau CTOS.

Malah pada bulan lepas, seorang wanita berusia 26 tahun telah ditipu RM7, 000 apabila dia memohon pinjaman.  Untuk melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa organisasi-organisasi yang tidak bertanggungjawab, kami ingin menjalankan tanggungjawab kami dalam meningkatkan kesedaran orang ramai. Selepas kajian terperinci, kami telah mengenal pasti beberapa tanda yang sering wujud dalam penipuan pinjaman yang harus anda perhatikan:

 1. Bayar yuran pendahuluan sebelum memperoleh pinjaman

online scam
The Star

Pemberi pinjaman yang sah TIDAK AKAN meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum menerima pinjaman. Malahan adalah haram bagi mereka untuk berbuat demikian.

Kebanyakan penipu akan meminta bayaran pendahuluan sebagai yuran pemprosesan wajib, bayaran pendahuluan ansuran, insurans atau cagaran akibat rekod kredit buruk anda. Jika pinjaman ini memang ada yuran atau bayaran tersebut, ia akan ditolak daripada jumlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar secara langsung.

2. Anda dikehendaki untuk memberi kad ATM/ kad debit

give_card_away
askleo.com

Anda dikehendaki untuk memberi kad ATM atau kad debit anda apabila membuat permohonan pinjaman.  Ini kemungkinan besar adalah penipuan pinjaman sebab penipu ini akan meminta duit daripada anda sebaik sahaja pinjaman diluluskan dan masuk ke akaun bank anda.

Mereka akan menggunakan kad ATM ini untuk mengeluarkan wang atau meminta anda memberi yuran pemprosesan, sebelum mereka memulangkan kad ATM atau kad debit kepada anda. Sebarang bayaran pemprosesan sepatutnya ditolak terus dari jumlah pinjaman anda.

3. Anda tidak pernah memohonnya atau jumlah yang dipinjam adalah lebih dari apa yang anda pohon

too good to be true
Ringgit Plus

Anda menerima panggilan atau emel yang mengatakan bahawa anda layak untuk membuat pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Kadang-kadang anda juga diberitahu bahawa ianya hanya khas untuk anda padahal sebenarnya anda tidak pernah memohon sebarang pinjaman sebelum ini.

Atau mungkin anda memohon pinjaman tersebut, tetapi anda ditawarkan dengan jumlah yang lebih banyak daripada apa yang anda pohon. Berhati-hati dengan tawaran kredit yang tidak diminta ini, dan pastikan sama ada ianya sahih sebelum anda meneruskan proses selanjutnya.

4. Jika tawaran pinjaman terlalu bagus, ianya mungkin penipuan

loan_scam
partnerlend.com.au

Kata-kata seperti ‘kadar faedah yang rendah atau sifar’ atau ‘jaminan wang tunai atau  kelulusan 100%’. Kedengaran bagus? Ingat, setiap pemberi pinjaman amat peduli tentang mendapatkan kembali wang mereka.

Jika pemberi pinjaman terlalu bersemangat untuk meluluskan pinjaman anda tanpa menilai sejarah kredit dengan teliti untuk memeriksa sama ada anda akan dapat membayarnya kembali atau tidak, maka itu mungkin kerana pemberi pinjaman tidak akan memberikan apa-apa wang kepada anda.

 5. Bertindaklah sekarang atau anda akan terlepas peluang keemasan!

Act Now Scam
agingcare.com

Sekiranya pemberi pinjaman terus memaksa anda untuk membuat keputusan dengan segera kerana tawaran pinjaman istimewa tersebut akan berakhir tidak lama lagi, maka anda perlu mengabaikannya. Ini kerana jika lebih pantas penipu menandatangani perjanjian dengan anda, maka lebih cepat anda akan masuk ke dalam perangkap penipuan tersebut.

Jangan sekali-kali kelam-kabut untuk membuat apa-apa keputusan. Anda perlu teruskan hanya jika anda pasti 100% dengan siapa anda sedang berurusan.

 6Maklumat peribadi yang diminta oleh kenalan yang mencurigakan

Personal Info
consumersunion.org

Kadang-kadang penipu bukanlah menginginkan wang anda, tetapi untuk mencuri identiti anda untuk tujuan penipuan. Mereka akan menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman melalui panggilan telefon, emel atau media sosial untuk menipu anda supaya memberikan maklumat peribadi anda. Ini dipanggil sebagai ‘phishing’.

Jangan berikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank anda melainkan anda tahu siapa dan apa tujuannya. Penipu ini juga boleh menyiarkan iklan menggunakan nama syarikat yang sah, tetapi syarikat-syarikat yang sah ini sendiri tidak menyedari tentang penipuan tersebut.

warning
www.iol.co.za

Jika pinjaman yang ditawarkan kepada anda mempunyai satu atau lebih tanda amaran di atas, maka berhati-hatilah dan pastikan anda menyemak dengan teliti dengan siapa anda sedang berurusan sebelum meneruskan tindakan lanjut.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank dan koperasi dalam talian untuk kakitangan awam di Malaysia.

Direct Lending

Add comment