5 Perkara Anak Muda Wajib Target Sebelum Umur 35 - Direct Lending Malaysia

5 Perkara Anak Muda Wajib Target Sebelum Umur 35

Ingin berharta tapi bergaji rendah? Kejap, jangan jadikan gaji rendah sebagai alasan. Sebab ada juga yang bergaji tinggi tapi boros dan banyak berhutang. Akhirnya, memang tidak jadi-jadi untuk berharta jika tiada disiplin dan perancangan kewangan.

Jadi, untuk memiliki kewangan yang stabil, yang paling penting adalah disiplin dan komitmen. Alasan seperti gaji tidak cukup dan komitmen tinggi; semuanya boleh diurus jika anda amalkan disiplin, konsistensi dan komitmen kewangan yang baik.

Memang impian ramai anak muda untuk berpunya rumah dan kereta sebelum cecah umur 35. Tetapi, adakah kedua-dua benda ini sudah mencukupi? Sekiranya anda tidak pasti apa lagi yang anda harus capai, baca perkongsian daripada abang Harith Faisal ini. Wahai anak muda, hidup anda tidak sentiasa muda. Jadi, manfaatkan hidup anda sepenuhnya dan capai impian hidup sehingga tahap maksimum.

1. Ada rumah sendiri

Sumber Gambar: Freepik (@Tirachardz)

Beli rumah sebelum kahwin telah menjadi norma ramai. Belilah rumah yang cukup besar dan selesa untuk duduk bersama isteri dan anak-anak. Kalau mampu, belilah rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ada juga yang rasa tertekan untuk membeli rumah walaupun kedudukan kewangan belum kukuh lagi.

Sekiranya kewangan anda belum stabil lagi, apa kata cuba menyewa rumah dulu dan tetapkan matlamat untuk ada rumah sendiri bersama pasangan? Tapi, janganlah sampai menunggu sehingga bersara baru keluarkan duit KWSP atau wang simpanan untuk beli rumah sendiri. Baca artikel kami ini untuk tips beli rumah impian anda.

2. Aset hartanah untuk rumah pelaburan

Sumber Gambar: Freepik (@Vanitjan)

Sekiranya mampu, paling kurang ada 2 biji rumah pelaburan. Rumah ini boleh disewakan atau dijadikan sebagai pelaburan. Contohnya anda boleh buat deco bajet minimalist dan sewakan sebagai AirBnB atau terus sewakan secara kontrak. Ada juga yang ubahsuai rumah dengan konsep yang ‘in-trend’ untuk disewakan sebagai studio. Ikutlah kreativiti masing-masing. Lokasi rumah yang strategik boleh memberi pulangan yang lumayan sebab nilainya akan terus meningkat. Apabila usia milikan rumah sudah matang, bolehlah jual rumah itu dan dapatkan untung lagi.

3. Simpanan kecemasan

Sumber Gambar: Freepik (@Joaquin Corbalan)

Apabila anda ada kecemasan atau sebarang perkara yang tidak dijangka, simpanan kecemasan inilah yang boleh membantu anda. Pakar kewangan menyarankan jumlah dana untuk bina ‘jaring keselamatan’ anda adalah 3 sehingga 6 bulan gaji anda. Ingat untuk elakkan berhutang dengan kawan dan banyakkan simpanan.

Setiap bulan anda boleh ketepikan 20% daripada gaji anda untuk dijadikan sebagai dana kecemasan. Sekiranya amaun 20% adalah terlalu tinggi untuk anda, mula dengan 10% dan tingkatkan amaun tersebut apabila kewangan anda lebih stabil. Untuk pelan bajet kewangan dengan lebih teratur boleh ikut formula mudah 50/30/20.

4. Simpanan tetap setiap bulan

Sumber Gambar: Freepik (@Opatsuvi)

Selepas simpanan untuk dana kecemasan sudah mencukupi, cubalah simpan untuk jangka masa panjang. Untuk yang berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan anda berada dalam keadaan baik. Ini disebabkan perbelanjaan anda adalah lebih kurang daripada gaji.

Untuk yang bujang, simpanlah 30% sehingga 50% daripada gaji bulanan yang anda dapat. Untuk yang sudah kahwin, pasti ada lebih banyak komitmen kan? Cubalah simpan 10% sehingga 30%. Kalau boleh simpan lebih banyak, lagi bagus. Sepatutnya umur 35 tahun sudah tiada masalah untuk buat simpanan tetap bulanan.

5. Beli kereta idaman

Sumber Gambar: Freepik (@Odua)

Belilah kereta yang anda idamkan mengikut kemampuan semasa. Sudah sepuluh tahun menangguh nafsu, pastinya teringin hendak pakai kereta best, kan? Jadi pada umur 35 tahun ini, apalah salahnya reward diri anda dengan hasil kerja keras selama ini. Tidak salah pun. Yang pasti, anda akan dapat rasakan nikmat yang lebih lazat berbanding orang yang beli awal-awal.

Anda bolehlah beli kereta yang best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Tetapi jika dapat beli kereta yang harga RM100,000 pun sudah mencukupi. Ingin beli kereta tapi kereta secondhand pun tiada masalahnya. Sebab harganya jauh lebih murah daripada kereta baru. Janji, kereta itu selesa.

Hidup anda tidak sentiasa muda

Sekiranya anda ingin capai kelima-lima benda ini sebelum umur 35, anda mesti kena ada matlamat dan  perancangan kewangan. Contohnya, anda mula bekerja pada umur 25 tahun. Jadi, anda kena capai semua benda ini dalam masa 10 tahun. Jika dapat capai lebih awal, lagi bagus. Jangan buangkan masa dan terus rancang. Lagi cepat anda rancang, lagi cepat anda boleh sampai ke destinasi anda. Semoga berjaya!

Ingin dapatkan idea matlamat yang lain? Baca artikel kami tentang matlamat kewangan yang anda boleh tetapkan untuk tahun baru 2021.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank dan koperasi yang boleh bantu anda dapatkan kewangan tambahan dengan cepat, mudah dan selamat. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj perkhidmatan. Sekiranya anda ada soalan yang berkaitan dengan pinjaman, bolehlah DM kami di Facebook dan konsultan kami boleh bantu berikan anda nasihat kewangan.

 
SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan