4 Cara Buat Pinjaman Bank Untuk Mudah Lulus

4 Cara Buat Pinjaman Bank Untuk Mudah Lulus

Ingin memohon pinjaman daripada bank kerana smber kewangan tidak mencukupi, tetapi tidak tahu caranya?

Apabila sudah membuat permohonan pula, khuatir pihak bank tidak meluluskan pinjaman anda? 

Jangan risau dan pening kepala lagi, ikuti cara buat pinjaman bank yang kami sediakan agar permohonan anda tidak ditolak oleh pihak bank.

1. Periksa Rekod Kewangan

cara buat pinjaman bank
Sumber gambar: Freepik

Jika anda memohon untuk membuat pinjaman atau kad kredit, anda harus tahu keadaan skor kredit anda. Pemohon yang mempunyai skor kredit yang rendah, berkemungkinan akan diberikan kadar faedah yang tinggi atau pinjaman anda akan ditolak.

Maklumat kredit dikumpulkan oleh CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, rekod yang dikendalikan oleh Bank Negara) dan agensi pelaporan kredit lain seperti CTOS dan RAMCI berdasarkan tingkah laku pembayaran balik pinjaman anda dengan bank dan syarikat kredit. 

Sejarah pembayaran anda untuk pinjaman peribadi, rumah, dan kereta anda, kad kredit, pinjaman pelajar dengan PTPTN semuanya menjadi sebahagian daripada maklumat kredit yang dikendalikan oleh CCRIS dan agensi pelaporan kredit lain.

Jika anda gagal untuk membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan atau tidak membayar langsung pinjaman atau kad kredit, begitu juga dengan tindakan undang-undang yang dikenakan keatas anda kerana tidak membuat bayaran seperti yang dijanjikan, ia akan direkodkan di dalam laporan kredit anda.

Servis utiliti seperti bil telefon juga akan direkodkan di dalam laporan kredit anda apabila anda gagal membuat pembayaran dan ini akan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.

Ini antara sebab mengapa anda perlu pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik kerana ia akan membantu anda bila anda ingin memohon untuk pinjaman atau apa-apa sahaja permohonan di bank.

2. Berdisiplin

Anda perlu mulakan sikap berdisiplin ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon untuk pinjaman, tetapi lebih awal anda mulakan lebih baik. 

Meskipun anda tidak mempunyai niat untuk memohon pinjaman dalam jangka masa terdekat, membayar semua komitmen kewangan anda awal adalah sikap yang baik. Ia akan membantu tingkatkan peluang anda apabila anda melakukan permohonan di bank.

Dengan membayar balik pinjaman terdahulu mampu menentukan rekod kewangan anda. Berdisiplinlah jika anda mahukan permohonan diluluskan dengan mudah.

3. Baca Semua Terma & Syarat

cara buat pinjaman bank
Sumber gambar: Freepik

Adalah penting untuk anda membaca dan memahami terlebih dahulu terma dan syarat sebelu memohon sebarang pinjaman. 

Beberapa syarat permohonan perlu diberi perhatian seperti had minimum gaji, umur dan had pinjama yang akan diberikan bank sebelum memeulakan permohonan. Jangan terburu-buru membuat keputusan dan sekiranya tidak layak, jangan buang masa. 

Dalam pada itu, kebanyakan bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman anda sekiranga ia tidak melebihi 30 peratus daripada komitmen kewangan yang sedia ada. 

Bagi pinjaman peribadi, bank akan memberikan dua (2) atau tiga (3) kali ganda gaji anda. Untuk tidak membuang masa, buatlah kira-kira komitmen kewangan anda dan fahami terma dan syarat pinjaman bank tersebut.

4. Mula rekod kredit

cara buat pinjaman bank
Sumber gambar: Focus Malaysia

Sesetengah pihak bank enggan meluluskan permohonan pinjaman untuk individu yang tidak mempunyai rekod kredit. 

Ia bermaksud individu yang tiada komitmen kewangan seperti pinjaman perumahan, kereta atau kad kredit kerana menyukarkan pihak bank untuk melihat dan mencongak corak pembayaran mereka. 

Justeru, adalah disyorkan untuk anda memulakan rekod kredit kerana ia meningkatkan lagi potensi dan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan. 

Anda mungkin boleh memulakan dengan mendapatkan kad kredit asas dan gunakannya untuk membuat pembayaran harian anda. Anda juga boleh memanfaatkan rebat, cashback dan diskaun yang ditawarkan. 

