Cara Simpan Duit: 15 Jenis Tabung Untuk Gaji Rendah

Cara Simpan Duit: 15 Jenis Tabung Untuk Gaji Rendah

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 19 Oktober 2020 dan dikemas kini pada 17 Nov 2021).

Tidak dinafikan ada segelintir masyarakat yang duit gajinya selalu tidak mencukupi dan habis sebelum gaji bulan depan masuk.

Menurut survei Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 63% yang bekerja dalam tempoh satu hingga tiga tahun mempunyai simpanan yang boleh bertahan kurang satu bulan. 

Ia menunjukkan masih ramai yang tak tahu cara dan formula urus duit gaji dengan betul. Jika dibiarkan akan memberi kesan negatif kepada kewangan rakyat Malaysia di masa depan.

Jangan risau, berikut 15 cara mudah untuk menabung, meskipun bergaji rendah, anda masih boleh praktikkannya mengikut kemampuan dan situasi kewangan. Janji anda menabung! Ini 15 cara simpan duit yang boleh dilakukan dengan mudah!

1. Menabung Secara Paksa Rela

cara simpan duit
Sumber Gambar: ASB Loan

Cara simpan duit di asb ini sesuai untuk mereka yang rasa susah nak menyimpan atau tidak berdisiplin. Dengan teknik ini, anda perlu mohon pinjaman peribadi dengan bank. Contohnya, ramai yang ikuti teknik ini membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB). 

Ia adalah satu bentuk simpanan yang berbentuk pelaburan terbaik. Setiap tahun secara purata dividen yang diberi adalah sekitar 5% sehingga 7% mengikuti dividen yang diberikan pada tahun yang sebelumnya.

Jadi, anda tidak mempunyai alasan untuk tidak dapat simpan duit dan terpaksa ketepikan sebahagian daripada gaji untuk membayar ansuran setiap bulan. Tapi pastikan anda jaga bayaran setiap bulan dan selesaikan pinjaman tersebut dalam jangka masa yang pendek.

Jika anda berkeluarga dan merancang buat simpanan untuk anak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan sebuah skim simpanan pada tahun 2012 yang dinamakan sebagai SSPN-i Plus. Ia merupakan perancangan simpanan pelajaran untuk anak anda yang turut menawarkan perlindungan Takaful.

2. Tabung Duit RM5

cara simpan duit
Sumber Gambar: Rawpixel

Anda boleh mula fokus untuk menabung duit warna hijau atau RM5. Caranya adalah setiap kali ada duit RM5, kenalah terus disimpan di dalam tabung. Jadi, kenapa RM5?

Sebenarnya anda boleh pilih untuk menyimpan RM10, RM20 atau RM50, ikutlah kemampuan masing-masing. Cuma admin mencadangkan nilai yang lebih rendah agar anda akan lebih bermotivasi apabila ia berhasil. Cuba letakkan syarat kepada diri seperti tabung tersebut hanya boleh dibuka selepas 6 bulan.

3. Tabung Duit Ganjil

cara simpan duit
Sumber Gambar: Kelab Mama

Dengan teknik ini, anda boleh cuba simpan duit yang jarang kita jumpa seperti wang kertas RM1, RM5 atau RM20. Apabila ada wang kertas RM1, RM5 dan RM20, terus asingkan dan masuk ke dalam tabung. Tetapkan tempoh bulan untuk menyimpan. Untuk bermula, bolehlah cuba teknik ini untuk sebulan.

Jika anda ingin amaun duit simpanan yang tetap setiap bulan, teknik ini mungkin tidak sesuai untuk anda kerana setiap bulan amaunnya mungkin berubah-ubah.

4. Tabung Duit Syiling

cara simpan duit
Sumber Gambar: Hafiz Shafie

Mungkin ramai dah mula buat teknik ini sejak kecil lagi. Anda boleh belajar simpan wang siling dulu jika rasa wang kertas susah disimpan. Teknik ini amat sesuai untuk yang tidak suka letakkan duit syiling di dompet. Jadi bolehlah menyimpan 10 sen, 20 sen dan 50 sen agar tidak berterabur di merata tempat.

Anda boleh sediakan tabung khas untuk kumpulkan duit syiling 50 sen sahaja atau kumpulkan semua duit syiling ke dalam satu tabung. Terpulanglah kepada diri masing-masing

5. Daftar Tabung ‘Auto Deduction’

cara simpan duit
Sumber Gambar: The Vocket

Teknik ini juga dikenali sebagai Teknik Tanpa Sedar. Cara teknik ini berfungsi adalah sebahagian gaji anda akan ditolak terus melalui arahan pemotongan automatik untuk simpanan. Anda juga boleh tetapkan tarikh yang anda ingin membuat auto deduction. Tetapi adalah disarankan untuk terus auto deduct apabila gaji sudah masuk ke dalam akaun.

Selain itu, anda juga boleh membuka 2 akaun simpanan. Satu untuk menerima gaji dan satu lagi sebagai akaun simpanan. Jadi bila gaji dah masuk, bolehlah buat auto deduction dari akaun gaji dan transfer ke akaun simpanan. Contohnya, anda juga boleh membuat amaun potongan yang sama untuk disimpan di Tabung Haji atau ASB.

6. Menabung Guna Teknik Sampul

cara simpan duit
Sumber Gambar: MauKerja

Anda boleh labelkan setiap sampul surat ikut portion. Masukkan duit dalam sampul surat tu dan gunakan duit tu sampai hujung bulan.

Boleh siap-siap tulis atau nomborkan sampul surat itu dengan kategorinya supaya dapat elak daripada digunakan atau terguna lebih daripada bajet sepatutnya. 

Sekiranya lakukan perniagaan dalam talian, duit keuntungan juga dibahagikan. Duit modal jangan diusik kerana itu kegunaan untuk membeli barang perniagaan.

7. Celahan Dompet

cara simpan duit
Sumber Gambar: Rawpixel

Simpan amaun yang anda selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah nak keluarkan.

Amaun yang anda nak selit ikutlah diri masing-masing. Jadi, apabila sedar duit dah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian I.C. kita.

8. Laci Pejabat

Sumber Gambar: Ikea

Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Anda boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek).

Ikutilah kreativiti anda, hiaslah ikut suka. Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.

9. Dalam Komponen Kereta

Sumber Gambar: Pinterest

Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai design yang berbeza. Cuba explore sikit celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. 

Tapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut. Satu tip untuk anda, pastikan anda tidak lupa, jika tidak akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu vacuum bermula.

10. Belakang ‘Casing Handphone’

Sumber Gambar: Business Insider

Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa bawa dompet keluar, tapi handphone? Jarang-jarang akan lupa. Setuju tak? Biasanya, mereka akan letak duit RM10 sehingga RM50 dalam casing handphone, terpulanglah pada diri masing-masing. 

Terdapat juga banyak design casing handphone yang ada kompartmen untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’. Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di Shopee. Cuma pastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.

11. Name tag holder

Sumber Gambar: Lazada

Teknik ini common juga sebab ramai yang simpan duit di dalam name tag mereka waktu bekerja di pejabat. Sama dengan casing handphone, simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila anda keluar makan tengahari kita di pejabat. Atau belilah lanyard untuk gantungkan name tag holder di leher anda untuk mudahkan anda bawakannya bile keluar nanti.

12. Cari tukang simpan

Sumber Gambar: SAYS

Pastikan individu tersebut adalah orang tersayang atau orang yang boleh dipercayai. Kenapa nak berikan duit kepada orang lain untuk simpankan? Sebab mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Lama-lama duit tersebut akan berkumpul.

Jadi setiap bulan asingkan amaun yang anda ingin simpan. Lebih baik jika amaun tersebut adalah 10-20% daripada gaji anda.

13. Simpan dengan pasangan anda

Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan mak. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nak berikan duit kepada orang lain untuk simpankan? Sebabnya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan berkumpul.

14. Kaedah satu per tiga

Apabila gaji atau bayaran masuk ke dalam akaun kita, kita mesti sukar untuk mengatur aliran keluar masuk duit. Satu kaedah yang mudah ialah kaedah satu per tiga. Kaedah ini tidak membebankan anda kerana pecahan simpanan boleh dikatakan maksimum.

Andai kata anda memperoleh bayaran balik cukai, bonus, atau gaji daripada kerja sampingan. Jumlah yang diperoleh itu boleh diagihkan kepada tiga jumlah yang sama. Contohnya jika anda memperolehi RM900, alihkan RM300 ke akaun simpanan paksa rela, RM300 ke akaun simpanan kedua dan selebihnya untuk kegunaan diri sendiri.

Ini merupakan kaedah bijak dan tersusun kerana anda dapat melihat aliran masuk duit yang dengan lebih mudah, membina tabung kecemasan dan berbelanja dengan bijak.

15. Cara unik orang dulu-dulu menyimpan duit

Walaupun orang dulu-dulu tidak mempunyai kemudahan seperti bank simpanan, mereka mempunyai beberapa cara unik dan tips menabung yang anda boleh amalkan. Salah satunya adalah, menyelitkan duit di pasu bunga dan celah-celah buku. Cara ini mungkin kurang selamat, tapi ianya salah satu cara tambahan yang unik untuk anda menyimpan duit kecemasan.

Kesimpulan

Pilihlah teknik atau cara menabung yang anda rasa sesuai dengan keperluan diri masing-masing. Anda boleh mula menabung dengan jumlah yang kecil. 

Yang penting, anda mempunyai disiplin dan konsistensi untuk menyimpan. Mula wujudkan ‘jaringan keselamatan’ kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada kemudian hari.

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

join-telegram_Direct-Lending

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter