Marketing

Adakah platform pinjaman online selamat? Adakah Direct Lending ini scammer atau Ah Long? Kami faham kegelisahan anda. Dalam lambakan scammer pinjaman wang hari ini, sifat berhati-hati adalah pelindung terbaik kewangan anda.
Sejak 2016, Direct Lending telah beroperasi sebagai platform pasaran pinjaman digital yang sah di Malaysia. Kami bukan pemberi pinjam, tetapi rakan teknologi yang membantu anda mencari, membanding, dan memohon pembiayaan daripada lebih 10 pemberi pinjam berlesen termasuk Bank, Koperasi, dan Kredit Komuniti sah (KPKT).
Kepercayaan anda adalah inspirasi kami. Sehingga hari ini, lebih 10,000 pelanggan telah memberikan rating 5-bintang di Google Review sebagai bukti kepuasan mereka terhadap servis telus dan profesional dari kami.
Sama ada anda kali pertama mendengar tentang kami atau masih ragu-ragu, berikut adalah testimoni jujur dan bukti kenapa Direct Lending adalah platform yang boleh anda percayai.
| Ciri-ciri | Direct Lending ✅ | Scammer / Ah Long ❌ |
|---|---|---|
| Bayaran Deposit | TIADA. 100% Percuma | Minta deposit/duit proses |
| Kad ATM / Password | TIDAK PERLU | Minta pegang kad/password |
| Status Lesen | Rakan rasmi Bank, Koperasi & Kredit Komuniti | Tiada lesen sah |
| Pejabat Fizikal | Oval Tower Damansara | Alamat palsu/rahsia |
Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Sejak 2016, kami telah membantu ramai rakyat Malaysia mendapatkan pinjaman yang selamat, namun kami sedar ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Direct Lending untuk menjalankan aktiviti penipuan.
Kami mahu pastikan anda sentiasa selamat. Jika anda rasa ada sesuatu yang meragukan, sila rujuk panduan kenali Direct Lending yang sebenar kami untuk pastikan anda sedang berurusan dengan team Direct Lending yang betul.
Dalam usaha kami untuk menawarkan platform pinjaman online yang selamat dan berpatutan untuk semua, Direct Lending menekankan kepentingan membantu pelanggan dengan berkesan sepanjang keseluruhan proses peminjaman berjalan.
Kami benar-benar mengambil berat tentang pelanggan kami dan bertungkus-lumus dalam memastikan anda mendapat maklumat yang menyeluruh dan sepenuhnya bagi setiap proses yang dijalankan.
Sama ada anda mempunyai soalan tentang kelayakan pinjaman, memerlukan konsultasi dalam pemilihan pinjaman yang sesuai atau ingin memahami proses pinjaman dengan lebih baik, pegawai Direct Lending kami yang berpengalaman dan mesra pelanggan sentiasa bersedia untuk membantu anda.
Mereka akan memberikan sokongan dan bimbingan dari A-Z yang anda perlukan, menjadikan keseluruhan pengalaman pinjaman lancar dan mudah.
Kalau anda masih ragu, inilah yang dikongsikan oleh Ely Salwana, Wan Siti Fatinah, Nor Sakinah tentang pengalaman pinjaman mereka dengan Direct Lending.



Direct Lending memiliki reputasi, pengalaman, dan kemahiran yang sudah bertahun-tahun dalam bidang pinjaman dan pembiayaan.
Tidak kira sama ada anda seorang individu memerlukan pinjaman peribadi atau syarikat yang memerlukan kemudahan pinjaman untuk bisnes PKS, kami sedia membantu.
Setiap keputusan yang diambil adalah pilihan yang terbaik kerana kami mengamalkan konsep bersama-sama dalam merancang usaha perkembangan anda atau mencari penyelesaian dalam masa yang singkat.
Kami mengambil langkah pertama dengan memahami keperluan anda sebelum menawarkan pakej pinjaman yang sesuai untuk anda.
Proses semakan, konsultasi, dan kelulusan kami juga profesional dan laju. Permohonan boleh di buat menerusi kemudahan borang online yang cepat, mudah, telus, dan selamat. Pemprosesan permohonan dan khidmat nasihat kami juga percuma.
Anda boleh semak kelayakan pinjaman online sepantas 2 minit. Proses kelulusan pinjaman juga mengambil masa secepat 2 hari bekerja dan duit terus masuk ke dalam akaun bank anda. Ini antara maklum balas daripada pelanggan kami yang berurusan dengan Direct Lending.



