Beli Kereta Baru atau Kereta Terpakai: Mana Lebih Baik?

Cara Beli Kereta Terpakai dan Kereta Baru

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 15 Oktober 2017 dan dikemas kini pada 10 Nov 2021).

Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang menetap di kawasan bandar, lazimnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Adalah wajar untuk disimpulkan bahawa sebab utama untuk memiliki kenderaan sendiri adalah untuk memudahkan urusan perjalanan. Bagi segelintir masyarakat, menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan kereta di negara ini agak mahal, terutamanya kereta import yang memerlukan pembayaran pelbagai cukai tambahan. Jadi, anda tentu tertanya-tanya sama ada anda patutu beli kereta baru atau beli kereta terpakai, dan cara terbaik beli kereta untuk anda.

Adakah Anda Betul-Betul Perlu Beli Kereta?

Jawapannya bergantung pada situasi anda. Berikut adalah antara soalan-soalan penting yang anda patut tanya pada diri sendiri sebelum membeli kereta:

  1. Apakah bajet keseluruhan saya untuk sebuah kereta?
  2. Adakah saya mampu bayar 10% bayaran pendahuluan untuk kereta tersebut?
  3. Adakah saya layak untuk mohon pinjaman sewa beli (termasuk pinjaman yang sedia ada)?
  4. Adakah saya mampu bayar insurans dan cukai jalan tahunan?
  5. Berapakah lama saya ingin simpan kereta tersebut?
  6. Apakah tujuan saya memiliki kereta ini?

Soalan-soalan ini adalah penting. Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengelakkan diri anda daripada melakukan kesilapan yang besar. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda mungkin ingin cari kereta yang lebih besar seperti sebuah SUV, MPV atau sebagainya.

Akan tetapi, jika anda seorang yang suka mengubahsuai atau ‘modify’ kereta, anda lebih sesuai membeli kereta terpakai kerana tidak perlu berasa bersalah atau sayang untuk menggantikan bahagian-bahagian kereta tersebut. Mari kita melihat perbandingan kereta baru dan kereta terpakai dari segi harga, kos penyelenggaraan, pinjaman dan cukai jalan dan insurans.

Perbandingan Kereta Baru vs Kereta Terpakai

Harga

kereta second hand
Sumber Gambar: Motor Trader

Kereta terpakai secara amnya lebih murah berbanding kereta baru. Harga kereta baru menyusut dengan cepat dan boleh mencapai 50% nilai asal kereta dalam masa 5 tahun sahaja. Marilah kita lihat perbandingan antara kereta baru dan terpakai. Kami akan memilih jenama dan model kereta yang paling digemari oleh rakyat Malaysia sebagai contoh.

Kereta BaruHargaKereta Terpakai (Mudah.my)Harga
Perodua Myvi 1.5 LH 2021RM50,530Perodua Myvi 1.5 SE 2012RM27,800
Perodua Axia 1.0 G 2021RM32,485Perodua Axia 1.0 G 2014RM21,000
Honda City 1.5 S 2021RM74,191Honda City 1.5 S 2013RM42,800

**Harga adalah tepat pada masa penulisan.

Kos Penyelenggaraan

kereta terpakai
Sumber Gambar: Pexels (@Malte Luk)

Untuk kereta yang melebihi 5 tahun umurnya, kos penyelenggaraan dijangka meningkat. Secara puratanya, jangka hayat kereta adalah sekitar 12 tahun mengikuti kajian pada tahun 2018. Ini bermaksud kereta yang lebih tua daripada 12 tahun akan kerap mempunyai isu teknikal yang perlu ditangani dan ini akan memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk kos penyelenggaraan.

Tambahan pula, kebanyakan penjual kereta di Malaysia hanya menawarkan servis warranti perlindungan asas untuk kereta baru selama 5 tahun atau 100,000 km servis waranti. Sebagai contoh, Honda menawarkan 5 tahun servis waranti untuk model terbaru mereka. Jadi kesemua kos pembaikan atau penyelenggaraan selepas tempoh ini anda terpaksa tanggung sendiri.

