Direct Lending

Apakah itu Pinjaman Koperasi & Perbezaanya dengan Pinjaman Bank Komersial?

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 18 September 2017 dan dikemas kini pada 13 November 2019.)

Gambar oleh Poringdown

Pinjaman Koperasi adalah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Lazimnya, pembayaran balik Pinjaman Koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan Pinjaman Koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep syariah.

Antara pihak yang menawarkan pinjaman koperasi kepada penjawat awam adalah koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.  Koperasi-koperasi yang aktif  dan kukuh termasuk Koperasi Ukhwah, Koperasi Putri Terbilang (KOPUTRI), Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA), Co-op Bank Pertama dan Koperasi Gemilang.

Selain koperasi, pihak yayasan juga menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam. Antaranya adalah Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Walaupun yayasan bukanlah koperasi, pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh yayasan ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan Pinjaman Koperasi dalam pelbagai aspek, ini termasuk kaedah bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji.

Di samping itu, terdapat bank tertentu di Malaysia yang bekerjasama dengan entiti tempatan (seperti Public Bank-MCCM Resources dan RHB-iDestinasi) yang menawarkan pinjaman peribadi dengan skim bayaran balik potongan gaji melalui Biro ANGKASA.

Ciri-ciri Utama Pinjaman Koperasi

Gambar oleh Christin Hume
  • Kaedah bayaran balik pinjaman menerusi perkhidmatan potongan gaji yang disediakan oleh Biro ANGKASA atau Akauntan Negara, yakni dua agensi yang boleh mengawal gaji kakitangan kerajaan. Ini adalah sebab utama Pinjaman Koperasi hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan sahaja.
  • Jumlah pembiayaan minima adalah sebanyak RM2,000 dan maksima RM250,000.
  • Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun atau sehingga bersara, mengikuti tempoh yang lebih pendek.
  • Tidak bercagar dan penjamin tidak diperlukan.
  • Kebanyakan Pinjaman Koperasi ditawarkan kepada kakitangan awam bekerja tetap sahaja.  Hanya ada beberapa koperasi yang menawarkan pinjaman kepada pekerja status kontrak.
  • Potongan gaji yang dibenarkan untuk Pinjaman Koperasi tidak boleh melebihi 60% daripada gaji kasar. Maksudnya, dalam slip gaji kakitangan kerajaan peratusan gaji bersih mestinya sekurang-kurangnya 40%.
  • Menawarkan dana serbaguna termasuklah penyatuan dan penstrukturan hutang, pembelian rumah atau kereta, permulaan atau perkembangan perniagaan, pendidikan, bil perubatan dan lain-lain.

Perbezaan Pinjaman Koperasi dan Pinjaman Bank

Gambar oleh Evgeni Tcherkasski

Walaupun terdapat persaamaan dalam pelbagai aspek, Pinjaman Koperasi tetap berbeza dengan Pinjaman Bank. Antara perbezaan Pinjaman Koperasi adalah:

1. Kaedah Bayaran Balik – Dilakukan menerusi kaedah potongan gaji peminjam yang diuruskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akautan Negara. Manakala bayaran balik Pinjaman Bank lazimnya dilakukan melalui autodebit atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana bank komersial menawarkan pilihan potongan gaji.

2. Tempoh – Tempoh Pinjaman Koperasi lazimnya sehingga 10 tahun, berbanding tempoh 5-7 tahun yang ditawarkan oleh kebanyakan bank.

3. Kriteria Kredit – Kriteria kelulusan bagi Pinjaman Koperasi adalah lebih mudah berbanding Pinjaman Bank disebabkan oleh kaedah bayaran balik menerusi potongan gaji. Peminjam yang mempunyai rekod CTOS negatif, komitmen tinggi atau yang ditandakan dengan ‘akaun perhatian khas’ di CCRIS masih ada peluang untuk lulus. Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai CCRIS dan CTOS.

4. Kadar Faedah & Jumlah Bersih bayaran Keluar (Payout) – Kadar faedah Pinjaman Koperasi biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan bank komersial. Namun, seseorang itu perlu tahu bahawa Pinjaman Koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Selaku peminjam, anda juga perlu mengetahui jumlah ‘payout’ (cash in hand/ bayaran tunai) selain kadar faedah. Pinjaman yang berkadar rendah tak semestinya yang paling berbaloi kepada peminjam, jika kadar payout adalah rendah juga.  Kebanyakan Pinjaman Koperasi mempunyai payout antara lingkungan 75% sehingga 98%. Oleh itu, sentiasa ambil tahu tentang kadar faedah serta jumlah cash in hand/ payout yang akan diterima.

5. Jenis Pemohon – Pinjaman Koperasi dikhaskan untuk penjawat awam manakala permohonan Pinjaman Bank terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam.

Dalam artikel seterusnya, kami akan huraikan 3 Sebab Utama untuk Memilih Pinjaman Koperasi. 

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi untuk penjawat awam di Malaysia untuk mencari, mohon dan terima pinjaman yang terbaik. Perkhidmatan Direct Lending adalah 100% percuma. Semak kelayakan pinjaman anda dengan percuma dan selamat.

Tips dari Direct Lending: Pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum menerima pinjaman. Jika pinjaman ini ada yuran, takaful, setem duti atau apa-apa caj, ia akan ditolak daripada jumlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar secara langsung.

Direct Lending

Add comment