Direct Lending

Wajarkah Anda Satukan Kesemua Hutang dengan Pinjaman Peribadi?

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 7 Februari 2019 dan dikemas kini pada 24 Oktober 2019.)

Antara beban yang paling banyak dipikul oleh masyarakat masa kini adalah hutang. Pinjaman termasuk kad kredit boleh menjadi tabiat yang tidak sihat. Apabila anda telah terbiasa dengan tabiat berhutang, kemungkinan anda untuk berbelanja lebih daripada kemampuan adalah tinggi. Oleh itu, bila jumlah pinjaman semakin meningkat, ia akan membentuk beban yang amat berat.

Berdepan dengan hutang yang menggunung akan menyebabkan anda merasa takut, bersalah dan malu. Sungguhpun begitu, anda boleh mengelak daripada mencecah tahap sebegitu menerusi kawalan perbelanjaan. Jika tidak, anda perlu bertindak dengan pantas supaya situasi tidak menjadi semakin buruk. Lazimnya, situasi sebegini dapat diselesaikan dengan penyatuan hutang.

Apakah itu Penyatuan Hutang?

Penyatuan hutang adalah sejenis hutang yang anda peroleh untuk menghimpunkan kepelbagaian hutang yang anda ada. Bagi mereka yang mempunyai kadar hutang yang tinggi, tindakan ini bertindak sebagai bantuan penyelesaian hutang. Pembekal pinjaman akan menyatukan kesemua hutang anda ke dalam satu akaun. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar faedah. Sehubungan dengan itu, kadar bayaran ansuran bulanan juga dapat dikurangkan dengan lanjutan tempoh bayaran.

Penyatuan hutang dan pengstrukturan semula hutang kelihatan serupa walaupun sebenarnya kedua-dua pilihan ini adalah berbeza. Apabila anda memilih untuk menyatukan hutang, anda akan menandatangani dokumen pinjaman baru dan memperoleh akaun baru. Jumlah kesemua pinjaman terdahulu akan menjadi jumlah utama bagi pinjaman yang baru dengan kadar faedah yang sama.

Kadar faedah pinjaman baru, iaitu pinjaman yang telah disatukan, sepatutnya lebih rendah daripada purata pinjaman-pinjaman terdahulu. Ini bagi memastikan kadar bayaran balik ansuran bulanan adalah berpatutan.

Bilakah Anda Patut Pertimbangkan Penyatuan Hutang?

Terdapat beberapa petanda bagi menunjukkan waktu yang wajar untuk anda pertimbangkan penyatuan hutang. Petanda yang paling jelas adalah apabila anda terlepas bayaran balik kad kredit atau pinjaman lain pada tarikh yang ditetapkan. Baki pinjaman anda akan bertambah disebabkan kompaun atau denda yang berpunca daripada kelewatan dalam membuat bayaran.

Tindakan ini akan meningkatkan risiko penggantungan kad kredit dan mencemarkan nilai kredit anda. Selain itu, kuasa beli anda turut terjejas dan anda akan dibebani hutang yang banyak.

Penyatuan hutang adalah cara untuk melindungi dan mengekalkan nilai kredit yang baik. Anda diberi peluang untuk menebus semula nilai kredit jika anda boleh membuat bayaran tepat pada masanya.

Apakah Faktor yang Perlu Dipertimbangkan?

Sebelum membuat keputusan untuk menyatukan hutang, anda perlu ketahui dan pertimbangkan beberapa faktor penting. Pastikan anda lakukan penilaian bagi memastikan pinjaman peribadi akan mengukuhkan kedudukan kewangan anda. Penilaian ini penting bagi memastikan situasi kewangan anda akan bertambah baik, bukan sebaliknya.

1. Lakukan Usaha Wajar ke atas Diri Sendiri

Kredit: unsplash.com

Tidak dapat dinafikan bahawa anda akan merasa cemas apabila berdepan dengan situasi sebegini. Namun begitu, anda perlu cuba bertenang dan berikan tumpuan sepenuhnya. Sudahkah anda nilai situasi kewangan dengan jelas dan cuba segala cara untuk menyelesaikannya? Ambil masa untuk mengkaji aliran tunai yang betul sebelum membuat keputusan untuk menyatukan hutang.

Ada masanya, apa yang anda perlu lakukan hanyalah baiki perancangan kewangan. Ubah ataupun lakukan pembaharuan perancangan kewangan dengan menyenaraikan kesemua aliran keluar masuk wang anda. Hapus atau kurangkan perbelanjaan anda terhadap beberapa perkara dan peruntukkan lebihan wang tersebut untuk membuat bayaran pinjaman.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh dan anda masih mendapati tiada ruang untuk memperoleh peruntukan untuk membayar pinjaman, barulah anda boleh beralih kepada penyatuan hutang.

2. Cari Kadar Faedah yang Lebih Baik

Kredit: unsplash.com

Bayangkan jika anda mempunyai dua pinjaman yang masih belum selesai dan memerlukan penyatuan. Yang pertama adalah pinjaman peribadi jangka pendek yang tidak bercagar dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8%. Kemudian, anda turun berdepan hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah sebanyak 18% setahun. Purata kadar faedah bagi kedua-dua pinjaman tersebut adalah 13%.