Biasanya konsep pinjaman online oleh kebanyakkan institusi kewangan tidak memberikan anda pilihan yang pelbagai dari segi jenis atau pemberi pinjaman.
Inilah masalah yang sering terjadi kepada para peminjam, di mana pinjaman yang dibuat tidak dapat memenuhi keperluan kewangan mereka atau bahkan semakin memburukkan lagi komitmen yang sedia ada kerana ketidakmampuan untuk bayar semula.
Jangan risau, dengan adanya platform pinjaman Direct Lending ianya 'one stop centre' untuk semua keperluan pinjaman anda. Kami ada menawarkan pelbagai jenis pinjaman mengikut keperluan anda.
Kalau anda ada masalah kredit buruk di laporan CCRIS dan CTOS, kami ada pakej penyatuan hutang atau pun overlap dengan kadar keuntungan sangat rendah yang berbaloi untuk mengurangkan komitmen bulanan anda.
Jika anda mencari pinjaman peribadi islamik yang patuh syariah tanpa riba, anda boleh mohon pembiayaan sehingga RM200,000 daripada bank dan koperasi kerajaan seperti, Kuwait Finance House, Public Islamic Bank, KOBETA, KOPUTRI, Koperasi UKHWAH, Yayasan Ihsan Rakyat, dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.
Ada juga pelanggan yang memerlukan wang dengan segera jadi kami boleh sediakan pilihan pinjaman peribadi konvensional daripada beberapa syarikat kredit komuniti atau pinjaman wang berlesen yang sah berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Selain menawarkan produk pinjaman peribadi, Direct Lending juga baru melancarkan produk pembiayaan auto servis atau pelan ansuran servis kereta. Pelan ansuran ini bertujuan untuk membantu pemilik kenderaan yang kesempitan wang untuk membaiki atau menyelenggara kenderaan mereka.
Senarai ini akan bertambah dari semasa ke semasa kerana Direct Lending sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan skop perkhidmatan kewangan di platform kami.
Ini antara review daripada pelanggan yang berpuas hati dengan pakej pinjaman yang dimohon.




Antara tanda terbesar agensi atau syarikat pinjaman wang itu tidak telus adalah mereka meminta bayaran wang pendahuluan atau deposit. Ada banyak pelanggan kami yang tertipu dengan scammer pinjaman wang disebabkan taktik ini.
Hal ini kerana, sebagai peminjam anda tidak perlu keluar duit sesen pun semasa nak mohon dan bila pinjaman sudah lulus. Kalau ada caj pinjaman peribadi pun ianya akan terus ditolak daripada amaun pinjaman. Jadi sekiranya mana-mana agensi atau syarikat pinjaman meminta anda bayar deposit, anda perlu berhati-hati ini kerana 99% potensi untuk anda ditipu amat tinggi.
Pastikan juga jangan sesekali memberikan dokumen dan maklumat perbankan anda seperti kad bank ATM, atau kad debit kepada syarikat pinjaman. Ianya jelas kerana syarikat tersebut tidak mempunyai hak untuk memegang akaun bank anda, termasuklah password online banking anda. Harap maklum, selalunya prosedure pinjaman ini adalah pinjaman ahlong.
Di Direct Lending, setiap prosedur pinjaman kami adalah telus tanpa sebarang wang deposit atau caj tersembunyi. Kami tidak akan meminta apa-apa bayaran daripada pelanggan sebelum, semasa dan selepas pinjaman mereka lulus. Direct Lending juga beroperasi mengikut etika yang tertulis dalam akta pinjaman sedia ada di Malaysia.
Sebagai contoh, di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kontrak pinjaman wang berlesen yang patut digunakan adalah Borang Jadual J (pinjaman tidak bercagar) jadi untuk produk pinjaman wang berlesen kami hanya menggunakan Jadual J yang disetem oleh LHDN. Caj stamping juga adalah tetap 0.5% daripada jumlah pinjaman.
Anda boleh ikuti pengalaman daripada pelanggan tentang ulasan mereka tentang proses pinjaman bersama kami.





Maklum balas positif yang kami terima ini adalah bukti komitmen Direct Lending untuk menjadi platform utama yang menangani keperluan pembiayaan setiap orang dewasa yang bekerja keras, memberikan pengalaman pinjaman yang gembira, lancar dan diperibadikan pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Sertai ramai pelanggan yang berpuas hati memilih Direct Lending sebagai platform pilihan untuk mendapatkan pinjaman yang selamat dan berpatutan. Alami pengalaman pinjaman yang lebih baik sekarang!

Banyak platform hanya akan bagi apa yang anda minta, tapi di Direct Lending, kami melangkah setapak ke depan. Kami mahu faham situasi kewangan anda secara menyeluruh untuk membantu anda dalam jangka masa panjang.
Situasi Pelanggan:
Seorang pelanggan datang kepada kami asalnya hanya untuk memohon pinjaman sebanyak RM3,000 bagi kegunaan kecemasan.
Analisis Kami (A-Z Service):
Selepas meneliti profil kredit beliau, konsultan kami mendapati pelanggan ini mempunyai beberapa "hutang mahal" (3 Pinjaman Peribadi & 1 Pinjaman Kereta) dengan jumlah komitmen bulanan mencecah RM1,698.
Solusi Yang Kami Cadangkan:
Daripada sekadar memberi RM3,000, kami bantu beliau memohon satu pinjaman kadar rendah berjumlah RM104,000 untuk:
Hasilnya:
Pelanggan berjaya mengurangkan komitmen bulanan beliau kepada RM1,157. Beliau kini jimat RM541 setiap bulan! ---
Kesimpulan: Adakah Anda Ingin Jom Jimat Seperti Pelanggan Ini?
Sama ada anda perlukan tunai segera atau ingin mengurangkan beban hutang bulanan, team kami sedia membantu dengan cara yang paling selamat dan telus.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 10,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, ansuran servis kereta, Takaful kereta dan perubatan.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.