Marketing

Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, ramai yang beralih kepada motosikal sebagai alternatif pengangkutan yang lebih jimat. Walaupun ada yang masih memilih kereta terpakai, memiliki motor adalah jalan terbaik untuk mengurangkan komitmen bulanan. Bagi anda yang merancang bajet, mengetahui cara beli motor baru dengan betul adalah langkah pertama yang sangat penting.
Di Malaysia, antara pilihan pembiayaan yang paling popular adalah dengan beli motor loan kedai. Ramai memilih alternatif motor loan kedai ini kerana proses kelulusannya yang cepat dan syarat dokumen yang lebih fleksibel.
Namun, sebelum buat keputusan, penting untuk anda faham perbezaan kadar faedah dan deposit bagi setiap jenis pinjaman. Jom semak panduan lengkap ini supaya anda tidak terbeban di kemudian hari!
Proses beli motor tidak memakan masa yang lama berbanding dengan proses beli kereta terpakai dan kereta baru. Tempoh perjalanan menggunakan motosikal bukan sahaja cepat, tapi kos minyak motor, insurans motor, dan kos penyelenggaraan juga lebih murah.
Berbanding dengan ansuran bulanan kereta, anda boleh beli motor dengan ansuran serendah RM100 sebulan saja, bergantung kepada jenis pembayaran.
Terdapat 2 pilihan pembayaran yang boleh digunakan, beli motor loan kedai atau pun beli motor secara cash menggunakan pinjaman peribadi. Oleh itu, jangan pelik jika ada individu yang memilih pinjaman peribadi untuk beli motor terpakai dengan berkapasiti tinggi, seperti superbike kerana berjaya dapat pembiayaan dengan ansuran mampu milik.
Di sini kami akan kirakan perbandingan pembiayaan sewa beli motor loan kedai VS beli motor cash dengan pinjaman peribadi untuk bantu anda memilih jenis pembiayaan yang sesuai.
Ramai pembeli motosikal di Malaysia memilih loan motor kedai kerana prosesnya cepat, senang lulus dan tak perlukan banyak dokumen. Tetapi sebenarnya, ada 3 pilihan utama pembiayaan motosikal – setiap satu ada kelebihan dan kekurangan berbeza bergantung kepada bajet, gaji dan rekod kewangan anda.
| Perkara | Loan Motor Kedai | Loan Motor Bank | Pinjaman Peribadi / Wang Berlesen |
|---|---|---|---|
| Cara Mohon | Kedai motosikal | Bank terus | Bank / koperasi / syarikat berlesen |
| Deposit | 10% – 20% | 10% – 15% | Tidak perlu deposit |
| Dokumen | IC, slip gaji / bank statement | Slip gaji, CCRIS / CTOS bersih | IC, slip gaji / penyata bank |
| Kadar Faedah / Keuntungan | 7% – 9% (flat rate) | 3% – 5% (flat rate) | 2.82% – 10% (bank/koperasi), 18% (berlesen) |
| Cagaran | Motosikal | Motosikal | Tiada cagaran |
| Tempoh Lulus | 1 – 3 hari | 3 – 7 hari | 2 – 7 hari (bank/koperasi) 1 – 2 hari (berlesen) |
| Risiko Motor Ditarik | Ya | Ya | Tidak |
| Sesuai Untuk | Gaji rendah, fresh grad | Pekerja tetap, rekod CCRIS bersih | Perlukan tunai fleksibel / beli motor cash |
*Pinjaman bank dan koperasi Direct Lending ditawarkan khas untuk penjawat awam. Bagi pekerja swasta, anda tetap layak memohon melalui pinjaman wang berlesen yang kami sediakan.
Biasanya, pembiayaan yang menjadi pilihan utama untuk memiliki motosikal adalah melalui skim sewa beli daripada motor loan kedai. Melalui kaedah ini, anda boleh membawa pulang dan menggunakan motosikal tersebut terlebih dahulu sambil menyelesaikan bayaran ansuran bulanan. Namun harus diingat, hak milik penuh kenderaan hanya akan bertukar kepada nama anda selepas semua baki pinjaman selesai dilangsaikan.
