Aktiviti ubahsuai rumah adalah salah satu perkara yang paling mengujakan terutamanya bagi mencantikkan, membaik pulih dan membesarkan kediaman. Pengubahsuaian kecil seperti membaiki dan mengecat cuma memerlukan persediaan yang sedikit.
Namun begitu, pengubahsuaian besar seperti menambah bilik dan menukar lantai memerlukan persediaan yang rapi. Persediaan yang penting bukan hanya dari segi rekaan dan binaan, tetapi tuan rumah juga memerlukan persediaan kewangan seperti membuat loan renovate rumah. Kerana jika tiada wang, bagaimana untuk renovate rumah kan?
Jangan risau sekiranya ini adalah kali pertama anda rancang untuk dapatkan pembiayaan seperti pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk renovate rumah lama. Di artikel ini, kami sediakan panduan mudah untuk bantu anda.
- Cara Menggunakan Pinjaman Peribadi Untuk Ubahsuai Rumah
- Renovate Rumah: 7 Syarat Anda Perlu Tahu
- Video: Idea Kos Renovate Rumah Bawah RM30K
- Kebaikan Buat Loan Renovate Rumah
- Keburukan Buat Loan Renovate Rumah
- Infografik: 6 Perkara Penting Perlu Decide Sebelum Renovate Rumah
- Loan Renovate Rumah: Perlu atau Tidak?
- Video: Cara Senang Buat Loan Renovate Rumah
- Perlukan Loan Renovate Rumah?
Cara Menggunakan Pinjaman Peribadi Untuk Ubahsuai Rumah
Ikutilah panduan mudah ini untuk merealisasikan konsep ubahsuai rumah anda. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, projek ubahsuai kediaman anda akan bebas daripada masalah, bermula daripada perbincangan konsep, kerja pembinaan sehinggalah memperoleh dana tambahan.
1. Konsep Projek

Keinginan untuk ubahsuai rumah selalunya terbit apabila tuan rumah mendapati kediaman mereka memerlukan perubahan drastik. Antara aktiviti ubahsuai yang lazim adalah pembesaran, baik pulih ataupun penambahbaikan menyeluruh untuk mengubah suasana kediaman.
Apabila konsep telah ditetapkan, barulah perancangan boleh dilakukan dengan teliti. Untuk dapatkan visualisasi yang lebih baik, anda boleh melihat Pinterest untuk dapatkan inspirasi reka bentuk. Daripada reka bentuk kontemporari hingga minimalis, Skandinavia, tradisional, Bali, industri, dan banyak lagi.
2. Kos Projek

Carilah kontraktor yang berkelayakan, boleh dipercayai, mempunyai pengurusan yang cekap dan paling penting kualiti kerjanya mempunyai rekod yang baik. Lakukan kajian latar belakang syarikat dan baca ulasan daripada pelanggan sebelumnya.
Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada beberapa kontraktor untuk melihat rumah anda bagi tujuan memperoleh anggaran kos ubahsuai rumah. Semak dan bandingkan setiap satu sebut harga yang diterima. Lakukan analisa mengenai senarai barangan, kos upah serta perbelanjaan berkaitan seperti kos perjanjian, permit dan lain-lain.
3. Pemilihan Kontraktor & Perancangan Kewangan

Sebut harga daripada kontraktor akan memberikan anda anggaran atau purata kos projek. Sebut harga ini juga akan membantu anda untuk menganggarkan lona renovate rumah yang anda patut mohon. Selain harga, jangka masa projek juga perlu tersenarai dalam sebut harga. Maklumat tersebut adalah penting bagi memberikan anda gambaran mengenai serba sedikit kerumitan yang perlu diharapi sepanjang tempoh projek dijalankan.
Pemilihan kontraktor yang baik adalah penting. Ingat ya, sebut harga yang murah tidak selalunya baik terutamanya dari segi kualiti kerja. Dapatkan kontraktor yang disyorkan oleh orang ramai bagi memperoleh tahap kesempurnaan kerja yang tinggi.
Tip ini adalah tidak wajib tetapi ia adalah wajar untuk anda dapatkan Kontrak Renovasi Rumah yang menyatakan syarat dan terma kerja pengubahsuaian. Kontrak ini bertindak sebagai perlindungan anda sekiranya ada berlakunya perselisihan faham dengan kontraktor.
4. Perancangan Kewangan

Apabila kontraktor telah dipilih, tiba masanya untuk menilai keadaan kewangan anda. Semak jika sebahagian daripada wang dapat diasingkan untuk membiayai kos projek. Jika kos terlalu tinggi untuk ditanggung, adalah lebih baik jika projek tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga keadaan kewangan menjadi lebih kukuh. Tuan rumah boleh juga guna barang kitar semula atau DIY sebagai cara untuk jimat kos renovate rumah.
Jika tidak dapat jalankan projek berskala besar, maka projek masih boleh diteruskan menerusi fasa-fasa tertentu untuk memastikan keadaan kewangan tidak terganggu. Memandangkan projek ubahsuai rumah berskala besar memerlukan kos yang tinggi, tuan rumah perlu lakukan penilaian mengenai dana bantuan atau loan renovate rumah.
5. Pemilihan Dana Bantuan

