Cuti sekolah bakal menjelma! Pastinya anda inginkan percutian yang istimewa bersama rakan-rakan dan keluarga anda. Tetapi bolehkah anda alami percutian yang menarik dan tidak dapat dilupakan dengan bajet yang kecil? Ya, anda boleh!
Mari lihat 7 tips untuk menikmati percutian yang hebat tanpa berbelanja besar:
Rancang percutian dan bajet anda

Mula merancang percutian anda secepat mungkin. Anda masih dapat menjimatkan wang melalui tawaran saat akhir di AirAsia Go and lastminute.com dan dapatkan 10% sehingga 30% potongan untuk penginapan, pengangkutan dan makan melalui tawaran ini. Namun, ia adalah langkah yang berisiko dan boleh menyukarkan anda untuk selaraskan penerbangan, penginapan dan jadual peribadi. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda membuat anggaran perjalanan terlebih dahulu.
Pilih destinasi alternatif

Daripada bercuti ke tempat-tempat yang biasa menjadi tumpuan pengunjung dan mahal, anda boleh pertimbangkan untuk ke destinasi lain yang lebih mesra keluarga dan lebih murah. Untuk percutian ke luar negara, anda boleh cuba tempat-tempat seperti Ko Lanta di Thailand (dengan masyarakat Islam yang besar) dan Siem Reap, Cambodia.
Untuk percutian di Malaysia, anda boleh cuba ‘road trip‘ ke tempat seperti Melaka, Penang, Cameron Highlands atau Bukut Tinggi. Anda tidak perlu membayar tiket penerbangan atau mengalami kadar pertukaran nilai mata wang yang lebih tinggi.
Ambil kesempatan dengan diskaun yang ditawarkan

Perhatikan jika ada promosi istimewa dari laman web tempahan seperti Traveloka. Perhatikan promosi dan diskaun untuk percutian anda. Laman seperti Cuti.my adalah sumber yang hebat untuk promosi percutian dan pakej pelancongan pada harga yang berpatutan.
Pertimbangkan percutian berkumpulan

Tanya keluarga anda untuk turut sama menyertai percutian anda dan jimatkan wang dengan berkongsi kos penginapan, makanan dan petrol termasuk kos tol jika anda memandu ke tempat percutian. Di samping itu, jika anda menempah penginapan atau penerbangan untuk kumpulan yang besar, jangan teragak-agak untuk berunding untuk mendapatkan kadar yang lebih baik.
Pilih penginapan yang lebih murah

Memilih pangsapuri berbanding bilik hotel dapat menjimatkan lebih banyak wang kerana ia lebih murah daripada hotel atau rumah peranginan. Walau bagaimanapun, jangan terus mengelak dari memilih hotel, kerana mereka juga ada membuat tawaran, terutamanya semasa diluar musim puncak atau jika anda adalah telah menjadi salah seorang dari ahli mereka.
Masak makanan anda sendiri

Anda mungkin tidak mahu memasak dan mengemas semasa percutian anda. Tetapi anda akan dapat menjimatkan wang dengan menyediakan satu atau dua hidangan semasa percutian tanpa makan di luar atau di restoran. Anda boleh log masuk ke aplikasi makanan seperti PlateCulture untuk makan makanan yang dimasak di rumah semasa bercuti atau muat turun aplikasi Eatigo untuk membuat tempahan dan dapatkan diskaun restoran yang baik.
Bercuti diluar musim puncak

Sebagai alternatif, anda boleh rancang percutian diluar musim puncak iaitu sebelum atau selepas cuti sekolah dan musim perayaan. Apabila anda memilih untuk bercuti semasa di luar musim puncak, jangan lupa untuk berunding atau meminta untuk menaik taraf bilik. Contohnya, jika menginap di hotel, periksa jika anda boleh daftar keluar lebih lewat atau menaik taraf bilik anda.
Perlukan wang tambahan untuk percutian anda? Mengapa tidak mempertimbangkan pinjaman koperasi berkonsep Syariah (untuk kakitangan kerajaan). Mohon sekarang untuk pinjaman dengan kadar yang berpatutan dan cepat (dalam masa dua hari bekerja).