Oleh itu, anda perlu menyediakan dana untuk situasi tidak dijangka seperti, kerosakan kereta yang memerlukan major service yang mahal. Anda mungkin akan dikenakan bil yang mahal untuk sekali servis dan jika anda tidak mempunyai dana yang cukup, anda boleh gunkan pelan ansuran seperti Pembiayaan Auto Servis untuk bil servis kereta anda. Dengan pelan ini, anda tidak perlu risau akan bil yang mahal kerana anda boleh bahagikan jumlah bil servis kereta kepada 3 atau 6 bulan.

Pinjaman

kereta second hand
Sumber Gambar: Sarinya994

Kereta yang bernilai kurang daripada RM10,000 kemungkinan boleh dibeli dengan tunai dan anda tidak perlu mengambil pinjaman sewa beli daripada bank. Pinjaman yang diambil untuk kereta terpakai biasanya mengenakan faedah yang lebih tinggi, sekitar 3 – 4.45%* manakala pinjaman untuk kereta baru mengenakan faedah serendah rendah iaitu 2.5%* setahun. **Kadar faedah tepat pada masa penulisan.

Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada anda mampu mengambil pinjaman kereta kerana bayaran bulanan (apabila ditambah dengan bayaran bulanan pinjaman lain) tidak sepatutnya melebihi 60% daripada pendapatan anda.

Namun, jika anda merupakan kakitangan kerajaan,anda mempunyai alternatif pembiayaan lain iaitu pinjaman peribadi bank dan koperasi. Anda boleh membeli kereta terpakai dan motosikal dengan kadar lebih murah serendah 2.69%. Anda juga tidak perlu menyediakan sebarang cagaran ataupun penjamin untuk memperolehi pembiayaan tersebut.

Cukai Jalan dan Insurans

Sumber Gambar: Kuprevich

Di samping pinjaman yang mungkin anda perlukan, anda perlu juga berfikir sama ada anda mampu membayar cukai jalan dan insurans kereta yang anda beli itu. Insurans dan cukai jalan biasanya bertambah jika adalah kereta baru atau kereta import manakala kereta terpakai biasanya mempunyai insurans dan cukai jalan yang lebih rendah.

Berikut merupakan jadual perbandingan tahap insurans berdasarkan umur kereta dan model. Anggaran dibuat berdasarkan liputan komprehensif yang standard tanpa polisi tambahan lain (lokasi: Semenanjung, tiada diskaun NCD) dengan penggunaan kalkulator.

Kereta BaruPremium InsuransKereta TerpakaiPremium Insurans
Perodua Myvi 1.5 LH 2021RM1,593Perodua Myvi 1.5 SE 2012RM1002
Perodua Axia 1.0 G 2021RM1,092Perodua Axia 1.0 G 2014RM826
Honda City 1.5 S 2021RM2,208Honda City 1.5 S 2013RM1,392

**Harga adalah tepat pada masa penulisan.

Untuk cukai jalan, bayaran adalah sama untuk kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai. Untuk kenderaan 1.0cc di Semenanjung Malaysia, bayaran setahun adalah RM55 manakala untuk kenderaan 1.5cc adalah RM90.

Patutkah Anda Membeli Kereta Baru ataupun Kereta Terpakai?

beli kereta terpakai
Sumber Gambar: Zigwheels

Kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Kereta baru biasanya dapat reputasi buruk kerana harga mereka menyusut dengan cepat tidak seperti rumah atau harta benda lain. Tetapi kereta baru dapat berfungsi lebih lama berbanding dengan kereta terpakai.

Selain itu, kereta terpakai adalah lebih murah dari segi harga di mana anda mempunyai pilihan untuk membeli kereta dengan tunai. Beli kereta terpakai jika anda tidak kisah untuk memandu kereta model yang lebih lama dan tidak mahu menghabiskan masa dan wang untuk jaga kereta anda. Selain itu, anda juga tidak perlu risau jika nilai kereta akan susut.

Namun, alternatif lain juga adalah anda boleh gunakan kereta baru kurang dari 5 tahun dan jual kereta tersebut di website jual beli kereta jika berniat untuk membeli kereta baru. Cara ini juga lebih jimat dan untung untuk pembelian kereta baru anda.

Jom tonton YouTube video kami untuk penjelasan lanjut tentang perbandingan pembelian kereta terpakai dan kereta second hand.

8 Tips Penting Sebelum Nak Beli Kereta Terpakai

Bagi yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru, kereta terpakai juga boleh menjadi suatu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan jika kena dan betul caranya. 

Pun begitu, harus diingat juga yang ia boleh menjadi suatu kerugian dan bebanan jika tidak dirancang dengan betul.

1. Menetapkan bajet

Menetapkan bajet bersesuaian mengikut tahap kewangan dan kemampuan perlu dilakukan sebelum membeli sebarang kereta terpakai atau second hand

Sebagai contoh, membeli pada harga di bawah RM100,000, menetapkan had bayaran bulanan pinjaman seperti RM500 sebulan dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun bergantung kepada komitmen bulanan masing-masing. 

2. Mengenal pasti usia kereta

Mengenal pasti atau menetapkan usia kereta terpakai yang ingin dibeli juga penting. Sesuaikan carian mengikut keadaan semasa kewangan dan pilihan anda. 

Bagi mengelakkan rambang mata, cuba kecilkan skop pilihan anda dan meneliti semula bajet yang telah ditetapkan agar tidak tersasar dan membebankan. 

3. Mengambil tahu sejarah kereta

Sejarah kereta menjadi salah satu perkara penting sebelum anda membuat keputusan membeli mana-mana kereta terpakai. 

Selidik terlebih dahulu sama ada kereta yang anda berkenan itu pernah ditenggelami banjir, banyak kali bertukar pemilik, terlibat kemalangan besar atau mempunyai had perbatuan terlalu tinggi. 

Luaran sahaja kelihatan cantik tidak menggambarkan keseluruhan isinya, jangan pula anda merana di kemudian hari! 

4. Mengukur had perbatuan (mileage)

Jika anda ingin membeli kereta terpakai, pastikan kereta yang dipilih itu mempunyai ukuran had perbatuan yang rendah atau sederhana. 

Selalunya, semakin tinggi perbatuan, semkin rendah nilai jualan sesebuah kereta terpakai tersebut. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk pada bajet dan usia model kereta yang ingin dibeli. 

5. Melakukan survey secara dalam talian 

Kini, informasi mengenai kereta terpakai boleh didapati secara dalam talian tanpa perlu ke mana-mana premis.

Pelbagai platform dalam talian membolehkan anda menetapkan tapisan (filter) mengikut kesesuaian dan keperluan anda. 

Hanya perlu masukkan bajet yang ditetapkan dan sistem akan memaparkan pilihan model kereta terpakai yang berada dalam lingkungan bajet anda. 

Elakkan terpukau atau tergoda dengan kata-kata yang ditawarkan oleh premis kereta terpakai. Berkemungkinan skil dan kemahiran memujuk dimiliki mereka menyebabkan anda terperangkap dan membeli tanpa menitikberatkan soal bajet. 

6. Meneliti jadual servis 

Cari pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing dan diservis secara konsisten mengikut jadual. Pusat servis akan merekodkan sejarah servis menggunakan sistem tersendiri.

Anda boleh meminta rekod penyelenggaraan atau resit alat ganti daripada pemilik sebagai bukti sekiranya pemilik ada berurusan di bengkel biasa. Ini penting untuk mengetahui jenis alat ganti yang ditukar atau mempunyai kerosakan tertentu.

Sekiranya anda seorang yang pelupa, anda boleh download aplikasi SERV memudahkan untuk anda pantau sendiri dan semak rekod sejarah servis kereta. Anda juga boleh menggunakan SERV untuk membuat temu janji secara online dengan bengkel berdekatan.

7. Memeriksa bahagian luar dan dalam kereta serta kelengkapan asas lain

Anda perlu memeriksa dan memastikan sama ada terdapat sebarang kerosakan. Sekiranya terdapat kerosakan pada mana-mana bahagian dan pemilik tidak mahu mengeluarkan kos untuk membaikinya, cubalah berunding untuk mendapatkan diskaun agar tidak menelan belanja yang besar. 