Namun, pembiayaan ini akan mengenakan kadar faedah (atau lebih dikenali sebagai kadar keuntungan) bagi perbankan Islamik seperti pinjaman peribadi bank dan koperasi, dan tempoh pembayaran adalah berbeza mengikut jenis motosikal yang dibeli.
Bagi anda yang mahu tahu cara beli motor baru menggunakan kaedah loan kedai ini, prosesnya sebenarnya amat mudah dan pantas. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lalui:
Sebelum pergi ke kedai motorsikal, pastikan anda sudah menyediakan dokumen penting ini (biasanya salinan digital atau fizikal sudah mencukupi):
Kunjungi kedai motor berhampiran dan pilih model motor baru yang bersesuaian dengan bajet anda. Kebanyakan kedai motosikal di Malaysia mempunyai panel pembiayaan pihak ketiga seperti loan motor AEON Credit, Chailease, atau Parkson Credit. Pihak kedai akan membantu anda mengisi borang permohonan berdasarkan panel pilihan anda.
Berbeza dengan pinjaman peribadi, jika anda beli motor loan kedai, anda biasanya diwajibkan untuk menyediakan bayaran deposit sekurang-kurangnya 10% daripada harga on-the-road (OTR) motosikal tersebut. Walaupun ada kedai yang menawarkan promosi "Deposit RM0", kadar ansuran bulanan biasanya akan menjadi sedikit tinggi.
Kelebihan utama motor loan kedai adalah proses kelulusannya yang sangat cepat, biasanya mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja sahaja. Setelah permohonan diluluskan, anda hanya perlu menandatangani perjanjian sewa beli, membayar deposit, dan motorsikal baru anda sedia untuk dibawa pulang!
Sebagai rujukan tambahan, salah satu institusi yang paling kerap menjadi panel utama kedai motorsikal ialah AEON Credit kerana syarat kelayakannya yang tidak terlalu ketat serta patuh Syariah.
Kadar faedah (atau kadar keuntungan) dan tempoh pembayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis motosikal yang anda pilih:
| Jenis Motosikal | Faedah / Kadar Keuntungan Sebulan | Tempoh Pembayaran | Margin Kewangan |
|---|---|---|---|
| Moped (Bawah 250 cc) (Contoh: Yamaha Y15ZR, Honda RS-X) |
Serendah 0.833% sebulan | Baru: Sehingga 60 bulan Terpakai: Sehingga 48 bulan |
Sehingga 90% |
| Big Bike & Maxi Scooter (250 cc & ke atas) (Contoh: Kawasaki Ninja, Yamaha XMax) |
Serendah 0.375% sebulan | 12 - 84 bulan (Terbuka untuk motor baru & terpakai) |
Sehingga 90% |
| E-Bike (Motosikal Elektrik) | Serendah 0.65% sebulan | Sehingga 48 bulan | Sehingga 90% |
*Nota: Maklumat adalah tepat untuk tahun 2026 sewaktu artikel ini dikemaskini.
Pusing Kepala Fikir Deposit? Anda sebenarnya boleh beli motor loan kedai tanpa perlu mengeluarkan wang pendahuluan 10% jika anda memilih pembiayaan tunai. Malah, motor baru tersebut akan terus menjadi hak milik anda sepenuhnya tanpa risiko ditarik.
Antara pembiayaan alternatif untuk membeli motor adalah memohon pinjaman peribadi, di mana pelanggan akan mohon pinjaman peribadi daripada institusi kewangan dan beli motor secara cash daripada pembekal motor. Jadi, setiap bulan pelanggan perlu bayar ansuran bulanan pinjaman peribadi tu.
Salah satu kebaikkan dengan cara ini adalah motosikal akan jadi hak milik korang sepenuhnya, boleh terus dapatkan geran motor. Tapi kadar faedah, amaun pinjaman dan tempoh pinjaman bergantung juga pada institusi kewangan dan juga latar belakang kredit dan kriteria kelayakan peminjam tersebut.
Okay, jom kita tengok kira-kira sikit dan lihat perbandingan antara beli motor dengan loan kedai dan loan bank. Untuk loan kedai, saya akan menggunakan contoh loan motor AEON Credit dan untuk pinjaman peribadi adalah Pinjaman Koperasi Kuwait Finance House (KFH) di mana pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan sahaja. Andaikan kadar faedah adalah 4.2% setahun, jadi kadar faedah sebulan adalah 0.35%.

| Kos Beli Motor Loan Kedai | Kos Beli Motor Pinjaman Peribadi | |
| Kadar Faedah Bulanan | 0.833% | 0.35% |
| Tempoh Pembayaran | 60 bulan (5 tahun) | 60 bulan (5 tahun) |
| Bayaran Faedah | RM7,199 x 0.833% x 60 = RM3,598 | RM7,999 x 0.35% x 60 = RM1,680 |
| Jumlah Bayaran | RM7,199 + RM3,598 = RM10,797 | RM7,999 + RM1,680 = RM9,679 |
| Ansuran Bayaran | RM10,797 / 60 = RM180 | RM9,679 / 60 = RM161 |
| Deposit | RM799.90 (10%) | Tiada |
| Kos Beli Motor Loan Kedai | Kos Beli Motor Pinjaman Peribadi | |
| Kadar Faedah Bulanan | 0.375% | 0.35% |
| Tempoh Pembayaran | 60 bulan (5 tahun) | 60 bulan (5 tahun) |
| Bayaran Faedah | RM40,949 x 0.375% x 60 = RM9,214 | RM45,499 x 0.35% x 60 = RM9,555 |
| Jumlah Bayaran | RM40,949 + RM9,214 = RM50,163 | RM45,499 + RM9,555 = RM55,054 |
| Ansuran Bayaran | RM50,163 / 60 = RM836.05 | RM55,054 / 60 = RM918 |
| Deposit | RM4549.9 (10%) | Tiada |
Ikut contoh ni, pinjaman peribadi juga lebih jimat disebabkan kadar faedah yang lebih rendah. Peminjam juga taklah rasa sakit sangat nak keluarkan deposit tinggi sebanyak RM4,000. Take note ya, bergantung pada syarat kelayakan anda, ada juga loan kedai yang mungkin akan minta deposit 20%.

Ramai pembeli mudah teruja apabila melihat iklan promosi ansuran bulanan yang murah di media sosial. Namun, jika anda tidak meneliti struktur perjanjian motor loan kedai, anda sebenarnya berisiko membayar harga keseluruhan yang jauh lebih mahal daripada nilai asal motosikal tersebut.
Sebelum anda melangkah masuk ke mana-mana bilik pameran untuk beli motor loan kedai, pastikan anda elakkan kesilapan-kesilapan ini demi menjaga poket anda:
Iklan "muka kosong" atau zero downpayment memang nampak sangat menarik untuk mereka yang kekurangan tunai. Tetapi dalam dunia pembiayaan, konsepnya mudah: lebih rendah deposit yang anda bayar, lebih tinggi jumlah pinjaman pokok yang dikenakan faedah. Kesannya, kadar faedah tahunan akan digandakan dan anda terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh yang lama.
💡 Tips Direct Lending: Jika bajet anda ketat tetapi mahu elakkan faedah tinggi loan kedai, alternatif terbaik adalah dengan memohon pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending. Anda boleh dapatkan tunai penuh untuk beli motor secara cash, tak perlu pusing kepala fikir deposit 10%, dan motor terus jadi hak milik anda. Untuk penjawat awam, kami menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar dari 2.82% setahun.
Semak Kelayakan Percuma di Direct Lending
Syarikat kredit bagi motor loan kedai biasanya menggunakan flat rate (kadar rata/tetap) bulanan seperti 0.833% sebulan. Angka ini nampak kecil, bukan? Namun, jika dikira dalam kadar tahunan sebenar, ia boleh mencecah hampir 10% hingga 12% setahun!
Berbeza dengan pinjaman peribadi bank atau koperasi yang ditawarkan di Direct Lending untuk penjawat awam, kadar keuntungan tahunan adalah jauh lebih telus dan kompetitif. Sentiasa minta pihak kedai mencetak jadual pelunasan (amortization schedule) penuh sebelum anda setuju menandatangani apa-apa dokumen.
Apabila mempelajari cara beli motor baru, harga yang anda lihat di atas kertas katalog selalunya berbeza dengan Harga Atas Jalan (On-The-Road - OTR). Anda perlu tahu sama ada pakej pinjaman tersebut sudah merangkumi kos pendaftaran JPJ, caj proses kedai (runner fee), dan premium insurans motor. Jika anda kekurangan tunai untuk kos-kos sampingan ini, pinjaman peribadi yang fleksibel dapat membantu menutup lubang kos tersembunyi ini tanpa mengusik wang simpanan kecemasan anda.
Memanjangkan tempoh pinjaman kepada 5 hingga 7 tahun memang akan mengecilkan bayaran bulanan anda (contohnya sehingga RM100 sebulan). Namun, menjelang tahun ke-5, nilai pasaran motosikal anda mungkin sudah jatuh teruk, manakala anda masih lagi terikat membayar hutang faedah kepada kedai. Sebaik-baiknya, ambil tempoh pinjaman yang ideal iaitu antara 3 hingga 4 tahun sahaja.
Pinjaman peribadi boleh jadi pilihan yang lebih bijak untuk membeli motosikal — terutama jika anda layak dan inginkan bayaran keseluruhan yang lebih rendah serta tiada risiko motor ditarik. Namun, ia masih bergantung pada profil kewangan, skor kredit dan akses kredit anda.
Apa pun, sebagai pengguna yang bijak, jangan terus pilih satu jalan sahaja. Bandingkan dulu semua pilihan — loan motor kedai, pinjaman bank atau pinjaman peribadi — supaya keputusan anda betul-betul sesuai dengan kemampuan kewangan dan keperluan semasa.
Tiada salahnya mencuba pinjaman peribadi, kerana ia mungkin lebih berbaloi — sama ada untuk beli kereta atau motorsikal yang sesuai dengan bajet anda.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 10,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
Loan motor kedai ialah pinjaman hire purchase melalui kedai motor atau panel bank mereka. Anda perlu bayar deposit (biasanya 10%), motor masih atas nama bank sehingga habis bayar, dan jika lewat bayar, motor boleh ditarik.
Boleh. Ramai beli motor cash guna pinjaman peribadi kerana lebih fleksibel, tiada deposit dan motor terus jadi milik sendiri. Tapi kadar bayaran bulanan bergantung pada jumlah pinjaman dan tempoh.
Loan motor kedai biasanya lebih rendah dari segi kadar faedah (terutama untuk motor baru). Tapi pinjaman peribadi boleh jadi lebih sesuai jika anda beli motor terpakai, superbike atau mahu motor terus atas nama anda.
Kebiasaannya sekitar 5%–10% dari harga motosikal. Ada juga kedai yang tawarkan pinjaman motor tanpa deposit (0 downpayment), tetapi ansuran bulanan akan jadi lebih tinggi.
Untuk loan motor kedai, rekod CCRIS/CTOS boleh memberi kesan. Tetapi anda masih boleh cuba pinjaman peribadi atau pinjaman wang berlesen yang lebih fleksibel, bergantung kepada profil kredit anda.
Sebab tak perlu deposit, duit lebih boleh guna untuk insurans, roadtax atau aksesori motor. Motor juga terus atas nama sendiri, tidak seperti hire purchase.
Penjawat awam lebih mudah lulus pinjaman koperasi atau pinjaman peribadi melalui Direct Lending kerana potongan boleh dibuat terus dari gaji (ANGKASA/Biro Angkasa). Kadar keuntungan bermula dari 2.82% setahun. Boleh semak kelayakan di sini jika berminat untuk mohon.
Ya. Pinjaman bank/koperasi adalah untuk penjawat awam sahaja, tetapi pekerja swasta boleh mohon pinjaman peribadi atau pinjaman wang berlesen yang kami sediakan. Semak kelayakan di sini untuk mohon.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
2 Comments
Terima kasih atas penerangan. info yang sangat berguna
Sama-sama encik Jasni 🙂