Dengan pemilihan kontraktor dan pengiraan kos projek yang teliti, sudah tiba masanya untuk tuan rumah memilih loan renovate rumah yang paling sesuai untuk memulakan projek. Jika kos ubahsuai sangat tinggi, maka pinjaman gadai janji atau kemudahan pembiayaan semula seperti pinjaman perumahan Co-opbank Pertama adalah pilihan yang munasabah. Kelebihan pilihan-pilihan tersebut adalah amaun pinjaman tinggi, kadar faedah rendah, tempoh pembayaran semula lebih panjang dan ansuran bulanan yang mampu milk.
Tetapi, jika anda ingin memperoleh loan renovate rumah tanpa menawarkan cagaran, maka pinjaman peribadi adalah pilihan yang paling sesuai. Terdapat beberapa faktor utama menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil pilihan ini. Antara faktor utamanya adalah proses permohonan pinjaman peribadi yang mudah dan cepat. Tambahan pula, terdapat pemberi pinjaman yang menawarkan konsep pinjaman berkonsep Syariah.
Adakah anda masih tidak pasti patutkah anda memohon loan renovate rumah? Sini, kami huraikan antara kelebihan dan kekurangan mohon pinjaman peribadi untuk ubahsuai rumah untuk bantu memudahkan anda membuat keputusan.
Renovate Rumah: 7 Syarat Anda Perlu Tahu
1. Pastikan rumah telah disahkan sebelum diduduki
Pemilik rumah tidak dibenarkan menduduki hartanah mereka sebelum sijil Sijil Layak Menduduki (COF) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Pendudukan (OC) dikeluarkan. Oleh itu, anda harus pastikan sijil-sijil ini sudah diterima terlebih dahulu jika anda ingin mula membuat sebarang ubah suai rumah.
2. Pastikan anda tahu jenis renovation yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Lakukan semakan dengan pihak berkuasa mengenai jenis ubahsuai rumah yang anda ingin lakukan. Kerja-kerja yang kecil seperti sambungan kawasan dapur mungkin tidak memerlukan kelulusan oleh arkitek dan pengesahan bertulis daripada PBT.
3. Dapatkan kebenaran daripada Perbadan Pengurusan
Berdasarkan Surat Ikatan Perjanjian Bersama (Deed of Mutual Convents) yang ditandatangani oleh pemilik apabila membeli hartanah daripada pemaju hartanah, Perbadanan Pengurusan(MC) atau badan Pengurusan Bersama(JMB) mempunyai hak untuk semak cadangan atau draf pelan ubahsuai rumah anda bagi memelihara kawasan kejiranan daripada sebarang ketidakselesaan.
4. Pastikan kontraktor anda memperuntukkan deposit keselamatan
Di kebanyakan komuniti berpagar dan berpengawal, MC akan meminta pemilik rumah memperuntukkan deposit sebagai dana untuk membaiki sebarang ketidakpatuhan oleh kontraktor bangunan yang terlibat. Sebagai contoh, kegagalan membuang serpihan dan bahan bangunan, atau merosakkan harta benda umum seperti jalan raya dan parit di kawasan kejiranan.
Pemilik rumah yang bukan di kawasan berpagar dan berpengawal juga harus memastikan kontraktor memperuntukkan dana untuk perkara yang sama. Jika tidak, sebarang denda oleh pihak berkuasa akan ditanggung hanya oleh pemilik rumah jika ada sebarang pelanggaran undang-undang oleh kontraktor mereka.
5. Tempoh masa renovation rumah
Sekatan masa dilakukan untuk memastikan kerja-kerja pembinaan terhad. Biasanya, waktu bekerja pembinaan adalah dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 1.00 petang pada hari Sabtu. Kerja-kerja ubahsuai rumah tidak dibenarkan pada hari Ahad untuk memastikan penduduk kawasan kejiranan tidak terjejas dan terganggu oleh aktiviti pembinaan, terutamanya pada waktu petang dan hujung minggu.
6. Patuhi pelan renovation rumah yang telah diluluskan
Kegagalan untuk mematuhi Pelan Bangunan yang telah diluluskan menyebabkan ramai di antara pemilik rumah gagal mendapatkan sijil-sijil CFO, CCC atau OC untuk kerja-kerja renovation mereka. Pemilik boleh dikenakan penalti jika mengubah lukisan pelan yang sudah diluluskan tanpa mengikut prosedur yang betul.
7. Pastikan bajet renovation rumah anda mencukupi
Sediakan dan senaraikan bajet untuk ubah suai rumah anda. Jika anda tidak menganggarkan kos pengubahsuaian rumah anda dengan tepat, anda mungkin perlu meninggalkan kerja di tengah jalan dan projek akan terbengkalai kerana kehabisan dana. Dapatkan bantuan juruukur bahan yang boleh membuat anggaran kos yang tepat, melainkan kerja renovation rumah anda hanyalah pengubahsuaian yang kecil.