Pastikan juga peralatan atau kelengkapan asas lain seperti wiper, lampu, soket, signal, penyaman udara, hon kereta, radio, pintu, cermin sisi, bonet, picu tangki minyak, tayar simpanan, panel meter dan sebagainya dalam keadaan berfungsi serta baik. 

8. Memeriksa enjin dan melakukan pandu uji

Enjin merupakan komponen yang penting bagi sesebuah kereta. Sekiranya anda kurang berpengetahuan, minta bantuan rakan yang mahir mengenainya atau rujuk sahaja ke mekanik. 

Mekanik boleh memastikan sama ada enjin berfungsi dalam keadaan baik selain mengesan sama ada terdapat kesan minyak bocor, keadaan radiator, tiada kabel sambungan yang reput atau terputus, tiada komponen tertanggal serta minyak enjin. 

Anda juga mempunyai hak untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli untuk mengetahui tahap kepuasan dan keyakinan. 

Anda boleh menguji kemampuan brek, stereng, pemanduan di pelbagai kawasan dan kelajuan termasuk gear kereta.

Tips Asas Penjagaan Kereta Terpakai

tips penjagaan kereta
Sumber Gambar: Freepik

Penting untuk kita mempelajari asas penjagaan kereta kerana ia bukan sahaja boleh menyelamatkan poket anda tetapi boleh jadi sebagai backup untuk mengelakkan bil servis kereta yang tidak dijangka. Nanti tidaklah anda ditipu atau diketuk bulat-bulat oleh mekanik atau bengkel apabila berlaku sebarang kerosakan pada kenderaan. 

Minyak enjin

Minyak berfungsi untuk memastikan enjin anda dalam kedaaan senyap serta tidak menghadapi sebarang masalah semasa memandu. 

Anda juga perlu tahu minyak yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana minyak enjin ada beberapa jenis seperti berikut;

  • Minyak enjin semi sintetik, boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan
  • Minyak enjin sintetik penuh, boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan

Tekanan angin tayar

Wajib periksa terlebih dahulu tekanan angin tayar sama ada mencukupi atau tidak. Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tayar rosak dan pecah. 

Semak juga keadaan tayar kereta anda sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak. 

Palam pencucuh

Sama seperti minyak hitam, palam pencucuh (spark plug) juga mempunyai had penggunaanya. Palam pencucuh kebiasaannya digunakan dari 30,000 hingga 40,000 km. 

Sekiranya melebihi 40,000 km, disarankan untuk menukar yang bahru kerana elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis dan menyebabkan ia lemah seterusnya menyebabkan kereta anda hilang kuasa dan menjadi semput.

Bateri

Dua jenis bateri kereta, iaitu sel basah dan sel kering. Penjagaan juga agak berbeza, sel basah memerlukan anda mengisi air suling apabila sudah berkurangan dan jangka hayat bateri kereta boleh bertahan selama 2 tahun atau lebih bergantung pada penggunaan. 

Jika bateri mengalami masalah atau lemah, kereta akan sukar untuk dihidupkan dan anda boleh menukar kepada bateri baru atau mengecas bateri tersebut.

Penyejuk radiator

Penyejuk radiator (radiator coolant) berbeza dengan air paip biasa yang mana air coolant akan menjadikan suhu enjin lambat panas dan tidak mendidih serta disarankan untuk menukar air coolant setiap 60,000 km. 

Kesimpulanya, pilihlah kereta mengikut kemahuan and kemampuan kewangan masing-masing. Jika anda belum mampu untuk beli kereta, tidak salah untuk beli motosikal dulu. Anda bukan sahaja dapat jimat kos minyak motor malah kos penyelenggaraan juga mampu milik. Ada beberapa cara terbaik untuk anda yang mahu berjimat, belimotor loan kedai ataupun dapatkan pembiayaaan peribadi daripada pemberi pinjaman wang berlesen. Kadar untuk kedua-dua pembiyaan ini juga tidak jauh beza daripada loan kedai motor.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required