Elak Ditipu! Ini Cara Cek Scammer Dengan 'Semak Mule'
cara check scammer

Elak Ditipu! Ini Cara Cek Scammer Dengan ‘Semak Mule’

Kebelakangan ini banyak kes scammer yang berlaku di media sosial terutamanya membabitkan pembelian barangan online. Kebanyakan mereka menjadi mangsa penipuan akibat tidak memeriksa terlebih dahulu maklumat akaun bank atau nombor telefon seller sebelum bank in sejumlah wang.

Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu portal dan aplikasi Semak Mule bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan atau scammer. Orang ramai khususnya pembeli dinasihatkan untuk menggunakan Semak Mule ini sebagai cara cek scammer secara online sahaja.

Berikut di bawah adalah cara untuk anda membuat semakan NOMBOR AKAUN BANK scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:

cara cek scammer
  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://semakmule.rmp.gov.my/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak nombor akaun bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih kategori akaun bank
  6. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik semak maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan: Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

Berikut di bawah pula adalah cara untuk anda membuat semakan NOMBOR TELEFON scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:

cara cek scammer
  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://semakmule.rmp.gov.my/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak nombor telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih kategori nombor telefon
  6. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik semak maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan: Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

Selain itu, orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi ini juga boleh memuat turun Semak Mule di platform Google Playstore.

Jadi, sebelum anda menjadi mangsa scammer seterusnya, lebih baik gunakan Semak Mule terlebih dahulu bagi memeriksa nombor akaun bank dan telefon mereka. Anda juga harus aware dengan ciri ciri penipuan pinjaman peribadi dan ambil tahu langkah seterusnya sekira telah ditipu scammer.

Tonton video di bawah untuk kenalpasti tanda penipuan scammer:

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – satu platform pinjaman peribadi yang menawarkan pinjaman secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini.


SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan