Maksud Pinjaman Koperasi & 3 Tip Wajib Tahu Sebelum Mohon - Direct Lending Malaysia

Maksud Pinjaman Koperasi & 3 Tip Wajib Tahu Sebelum Mohon

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 18 September 2017 dan dikemas kini pada 6 Oktober 2021).

Pinjaman peribadi adalah sejenis kemudahan kredit daripada institusi kewangan untuk bantu memenuhi keperluan kewangan anda. Secara umumnya, ramai mohon pinjaman peribadi untuk pelbagai tujuan seperti selesaikan hutang lama, hal-hal kecemasan, perkahwinan, kos renovasi rumah dan lain-lain.

Jadi, apakah perbezaan pinjaman peribadi dengan pinjaman koperasi?

Maksud Pinjaman Koperasi

Pinjaman koperasi adalah sejenis pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Pinjaman koperasi adalah pilihan popular di kalangan penjawat awam sebab kelonggaran dan flesibiliti dari segi permohonan berbanding dengan bank komersial. Salah satu sebab adalah pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep syariah.

Pihak yang menawarkan pinjaman koperasi kepada penjawat awam adalah koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Selain koperasi, pihak yayasan dan terdapat juga bank tertentu yang bekerjasama dengan entiti tempatan untuk menawarkan pinjaman koperasi. Walaupun pihak yayasan bukanlah koperasi, tetapi pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh yayasan dan juga bank mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pinjaman koperasi dalam pelbagai aspek. Ini termasuk kaedah bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji.

Ciri-ciri Utama Pinjaman Koperasi

  1. Kaedah bayaran balik pinjaman koperasi adalah menerusi perkhidmatan potongan gaji yang disediakan oleh Biro ANGKASA atau Akauntan Negara. Kedua-dua agensi ini mengawal gaji penjawat awam. Jadi, inilah antara sebab utama pinjaman koperasi hanya ditawarkan kepada penjawat awam sahaja.
  2. Jumlah pembiayaan koperasi minima adalah sebanyak RM2,000 dan maksima sehingga RM250,000.
  3. Tempoh pinjaman koperasi sehingga 10 tahun atau sehingga bersara, mengikuti tempoh yang lebih pendek.
  4. Kebanyakan pinjaman koperasi menawarkan perlindungan Takaful insurans. Amaun premium Takaful akan ditolak terus daripada jumlah pokok pinjaman. Jadi, anda tidak perlu risau apa akan berlaku pada pinjaman jika meninggal atau kemalangan.
  5. Pinjaman koperasi adalah tidak bercagar. Ini bermaksud jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin (guarantor) atau sebarang cagaran.
  6. Kebanyakan pinjaman koperasi ditawarkan kepada penjawat awam bekerja tetap sahaja. Hanya ada beberapa koperasi yang menawarkan pinjaman kepada pekerja status kontrak.
  7. Potongan gaji yang dibenarkan untuk pinjaman koperasi tidak boleh melebihi 60% daripada gaji kasar. Maksudnya, dalam slip gaji penjawat awam peratusan gaji bersih mestinya sekurang-kurangnya 40%.

3 Sebab Untuk Mohon Pinjaman Koperasi

1. Alternatif untuk permohonan pinjaman bank komersial yang tidak diluluskan

alternatif-pinjaman-koperasi
Sumber Gambar: Pressfoto

Biasanya, proses kelulusan pinjaman koperasi lebih fleksibel jika dibandingkan dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Kebanyakan koperasi menerima permohonan peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman rekod CCRIS atau CTOS, disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas (SAA) dan juga AKPK.

Koperasi kemungkinan juga dapat meluluskan pinjaman bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi. Namun begitu, pinjaman koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam bagi memastikan peminjam yang bertanggungjawab.

2. Bantu selesaikan bayaran tertunggak dan bersihkan rekod negatif CCRIS / CTOS

Sumber Gambar: Doucefleur

Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman di mana anda selaku sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda.

Dalam perkara ini, lebih baik untuk mohon pinjaman koperasi dan gunakan hasilnya untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Ini merupakan salah satu cara clear CCRIS dan CTOS yang  membantu untuk memberikan fleksibiliti pinjaman yang anda perlukan.

Ada juga beberapa situasi dimana penjawat awam memohon pinjaman koperasi untuk menyelesaikan tunggakan hutang kerana tidak dapat membuat penangguhan bayaran balik.

Hal ini kerana, penangguhan moratorium hanya untuk pinjaman bank & institusi kewangan pembangunan. Oleh itu, peminjam tidak mempunyai alternatif lain untuk membantu mereka meringankan beban hutang tersebut.