Namun, haru diingat untuk membayar tepat pada waktunya dan gunakannya secara berhemah dan disiplin. Ia sekali gus memastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik sebelum melakukan permohonan pinjaman.

Alternatif Pembiayaan Peribadi Selamat Selain Bank Konvensional

Pinjaman Koperasi dan Pinjaman Wang Berlesen

Sumber gambar: Freepik

Pinjaman koperasi adalah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Lazimnya, pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep syariah.

Antara pihak yang menawarkan pinjaman koperasi kepada penjawat awam adalah koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.  Koperasi-koperasi yang aktif dan kukuh termasuk Koperasi Co-opBank Pertama, Koperasi Ukhwah, Koperasi Putri Terbilang (KOPUTRI) dan Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA).

Selain koperasi, pihak yayasan juga menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam. Antaranya adalah Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Walaupun yayasan bukanlah koperasi, pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh yayasan ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pinjaman koperasi dalam pelbagai aspek, ini termasuk kaedah bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji.

Di samping itu, terdapat bank tertentu di Malaysia yang bekerjasama dengan entiti tempatan (seperti Public Bank-MCCM Resources dan Ambank-MCCM Resources) yang menawarkan pinjaman peribadi dengan skim bayaran balik potongan gaji melalui Biro ANGKASA.

Manakala, pemberi pinjaman wang berlesen diselia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, berbanding dengan Ahlong mereka akan tentukan segala peraturan dan kadar faedah mencecah 30% lebih tinggi. Pinjaman wang berlesen pula hanya boleh menetapkan kadar faedah maksimum sehingga 12%.

Jika anda masih kurang pasti, boleh hubungi atau rujuk maklumat berkenaan pemberi pinjaman wang berlesen atau syarikat kredit komuniti di laman web rasmi KPKT dan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan kredit komuniti berlesen boleh dibuat melalui laman KPKT.

2. Elakkan Ah Long

cara buat pinjaman bank elak hutang ahlong
Sumber gambar: The Star

Ramai yang keliru dengan tanggapan umum bahawa semua pemberi pinjaman wang berlesen adalah ‘Ah Long’ atau lintah darat yang mengenakan faedah yang tinggi. Malah, terdapat pemberi pinjaman yang sah dan dikawal selia oleh pihak kerajaan, yakni Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Kerajaan tidak mahu orang ramai khususnya peniaga-peniaga kecil yang berkemungkinan terdesak meminjam dengan Ah Long atau ceti haram sekiranya tidak membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar beroperasi ketika ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan juga menerima permintaan daripada golongan itu supaya sektor tersebut dibenarkan untuk beroperasi bagi membolehkan mereka melakukan pinjaman meneruskan kelangsungan perniagaan.

Tips untuk elak daripada terjerat dengan “Ah Long”

  • 1. Semak nombor SSM syarikat peminjam wang di laman web KPKT dengan menggunakan aplikasi i-KrediKom.
  • i-KrediKom merupakan aplikasi secara percuma yang membolehkan orang awam membuat carian syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di Semenanjung Malaysia, membuat aduan dan semakan nombor aduan, dan memberi penerangan mengenai hak sebagai peminjam dan jenis-jenis kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Pemberi Pinjam Wang 1951.
  • 2. Periksa sama ada mereka memaparkan lesen mereka di pejabat mereka adalah yang dikeluarkan oleh KPKT, bukannya BNM.
  • 3. Pastikan urusan pinjaman yang ditawarkan oleh peminjam wang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, terutamanya kadar faedah tidak melebihi 18% setahun dan pergunaan perjanjian pinjaman yang sah.

Kesimpulan

Kini, tidak perlu pening kepala lagi untuk memohon pinjaman dari pihak bank. Setiap bank memiliki cara tersendiri untuk memproses data-data permohonan setiap pemohon. 

Berdasarkan cara buat pinjaman bank yang kami senaraikan di atas, ia mungkin dapat membantu anda mempercepat dan meningkatkan peluang permohonan pinjaman untuk diluluskan.

Jika anda seorang kakitangan awam dengan skor kredit yang rendah atau telah disenarai-hitamkan, Pinjaman Koperasi melalui Direct Lending adalah pilihan yang lebih selamat dan sesuai untuk anda.  

Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman yang sesuai dengan anda. Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *