Direct Lending

Apa yang Akan Terjadi Pada Pinjaman Saya Jika Saya Mati Awal?

Apa akan akan terjadi pada pinjaman atau hutang saya jika saya mati awal? Ini adalah soalan penting yang sering tidak diendahkan oleh peminjam. Terdapat kejadian dimana peminjam meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan baki pinjaman yang banyak. Ahli keluarga dan waris yang sedang bersedih tiba-tiba dikejutkan apabila pengutip hutang meminta mereka menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Dari sudut kemanusiaan, perkara ini kelihatan salah. Tetapi bagaimana pula dari segi undang-undang? Adakah pengutip hutang itu melakukan tindakan yang boleh didakwa?

Bagaimana proses ini dilaksanakan di Malaysia?

Kredit: rawpixel.com

Ini persoalan yang begitu mudah yang masih menjadi tanda tanya kepada kebanyakan masyarakat. Secara amnya, perkara yang akan berlaku kepada harta kita apabila kita mati adalah ia akan dikumpulkan dalam sesuatu yang bergelar ‘estet’ yang akan dikawal selia oleh seorang ‘pelaksana’. Pelaksana akan dilantik menerusi wasiat ataupun oleh pihak mahkamah. 

Terdapat beberapa pihak yang akan menuntut estet anda sebelum dibahagikan kepada waris. Antaranya adalah :

  • Perbelanjaan pengebumian
  • Bayaran atau yuran pelaksana
  • Cukai tertunggak
  • Pemuitang terjamin dan tidak terjamin

Pemuitang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengutip baki pinjaman menerusi estet. Jika pinjaman anda dijamin menerusi aset (contoh : rumah), pemuitang akan mengambil aset tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman. Setelah selesai semuanya, baki estet akan dibahagikan mengikut wasiat, Akta Pembahagian (jika tiada wasiat) atau Sijil Faraid bagi yang Muslim. 

Jadi, adakah keluarga atau waris perlu membayar hutang saya apabila saya mati?

Tidak, kerana pemiutang hanya akan mengejar aset dan estet sahaja. Jika nilai estet melebihi nilai hutang, maka semua hutang akan selesai dan baki estet akan dibahagikan kepada penama. Tetapi, jika nilai estet tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutang, pemuitang perlu menanggung kerugian kerana mereka tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga anda, melainkan ahli keluarga tersebut adalah penjamin atau peminjam bersama.

Insurans sebagai pelindung

kredit: rawpixel.com

Bagi melindungi ahli keluarga anda, pelindungan insurans adalah aspek penting sewaktu melakukan pinjaman. Pihak peminjam dan pemberi pinjaman akan lebih terjamin dimana hutang akan diselesaikan dengan kesan yang minima dan waris tidak perlu menanggung beban yang banyak.

1. Pinjaman bercagar – pinjaman perumahan

Pinjaman bercagar seperti pinjaman perubahan lazimnya didukung atau dilindungi oleh cagaran atau aset peribadi. 

Kredit: iconicbestiary

Individu yang mengambil pinjaman perumahan perlu mengambil sejenis insurans gadai janji sebelum pinjaman diluluskan. Peminjam mempunyai pilihan untuk mengambil Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji (MRTA) atau Insurans Jangka Tahap Gadai Janji (MLTA). Pelan insurans ini akan memberi pelindungan jika berlaku kematian atau cacat kekal kepada peminjam. 

 2. Pinjaman tidak bercagar

  • Kad kredit

Kredit: rawpixel.com

Pengguna kad kredit harus mempertimbangkan faedah memohon insurans hutang kad kredit. Peratusan premium bulanan adalah amat kecil berbanding jumlah bayaran bulanan kad kredit tersebut. Membayar insurans kad kredit juga salah satu langkah untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

  • Pinjaman peribadi

Kredit: makyzz

Sungguhpun pemiutang atau pemberi pinjaman peribadi tidak mewajibkan peminjam untuk memberikan aset peribadi sebagai jaminan pinjaman, objektif utama adalah untuk memastikan pinjaman itu dibayar. Oleh itu, kebanyakan pinjaman peribadi bank dan koperasi, termasuk yang ditawarkan oleh Direct Lending, mempunyai insurans atau pelindungan Takaful supaya pinjaman tersebut dapat diselesaikan walaupun berlaku kematian atau kemalangan kepada peminjam. Premium insurans atau takaful akan ditolak daripada jumlah pokok pinjaman. 

Sebelum anda mengambil insurans pinjaman peribadi dan insurans kad kredit, pastikan anda peka terhadap klausa penting dan pengecualian walaupun pelindungan itu berpusat kepada faedah kematian.

Kesimpulannya, pengetahuan mengenai insurans dalam kalangan pengguna adalah mustahak, baik sebelum atau selepas melakukan pinjaman. Pengguna perlu mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai produk pinjaman serta jenis pelindungan insurans di Malaysia. Peminjam yang bertanggungjawab akan memikirkan kesejahtaraan orang tersayang dan pastikan yang mereka akan pergi tanpa meninggalkan beban.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi online yang cepat, mudah dan selamat untuk penjawat awam dan pekerja swasta di Malaysia.

Direct Lending

Add comment