Meskipun begitu, anda disarankan supaya berdisiplin dan membayar balik semua komitmen dan pinjaman anda tepat pada masanya untuk mengekalkan rekod kredit yang cantik.

3. Selesaikan hutang mahal dengan kadar faedah rendah pinjaman koperasi

satukan hutang
Sumber Gambar: Mindandi

Walaupun anda mempunyai sejarah kredit yang baik, pinjaman koperasi mungkin bermanfaat dalam mengurangkan beban kewangan anda. Jika anda mempunyai baki kad kredit yang berfaedah 15 atau 18% setiap tahun atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, anda boleh gunakan pinjaman koperasi yang kadar faedahnya lebih rendah sebagai penyatuan hutang dan membayar balik hutang yang tinggi ini.

Ketahui 3 Tip Ini Sebelum Mohon Pinjaman Koperasi

1. Semak maklumat tentang koperasi

Step pertama, anda kena pastikan pihak koperasi yang anda berurusan adalah pemberi pinjaman yang sah dan berdaftar. Terdapat banyak scammer yang menyamar sebagai wakil koperasi atau badan koperasi untuk mengambil kesempatan si mangsa. Untuk pastikan anda berurusan dengan pihak koperasi yang sah, anda boleh membuat carian melalui portal Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Masukkan nama penuh koperasi tersebut dan klik ‘Cari’. Nama koperasi dan negeri koperasi tersebut akan tertera seperti gambar di atas sekiranya ia adalah sah dan berdaftar. Sekiranya tidak, semak semula jika anda masukkan nama koperasi itu dengan betul. Jika masih tiada carian, maka mungkin koperasi tersebut tidak wujud dan adalah penipu scammer.

2. Ketahui butiran produk kewangan

Luangkan masa untuk semak butiran produk kewangan. Contohnya seperti kadar faedah atau keuntungan, tempoh pinjaman, jumlah payout (wang yang diterima dalam akaun) dan ansuran bulanan. Untuk pinjaman koperasi di Malaysia, ia menawarkan kadar faedah tetap. Maksudnya adalah kadar faedah tersebut tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman. Jadi, ansuran bulanan anda adalah sama sehingga kontrak pinjaman berakhir.

Tip: Dapatkan maklumat beberapa produk kewangan koperasi dan bandingkan yang mana adalah lebih sesuai untuk anda. Atau terus semak kelayakan dengan Direct Lending. Sistem pintar kami boleh bantu anda pilih solusi kewangan yang terbaik untuk anda.

3. Kenal pasti pembayaran dan yuran

Semak jika anda dikenakan sebarang pembayaran atau yuran sewaktu mohon pinjaman koperasi. Biasanya caj dan yuran yang dikenakan adalah seperti duti setem, Takaful, yuran ahli dan caj lain-lain. Ingat ya, pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum anda menerima pinjaman.  Sekiranya ada sebarang caj atau yuran sekalipun ia akan terus ditolak daripada jumlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar secara langsung. Jadi, biasanya anda akan terima sekitar 80% sehingga 98% daripada jumlah pinjaman selepas tolak sebarang caj atau yuran.

Cara Mohon Pinjaman Koperasi Terbaik

Tonton video ini untuk penjelasan mudah cara semak kelayakan pinjaman percuma.

1. Semak kelayakan pinjaman koperasi

Klik butang di bawah ini untuk semak kelayakan secara percuma. Masukkan jumlah dan tempoh pinjaman yang anda perlukan.

2. Banding dan pilih produk sesuai untuk anda

Selepas itu, anda boleh terus terima keputusan berdasarkan maklumat yang anda masukkan. Banding dan pilih senarai pinjaman koperasi yang paling sesuai dengan anda. Sama anda ada ingin pilih pinjaman yang berkadar rendah atau pinjaman yang lulus cepat.

3. Sediakan dokumen anda

Sediakan dokumen yang lengkap untuk permohonan anda seperti:

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) (depan dan belakang)
  • 3 bulan slip gaji sah terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini (transaksi gaji bulanan dikreditkan)

Konsultan peramah kami akan hubungi anda untuk memproses permohonan.

Kesimpulan

Ringkasnya, pinjaman koperasi bukan sahaja untuk sesuai untuk perbelanjaan besar seperti renovate rumah, perubatan dan lain-lain ianya juga boleh bantu anda selesaikan hutang tertunggak dengan lebih berkesan.

Semoga artikel ini telah memberikan anda serba sedikit info yang bermanfaat tentang pinjaman koperasi di Malaysia. Ikutilah tip yang dikongsikan dan anda pasti akan terima bantuan kewangan dengan sah dan selamat tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman yang sesuai dengan anda. Servis percuma & tiada caj pendahuluan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *