Direct Lending

5 Cara Berjimat untuk Pengubahsuaikan Rumah Anda

Rumah kita adalah syurga kita. Di rumah, kita rasa paling nyaman dan selesa. Rumah yang sejahtera adalah rumah yang bebas daripada sebarang kerosakan. Kerja memelihara dan menyelenggara rumah adalah perkara yang memerlukan banyak masa, tenaga dan semestinya banyak wang.

Kos ubahsuai rumah adalah sangat tinggi. Tetapi, kami disini sedia membantu anda dengan berkongsi cara-cara mudah untuk anda membuat kerja-kerja pengubahsuaian dengan kos yang rendah.

1. Lakukan perancangan kewangan dengan teliti

Kredit: Vecteezy

Gagal merancang, merancang kegagalan. Oleh itu, anda perlukan perancangan kewangan yang teliti untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Pertama sekali, anda perlu ada perancangan yang jelas dan realistik. Pastikan perancangan itu bersesuaian dengan pendapatan anda. Kemudian, anda tentukan bahagian rumah yang perlu diubahsuai. Perancangan yang baik akan mengelakkan pembaziran yang tidak diingini.

Jika anda melakukan perkara ini dengan ahli keluarga, kemungkinan besar anda akan bertelagah tentang wang jika anda tidak mempunyai perancangan yang teliti. Jadi adalah penting untuk ketahui bajet sebelum ubah suai bagi memastikan kelangsungan anda dalam mengubahsuai rumah tanpa menggunakan banyak wang.

Kami cukup memahami situasi dimana anda menghadapi kesukaran untuk mengikut perancangan yang berpunca daripada peningkatan kos barangan. Pastikan anda mempunyai lebihan wang sebanyak 10% atau 20% untuk perkara yang tidak dijangka.

2. Kitar semula dan baik pulih

Kredit: Fix.com

Mengubahsuai tidak bererti anda perlu membuang perabot dan barangan perhiasan yang sudah lama. Gunakan kreativiti anda dan kitar semula perabot lama anda yang masih berada dalam keadaan baik. Kadang kala, anda cuma perlu mengecat atau menukar fabrik perabot lama tersebut untuk memberikannya nafas baru. Anda akan dapat lakukan penjimatan berganda dengan mengitar semula.

Bahan-bahan seperti besi, kayu, batu bata, dan papan boleh di-kitar semula dengan mudah. Anda pasti boleh membina sebuah rak yang baru menggunakan kayu kitar semula. Cara ini sangat bagus dan mesra alam.

3. Bina sendiri

Kredit: efilecabinet.com

Gunakan kreativiti anda untuk memperoleh lebih penjimatan. Tetapi pastikan anda mengetahui kemampuan anda dan lakukan proses pembinaan sendiri dengan berhati-hati dan teliti.

Walaubagaimanapun, jika projek tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi, adalah lebih baik jika anda dapatkan khidmat daripada mereka yang lebih pakar melainkan anda mempunyai pengalaman dan ilmu dalam bidang tersebut. Bagi perkara rumit seperti membaiki atap, meruntuhkan dinding, menukar jubin lantai, dan memasang suis elektrik perlu dilakukan oleh pakar.

4. Bijak berbelanja

Kredit: College Raptor

Dapatkan pelbagai tawaran hebat dengan berbelanja dengan pembekal atau di ekspo kediaman seperti BIG HOMexpo atau Modern Living Home Expo. Kemudian, sediakan pengangkutan sendiri untuk menghantar barangan yang dibeli agar anda tidak perlu membayar lebih untuk kos pengangkutan.

Anda boleh gunakan laman media sosial seperti Instagram dan Pinterest serta pelbagai majalah dan laman web untuk mencari sumber inspirasi. Dapatkan sekurang-kurangnya tiga sebutharga untuk bahan-bahan serta kontraktor mempunyai reputasi yang baik dan disyorkan oleh netizen dalam laman web seperti Kaodim, Tukang dan reno2you.

5. Pilih penjimatan tenaga

Kredit: choice.com.au

Tahukan anda bahawa menggunakan mentol LED dapat mengurangkan bil elektrik anda? Ini dapat menjamin penjimatan untuk jangka masa yang lama. Terdapat pelbagai barangan elektrik yang menggunakan teknologi pintar bagi memenuhi permintaan penjimatan tenaga. Pastikan anda memilih barangan elektrik yang mempunyai taraf penjimatan tenaga 5 bintang untuk membina sebuah kediaman bertenaga cekap.

Jika anda perlukan pinjaman peribadi bank atau koperasi untuk membina kediaman impian, hubungi Direct Lending dan kami sedia membantu.

 

Direct Lending

Add comment