Direct Lending
house deco

5 Cara Bajet untuk Hiasan Hari Raya

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 9 Jun 2017 dan dikemas kini pada 3 Mac 2020).

Rumah merupakan tempat anda pulang untuk berehat dan menikmati keselesaannya. Ianya amat penting untuk memastikan rumah anda menggambarkan citarasa anda. Apabila menghias rumah, anda boleh mengambil peluang ini untuk mengekspresikan diri anda dan mengubahnya menjadi satu ruangan yang menggambarkan diri anda.

Gambar oleh Kaodim

Hari Raya menjelang tiba. Jadi, ia adalah masa yang sesuai untuk mula rancang dan fikir idea untuk menghiaskan rumah anda. Di artikel ini, kami ingin berkongsi tentang cara kreatif untuk menghiaskan rumah tanpa melibatkan jumlah kos yang tinggi.

Langkah pertama adalah untuk mendapatkan konsep atau idea terlebih dahulu. Mula fikirkan bagaimana rumah impian anda akan kelihatan seperti. Inspirasi boleh datang daripada mana-mana. Apabila anda sudah ada konsep tersebut, anda boleh menambah idea yang kami huraikan di bawah ini untuk mencantikkan lagi rumah kediaman anda. Sini adalah antara idea mudah yang anda boleh cuba.

1. Lukis Lukisan Anda Sendiri

Gambar oleh Pinterest

Selain daripada membeli hasil seni daripada galeri, anda boleh membingkaikan hasil seni dan kraftangan anda sendiri. Selain itu, anda juga boleh membingkaikan hasil seni anak-anak anda. Walaupun ianya cuma cat air pada kertas atau origami burung, sentuhan peribadi yang kecil seperti ini dapat mengubah sesuatu ruangan dan memberikannya karakter tambahan.

Anda boleh mencari idea dan inspirasi di Pinterest. Anda juga boleh jadikan aktiviti menghias ini sebagai activiti yang anda boleh lakukan bersama keluarga anda.

2. Lawati Kedai Bajet

Gambar oleh The Star Online

Anda boleh dapatkan barangan keperluan dengan harga yang murah atau tetap di kedai bajet seperti MR.DIY atau Daiso. Daripada permaidani sehingga ke pasu, perbelanjaan anda tidak perlu melebihi RM10 untuk barang-barang tersebut!

Untuk Raya, warna popular adalah seperti hijau dan kuning. Warna seperti merah jambu atau merah juga adalah sesuai. Tentukan warna skema pilihan anda agar anda dapat beli barangan berdasarkan warna skema tersebut. Jika anda membeli barangan perhiasan, gunakan barangan seramik, logam dan bahan semulajadi lain untuk jadikan rumah anda lebih menarik dan bertambah elegan.

3. Kitar Semula Sisa Bahan

Gambar oleh Pinterest

Biasanya, kebanyakkan hiasan Raya boleh digunakan semula pada setiap tahun. Anda hanya perlu menyimpannya dengan baik agar ia tidak mudah rosak. Atau anda boleh kitar semula sisa bahan. Contohnya, daripada membuang kepingan sisa langsir atau pakaian anda selepas pergi ke tukang jahit, anda boleh mengumpulkannya dan membuat selimut tampal yang dapat berfungsi sebagai langsir atau bahkan lapisan untuk sofa anda.

Idea kitar semula yang lain termasuklah mengubah manik dan reben lama kepada pembahagi bilik dan mengubah kepingan kayu ke dalam rak untuk dilekatkan pada dinding.

4. Barangan Perhiasan dengan Elemen Alam Semula Jadi

Gambar oleh Pinterest

Daripada membeli barang-barang hiasan, gunakan barangan yang boleh didapati di luar rumah anda untuk membuat barang perhiasan. Gantungkan cengkerang siput di sepanjang laluan atau letakkan batuan kecil di dalam mangkuk kaca yang jernih lalu letakkannya di ruang tamu rumah anda.

Anda juga boleh gantungkan beberapa ketupat hiasan untuk mewujudkan suasana Raya. Kadang-kala, penghiasan rumah tidak memerlukan kos yang tinggi.

5. Guna Semula Perabot Lama untuk Tujuan Lain

Gambar oleh Pinterest

Jangan buang perabot yang lama atau yang sudah goyah. Anda boleh guna perabot tersebut untuk tujuan lain. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kerusi kayu yang usang, anda boleh cuba licinkannya dan cat semula untuk digunakan sebagai meja kecil untuk lampu dan jam loceng yang diletakkan di sisi katil.

Tangga kayu yang lama boleh dijadikan papan kenyataan dan kepala katil yang membosankan juga boleh dijadikan tempat menggantung pakaian selepas anda letakkan beberapa cangkuk logam padanya. Menghias rumah merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan, terutamanya apabila anda boleh menjadi benar-benar kreatif dan bereksperimen dengan pelbagai gaya dan warna yang berbeza.

Adakah anda ingin mendapatkan bantuan kewangan untuk mempersiapkan rumah anda tetapi tidak pasti apa prosesnya? Bacalah artikel kami tentang tips menggunakan pinjaman peribadi untuk mengubahsuai rumah.

Untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda boleh mohon dan semak kelayakan anda secara percuma di platform kami. Jika anda mempunyai soalan tentang topik pengurusan kewangan, anda boleh menghubungi pihak konsultan kami. Ikutilah kami di blog dan Facebook untuk tips pengurusan kewangan yang berguna. 

Direct Lending

Add comment