Video: Idea Kos Renovate Rumah Bawah RM30K
Kebaikan Buat Loan Renovate Rumah
1. Boleh dianggap sebagai ‘hutang yang baik’
Ada hutang yang baik dan hutang yang buruk. Meminjam untuk pengubahsuaian rumah adalah satu hutang yang baik jika ia dapat meningkatkan nilai rumah anda. Malah sebenarnya, beberapa perubahan untuk rumah anda seperti ubahsuai dapur, pelandskapan dan penambahan ruang di dalam rumah dapat meningkatkan nilai rumah anda. Jika anda memilih untuk beli rumah, ianya juga masih dikira sebagai hutang yang baik.
2. Jimatkan duit anda untuk jangka panjang
Menaik taraf rumah anda dengan teknologi hijau seperti panel solar, pencahayaan cekap tenaga dan bumbung pemesong haba dapat menjimatkan duit anda untuk jangka masa yang panjang; contohnya bil utiliti serta alat-alat pemanasan dan penyejukan dan sebagainya. Anda juga mungkin mahu mengubah suai rumah anda untuk menjaga dan mengekekalkan rumah supaya sentiasa dalam keadaan baik di mana anda boleh elakkan sebarang kerosakan besar dan yang mahal untuk masa akan datang.
3. Meningkatkan standard hidup dan keselamatan
Sesetengah pengubahsuaian bukanlah tidak penting, tapi ia boleh membuatkan anda rasa lebih selesa berada di dalam rumah anda dan itu jugalah yang perlu anda ambil kira untuk membuat keputusan. Kalau dilihat pada sisi lain, projek-projek pembaikan rumah yang dapat meningkatkan keselamatan anda sememangnya menjadi satu keperluan penting!
Keburukan Buat Loan Renovate Rumah
1. Kemungkinan kadar faedah yang lebih tinggi
Memang betul pinjaman pembiayaan semula atau loan renovate rumah itu sendiri boleh memberikan tawaran kadar faedah yang lebih rendah. Tapi anda kena selalu ingat yang anda sebenarnya akan membuat satu pinjaman rumah yang baru dan mencagarkan rumah anda.
2. Hidup lebih daripada kemampuan anda
Inilah yang menjadi satu kebimbangan bagi kebanyakan orang yang meminjam untuk projek pembaikan rumah. Anda mungkin terdorong untuk mengubah suai bahagian rumah anda yang tidak diperlukan pun atau anda tidak berkemampuan dan seterusnya terpaksa pula menanggung hutang yang tidak diperlukan.
Infografik: 6 Perkara Penting Perlu Decide Sebelum Renovate Rumah
Loan Renovate Rumah: Perlu atau Tidak?
Jika anda masih tidak pasti sama ada anda perlu memohon pinjaman peribadi bagi menampung projek pengubahsuaian rumah anda; jangan risau, kami ada beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu anda.
Pertimbangkan loan renovate rumah jika:
- Anda tidak perlukan duit yang banyak dan hanya perlu ubahsuai sedikit sahaja pada rumah anda
- Pinjaman peribadi berkadar rendah dan pelan pembayaran balik yang berpatutan
- Anda perlukan duit untuk pembaikan rumah yang harus dibaiki
- Anda mencari pinjaman fleksibel dan permohonan yang mudah
Cuba cari pilihan pembiayaan yang lain dahulu jika:
- Anda ingin membuat ubahsuai secara besar-besaran dan perlukan duit yang banyak (lebih daripada RM 100,000)
- Anda boleh menunggu dana pinjaman
- Anda tidak teragak-agak untuk jadikan rumah anda sebagai cagaran
Akhir sekali, anda mungkin mahu tangguhkan dahulu untuk mengubah suai rumah anda jika anda tidak mampu membuat pembayaran balik untuk mana-mana jenis pinjaman. Dalam kes ini, elakkan sebarang risiko adalah pilihan yang terbaik. Menyimpanlah dan lakukan pengubahsuaian secara tunai.
Cadangan lain yang mungkin anda boleh buat ialah pengubahsuaian kecil-kecilan atau membeli barangan di kedai peralatan dan cuba membuatnya sendiri (Do-It-Yourself). Contoh kedai hardware yang menjual dengan harga yang berpatutan adalah kedai Mr. DIY, Ace Hardware.
Video: Cara Senang Buat Loan Renovate Rumah
Perlukan Loan Renovate Rumah?
Semak kelayakan anda secara percuma dengan Direct Lending dan kami akan bantu anda merealisasikan rumah impian anda. Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi khas untuk penjawat awam. Pinjaman kami dari bank & koperasi adalah berkonsep Syariah. Terima kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja!
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 27 Oktober 2017 dan dikemas kini pada 19 July 2022).