Senarai Penuh Dividen Dan Bonus ASB Dari Tahun 1990 Hingga 2021

Senarai Penuh Dividen Dan Bonus ASB Dari Tahun 1990 Hingga 2021

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 23 Disember 2020 dan dikemas kini pada 23 Disember 2021).

Umum sedia maklum, Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun ini.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur hari ini menerusi secara langsung di Facebook rasmi Permodalan Nasional Berhad pagi ini.

Menurut beliau, saiz dana yang besar serta keadaan ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik COVID-19 yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada agihan pendapatan ASB.

Begitupun, dilihat trend penurunan dividen dan bonus itu telah berlaku sejak tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2018 dan terkini pada tahun 2020.

Untuk rekod pada tahun 2019, PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit; manakala pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Berikut di bawah adalah merupakan jumlah dividen dan bonus agihan pendapatan ASB sejak 1990:

Walau bagaimanapun, bonus ehsan pada tahun ini cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sahaja sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB.

Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.

“Pengagihan pendapatan ini memberikan pulangan efektif sebanyak lima peratus kepada pemegang unit 30,000 dan ke bawah, dan bagi pemegang unit melebihi 30,000 mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini.

“Ia adalah tanda penghargaan kami kepada semua unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya.

TERKINI: Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit. Kadar inin lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu. Daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Jadi, bagaimana dengan pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan pengumuman dividen dan bonus pada tahun ini?

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang boleh bantu anda mohon, cari & banding pinjaman yang paling sesuai dengan posisi kewangan anda. Semak kelayakan secara percuma hari ini. 

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan