Marketing

Adakah seseorang meminta anda membayar deposit atau yuran proses? Jika YA, itu adalah SCAM. Direct Lending tidak pernah meminta sebarang bayaran pendahuluan. Servis kami 100% percuma.
Sejak kebelakangan ini, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Direct Lending untuk menawarkan pinjaman palsu dengan "kelulusan segera". Kami telah menerima banyak laporan mengenai taktik penipuan ini melalui media sosial dan panggilan telefon yang mencurigakan.
Kami ingin menegaskan bahawa Direct Lending adalah sebuah platform pasaran pinjaman digital, bukan syarikat pemberi pinjaman (money lender). Sebagai platform yang sah dan selamat sejak 2016, kami memegang prinsip utama:
Keselamatan kewangan anda adalah keutamaan kami. Sila baca panduan ini sehingga tamat untuk melindungi diri anda daripada taktik penipuan, atau anda boleh terus ke Panduan Mengenali Direct Lending Yang Rasmi & Sebenar untuk kepastian.
Scammers semakin licik dalam menipu orang dengan menyalahgunakan nama Direct Lending. Ramai orang yang pernah ditipu oleh scammer ini pernah datang menghubungi kami dan apa yang kami boleh buat adalah menasihatkan mereka laporkan kepada KPKT atau polis sahaja. Jadi, anda harus berhati-hati dengan taktik scammer ini sebelum anda memohon apa-apa prosedur. Berikut adalah taktik-taktik yang biasa mereka gunakan:
Seeloknya, anda perlu periksa laman web iaitu atau alamat pejabat fizikal (jika ada) sebelum berurusan dengan mana-mana pemberi pinjaman. Pemberi pinjaman sah menggunakan laman web yang selamat (https://) untuk melindungi maklumat peribadi anda.
Sebaliknya, scammer sering kali hanya menggunakan social media untuk menarik customer atau mencipta laman web palsu yang tidak lengkap. ‘Syarikat’ ini mungkin mempunyai sedikit atau tiada maklumat sah yang boleh dikesan.
Untuk memastikan anda berurusan dengan pihak Direct Lending yang sah, pastikan anda hanya berinteraksi melalui akaun-akaun rasmi yang disenaraikan di bawah. Jika anda dihubungi oleh mana-mana profil atau laman web yang tidak dinyatakan di sini, itu bukan kami.
Perkhidmatan BNPL (Beli Sekarang, Bayar Kemudian)
Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan BNPL khusus untuk Servis Kereta, Insurans Kereta, Perubatan, dan Pembaikan Gadget. Sila pastikan anda berkomunikasi dengan akaun rasmi kami yang berasingan untuk perkhidmatan ini:
Direct Lending TIDAK mempunyai aplikasi mudah alih untuk permohonan pinjaman peribadi. Segala semakan kelayakan hanya dilakukan secara selamat melalui laman web rasmi kami di https://www.directlending.com.my/.
Jika anda diminta untuk memasang (install) apa-apa aplikasi kononnya untuk "memudahkan kelulusan," itu adalah 100% scam!

Ada mangsa yang diminta muat turun “app Direct Lending” yang sebenarnya adalah scammer.
Semak Kelayakan di Web Rasmi Direct Lending
Direct Lending tidak pernah meminta bayaran pendahuluan atau deposit daripada customer untuk meluluskan pinjaman. Jika anda diminta untuk membayar apa-apa amaun, itu adalah scam.
Mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang Malaysia, pemberi pinjam wang yang sah tidak dibenarkan meminta deposit daripada customer sebelum meluluskan pinjaman. Processing fee atau caj stamp duty akan ditolak terus dari pinjaman anda setelah pinjaman lulus & duit masuk ke bank akaun anda.
Semak Kelayakan Pinjaman Selamat
Direct Lending hanya mempunyai satu website rasmi sahaja untuk customer menyemak kelayakan dan memohon pinjaman wang iaitu melalui https://directlending.com.my/
Semua komunikasi rasmi hanya melalui WhatsApp Direct Lending Malaysia yang ada bluetick ✅. Sesiapa yang mengaku dari Direct Lending tetapi menggunakan nombor tidak dikenali, itu bukan dari kami.

Scammer yang menggunakan nombor WhatsApp yang tidak dikenali menyamar sebagai Direct Lending.
Ini adalah no telefon WhatsApp rasmi yang Direct Lending gunakan untuk berhubung dengan customer:
Nombor WhatsApp sokongan pelanggan yang dikhaskan
Jika ada yang mengaku daripada Direct Lending dan menghantar emel dengan domain @gmail.com, @yahoo.com atau domain lain, jangan layan sebab itu adalah scammer.
Emel rasmi Direct Lending berakhir dengan domain @directlending.com.my. Contoh dee@directlending.com.my
Anda mungkin pernah nampak promosi yang tak masuk akal seperti, 'Kadar kelulusan pinjaman 100%' atau '0% faedah'. Ini adalah contoh umpan yang digunakan bagi menarik orang untuk menandatangani jumlah pinjaman yang besar dan melebihi kemampuan mereka. Ingat, jika promosi yang ditawarkan terlalu bagus, kemungkinan besar itu adalah pinjaman scammers atau Ah long. Pastikan anda tahu tentang harga atau kadar pasaran yang ditawarkan.
Direct Lending akan membantu anda untuk cari pilihan pembiayaan yang paling sesuai. Walaupun kami mungkin tidak menjanjikan pinjaman dengan kadar faedah 0% (kerana ia mustahil), kami boleh dapatkan anda kadar faedah atau keuntungan terendah yang sesuai dengan keperluan pembiayaan anda. Direct Lending hanya menawarkan pembiayaan YANG REALISTIK untuk anda.
Jika anda pernah menghubungi ejen pemberi pinjaman wang dan mereka mendesak anda untuk membuat keputusan dalam masa 24 jam, sila berhati-hati. Kebanyakan scammers ingin mengambil kesempatan daripada pelanggan yang kurang celik dengan ilmu kewangan. Oleh itu, mereka akan memaksa anda untuk teruskan dengan pinjaman sebelum sempat membuat sebarang kajian.
Tetapi, pemberi pinjaman sah seperti Direct Lending sentiasa memberi masa kepada peminjam untuk lebih teliti dan memahami terma pinjaman. Kami akan menerangkan semua pilihan pembiayaan yang anda layak dan menjawab segala soalan tentang pinjaman anda. Direct Lending komited untuk MEMBANTU anda mendapatkan pinjaman terbaik, bukan untuk memaksa.
@directlendingofficial Scammer dah bersepah sekarang ni. Jangan tertipu! Ramai dah jadi mangsa scam pinjaman palsu. Mana loan yang selamat sekarang ni? Syarikat Pinjaman sah takkan minta deposit lepas lulus! Nak tahu pinjaman tu sah? Cek dulu 4 perkara penting ni, termasuk domain emel, nombor rasmi & hanya 1 HQ kami. Selamatkan diri dari #scammer. Nak pinjam dengan selamat? #Paperoger dulu dengan Direct Lending. cc: @affendi50 #ScammerAlert #PinjamanSelamat #ElakScam #directlending #paperoger ♬ original sound - Direct Lending Official
Kadang-kadang kita mungkin terlalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan apabila melibatkan wang. Kadang-kala, kami ternampak komen di media sosial yang mendakwa bahawa Direct Lending penipu. Namun sebenarnya, mereka telah menjadi mangsa scammer yang menyalahgunakan nama Direct Lending untuk menipu orang. Jadi, pastikan anda kaji dan tapis promosi yang mencurigakan sebelum anda menandatangani sebarang perjanjian pinjaman.
Jangan biarkan penyamar merosakkan kepercayaan anda. Versi sebenar Direct Lending mempunyai lebih 9,000 ulasan 5-bintang daripada pelanggan yang kami bantu secara sah sejak 2016.

Kami juga ada artikel yang berkongsi cara mudah untuk kenal pasti Direct Lending yang sebenar. Sebenarnya, tanda-tandanya agak jelas jika anda tahu apa yang perlu disemak.
Ini beberapa perbezaan utama yang boleh dilihat bila anda memohon pembiayaan dengan scammers dan Direct Lending.

Scammer biasanya tidak ada laman web atau hanya guna social media untuk tarik mangsa. Namun, ada juga scammer yang membuat laman web palsu. Pastikan anda hanya mengunjungi laman web rasmi Direct Lending di https://directlending.com.my untuk elakkan ditipu.
Customer kami tidak perlu risau kerana Direct Lending adalah platform pinjaman digital, yang sah dan selamat. Kami hanya bekerjasama dengan pemberi pinjaman yang sah dan berlesen seperti bank, koperasi & kredit komuniti.
Bukan itu sahaja, emel rasmi Direct Lending berakhir dengan domain @directlending.com.my.
WhatsApp rasmi Direct Lending adalah Direct Lending Malaysia dengan bluetick ✅
Akaun social media rasmi Direct Lending adalah seperti berikut:
Jika ada akaun lain mengaku dari Direct Lending, itu bukan kami.
Servis Direct Lending adalah 100% percuma. Kami tidak ada caj tersembunyi dan tidak menerima apa-apa bayaran pendahuluan daripada customer.
Jika ada yang meminta bayaran untuk memproses pinjaman, itu adalah scammer.
Direct Lending mempunyai lebih daripada 5,000 review 5-bintang di Google. Pelanggan kami benar-benar berpuas hati dengan servis kami kerana ia cepat, mudah, dan selamat. Yang paling penting, kami membantu pelanggan dari A hingga Z secara telus.
Anda boleh baca pengalaman pelanggan sebenar yang berjaya mendapatkan pinjaman dengan cara yang sah & selamat.
Anda juga boleh tengok video ini untuk tahu lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan kami.
Semak Kelayakan Pinjaman Selamat
Baru-baru ini, seorang pelanggan kami hampir kerugian wang apabila menerima mesej daripada akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai Direct Lending. Scammer tersebut menggunakan taktik tekanan dan meminta bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kononnya untuk meluluskan pinjaman dengan segera.

Akaun Facebook scammer yang menyamar jadi Direct Lending meminta bayaran pendahuluan dari customer sebanyak RM500.
Ingat, ini adalah taktik penipuan. Jika anda berada dalam situasi yang sama atau sudah terlanjur melakukan transaksi, jangan panik. Ikuti "Exit Plan" di bawah serta-merta:
Langkah 1: Putuskan Talian Serta-Merta
Jangan balas sebarang mesej atau panggilan lagi. Block nombor telefon atau akaun media sosial tersebut dengan segera. Jangan terpedaya dengan ugutan mereka kerana itu hanyalah taktik untuk menakutkan anda.
Langkah 2: Hubungi Talian 997 (NSRC)
Jika anda telah membuat sebarang pindahan wang, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera. Talian ini beroperasi 24 jam. Semakin cepat anda lapor, semakin tinggi peluang pihak bank untuk menyekat aliran wang tersebut.
Langkah 3: Buat Laporan Polis & Aduan KPKT
Kumpulkan semua bukti perbualan (screenshot) dan resit transaksi. Buat laporan di balai polis berdekatan. Selain itu, anda juga boleh membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui portal rasmi mereka untuk tindakan lanjut terhadap pemberi pinjaman haram.
Semak Kelayakan Pinjaman Selamat
Cara mohon pinjaman peribadi kini lebih mudah dan cepat. Semak kelayakan anda melalui platform kami, dan kami akan bantu anda untuk pilih pinjaman peribadi yang terbaik sesuai dengan keperluan pembiayaan anda. Selepas lulus semakan kelayakan, loan consultant kami yang berpengalaman akan hubungi anda dan membantu melalui proses permohonan pinjaman peribadi anda dari A hingga Z.
Proses pendaftaran yang mudah dan cepat hanya dalam 3 langkah mudah:
Langkah 1: Isi borang permohonan dalam talian kami dan pilih pemberi pinjaman yang ingin anda hantar permohonan.
Klik 'Semak Kadar Anda' dan beritahu kami keperluan anda. Isi borang dalam talian kami dengan butiran peribadi anda dan beritahu kami jumlah dan tempoh pinjaman yang anda perlukan.
Langkah 2: Hubungan oleh pemberi pinjaman untuk semakan kredit dan pengesahan.
Pemberi pinjaman yang anda pilih akan menghubungi anda melalui e-mel atau panggilan untuk semakan lanjut jika anda layak untuk pinjaman.
Langkah 3: Hantar dokumen yang diperlukan dan tandatangani perjanjian.
Selepas proses pengesahan, anda boleh mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan, slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank, borang EPF atau pendapatan cukai terkini, dan bil utiliti (seperti bil elektrik, bil air, dll.) sebelum ke pejabat pemberi pinjaman untuk tandatangan perjanjian.
Mohon Pinjaman Direct Lending sekarang
Ada ramai penipu tamak haloba yang tengah tunggu peluang untuk memperdayakan anda. Sebagai seorang pelanggan, perkara penting yang anda perlu ingat adalah untuk TIDAK SESEKALI mempercayai tawaran tidak munasabah. Benda baik tidak akan datang dengan begitu mudah. Sebelum dapatkan pinjaman peribadi, pastikan anda buat semakan dan timba ilmu untuk diri sendiri dulu. Cuba semak kalau pinjaman yang korang nak dapatkan ada tanda-tanda merbahayakan dan amat penting juga untuk anda tahu perkara asas macam perbezaan antara ceti haram dan pemberi pinjaman wang berlesen. Sebab nanti, orang terakhir yang akan buat keputusan adalah diri anda sendiri.
Rencana ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan bantuan kewangan mudah, selamat dan berpatutan kepada mereka yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk mencari, mohon dan menerima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
Ikuti laman blog kami atau Tiktok kami untuk dapatkan tips kewangan yang padu.
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.
2 Comments
Memohon pinjaman peribadi
Hi encik Azizi, boleh semak kelayakan percuma di website kami. Klik sini untuk mohon.