Oleh itu, anda perlu mencari pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada purata 13% tersebut supaya anda boleh mengurangkan kadar faedah yang anda perlu bayar kepada pihak bank. Marilah kami tunjukkan contoh kiraan.

PINJAMAN PERIBADI KAD KREDIT CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI
RM10,000 RM10,000 AMAUN RM20,000
8% p.a. 18% p.a. KADAR FAEDAH 4.9% p.a.
3 tahun 2 tahun TEMPOH PEMBAYARAN 3 tahun
RM344 RM500 ANSURAN BAYARAN RM639
RM2,400 RM1,978 BAYARAN FAEDAH RM3,000
JIMAT = RM205 sebulan

Berdasarkan contoh yang ditunjukkan, anda boleh jimat kira-kira RM205 sebulan. Jika dikira setahun, anda boleh jimat RM2,460. Jika anda seorang penjawat awam, anda boleh mengambil Pinjaman Peribadi Public Bank yang menawarkan kadar faedah serendah 4.9% setahun.

Di samping itu, kadar tetap pinjaman peribadi adalah penting bagi tujuan perancangan dan pemantauan. Anda akan mengetahui kadar tepat yang perlu diketepikan bagi membuat bayaran ansuran bulanan yang lebih murah pada tarikh yang ditetapkan. Kadar faedah yang lebih rendah adalah faktor utama dalam memilih kaedah penyatuan hutang.

Jika anda tidak boleh memperoleh kadar yang rendah, ubah perancangan anda kerana ia bertentangan dengan tujuan utama penyatuan hutang. Anda akan mencipta lebih banyak hutang berbanding menyelesaikan masalah.  Pada masa yang sama, tingkatkan tabiat pembayaran sehingga anda menemui pembekal pinjaman peribadi yang sesuai.

3. Kenal Pasti Kos Pemprosesan, Yuran dan Caj Tersembunyi

Kredit: unsplash.com

Jangan terpedaya dengan pembekal pinjaman yang menjanjikan kadar terendah dengan tempoh bayaran paling mudah. Ketahui butiran berkenaan pinjaman peribadi seperti kos pemprosesan dan sebagainya, lebih-lebih lagi caj tersembunyi.

Anda juga perlu ketahui bahawa tempoh bayaran panjang bererti kos faedah tinggi. Jadi, tetapkan tempoh pinjaman agar selari dengan keupayaan anda untuk membuat bayaran. Lebih cepat anda langsaikan pinjaman, lebih pantas anda memperoleh ketenangan.

Kelemahan Penyatuan Hutang

Penyatuan hutang adalah kaedah berkesan untuk mengeluarkan peminjam daripada tersepit dalam hutang yang menimbun. Tetapi, kaedah penyatuan hutang menggunakan pinjaman peribadi turut mempunyai kelemahan yang tersendiri.

  • Tempoh Bayaran Panjang dengan Kadar Faedah Rendah

Bagi mereka yang mempunyai hutang yang banyak, kadar faedah rendah dan lanjutan tempoh bayaran sahaja yang akan meringan bebanan terhadap komitmen pinjaman. Anda akan berdepan dengan hutang dalam tempoh yang lebih panjang dan membayar kos faedah lebih tinggi sehingga tamat. Kesannya, lanjutan tempoh bayaran sedikit sebanyak menghapuskan kelebihan kadar faedah rendah.

  • Kemungkinan Permohonan Ditolak

Jika anda mempunyai nilai kredit yang rendah sewaktu membuat permohonan penyatuan hutang, kemungkinan untuk permohonan pinjaman peribadi anda ditolak adalah tinggi.  Faktor ini dipengaruhi oleh komitmen terdahulu. Oleh ini, anda mungkin akan disyorkan untuk mengambil pinjaman yang kurang memuaskan berbanding dengan mereka yang mempunyai nilai kredit yang baik.

  • Tidak akan Menghapuskan Hutang

Penyatuan hutang dapat memudahkan atau memusnahkan kedudukan kredit anda. Harus diingatkan bahawa pinjaman yang baru tidak akan membebaskan anda daripada tanggungjawab untuk membuat bayaran tepat pada masanya. Hutang tersebut tetap akan dituntut sehingga bakinya mencecah angka 0.

Sesetengah peminjam tidak belajar daripada kesilapan. Melainkan anda bertekad untuk mengubah tabiat berbelanja dan mengamalkan disiplin kewangan bagi memenangi kepercayaan pemiutang, anda tidak akan mencapai impian untuk memperoleh kebebasan kewangan.

Dapatkan Tawaran yang Ideal

Kredit: unsplash.com

Memohon pinjaman peribadi bagi tujuan penyatuan hutang adalah satu-satunya penyelesaian bagi mereka yang mempunyai masalah komitmen kewangan. Sungguhpun begitu, mencari tawaran pinjaman peribadi yang sesuai adalah sukar. Pastikan anda berurusan dengan pembekal pinjaman yang dipercayai dan komited dalam membantu anda menyelesaikan masalah kewangan.

Jika anda sudah membuat keputusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk menyatukan hutang, semak Kelayakan Pinjaman Bank dan Koperasi anda di sini dengan Cepat, Mudah dan Selamat. Direct Lending adalah satu platform pinjaman peribadi untuk penjawat awam semak dan pilih pinjaman bank dan koperasi yang paling sesuai untuk mereka.

Direct Lending

Add comment