Marketing

Ramai yang masih tidak tahu bahawa jika anda tidak layak membuat pinjaman dengan pihak bank, anda masih mempunyai pilihan lain iaitu pinjaman wang berlesen yang dipercayai di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Antara pilihan paling popular ialah pinjaman kredit komuniti, iaitu pinjaman wang berlesen yang ditawarkan oleh syarikat kredit komuniti berdaftar. Pinjaman ini lebih fleksibel dan mudah diluluskan kerana syarat kelayakannya lebih longgar berbanding pinjaman bank.
Ramai pemohon memilih pinjaman kredit komuniti kerana hanya memerlukan jumlah pembiayaan kecil — biasanya di bawah RM10,000 — dan kelulusan boleh diperoleh secepat 1 hari. Namun, disebabkan proses yang mudah ini, ada pihak tidak bertanggungjawab seperti Ah Long yang menyamar sebagai pemberi pinjaman wang berlesen yang dipercayai. Mereka sering memperdaya pelanggan dengan mengenakan caj pinjaman peribadi tidak munasabah atau menahan kad ATM peminjam, sedangkan tindakan ini melanggar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 di bawah kawalan KPKT.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda tahu perbezaan antara pinjaman wang berlesen yang dipercayai dengan pinjaman AhLong. Berikut ialah cara mohon pinjaman kredit komuniti dengan selamat dan sah di Malaysia.
Kredit komuniti merujuk kepada syarikat pemberi pinjaman wang di Malaysia yang berdaftar dengan KPKT dan mempunyai lesen sah untuk menawarkan pinjaman wang berlesen yang dipercayai kepada pelanggan. Kredit komuniti sebenarnya ialah penjenamaan semula bagi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (“Akta 400”) dan skim pemberi pinjam wang berlesen (PPW) yang diterapkan di bawah kawalan KPKT.
Pembaharuan ini dilancarkan pada April 2019 oleh KPKT dengan objektif utama untuk mewujudkan industri pemberi kredit yang lebih profesional serta menjaga kepentingan komuniti peminjam. Syarikat-kredit komuniti hanya menawarkan perkhidmatan pinjaman wang tunai – bukan produk bank seperti akaun simpanan, kad kredit atau pelaburan – menjadikannya satu rangka pembiayaan alternatif untuk mereka yang memerlukan jumlah kecil serta kelulusan cepat.
Mulai 2025, KPKT melalui Bahagian Kawalan Kredit Komuniti telah memperkenalkan garis panduan baharu bagi pinjaman wang berlesen dalam talian (PPW digital). Semua syarikat kredit komuniti kini wajib mematuhi prosedur dan senarai semak urus niaga dalam talian yang ditetapkan bagi memastikan proses pinjaman lebih selamat dan telus. Dalam pelan strategik 2021–2025 (dipinda 2023), KPKT turut memperkukuh kawal selia agar hanya entiti berlesen dan beretika dibenarkan menawarkan pinjaman wang berlesen yang dipercayai.
Selain itu, Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (Consumer Credit Bill 2025) yang dibentangkan pada Mac 2025 dijangka memberi impak besar kepada industri pinjaman termasuk syarikat kredit komuniti dan penyedia pinjaman digital. KPKT juga menegaskan bahawa kadar faedah maksimum bagi pinjaman tanpa cagaran kekal pada 18% setahun, dan pengguna boleh membuat aduan terhadap pemberi pinjam wang berlesen melalui sistem SISPAA.
Syarikat kredit komuniti di Malaysia dikawal oleh KPKT dan tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Setiap pemberi pinjaman wang berlesen yang sah dan dipercayai wajib mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan, termasuk kadar faedah maksimum, hak-hak peminjam, dan prosedur sah jika berlaku kegagalan bayaran balik pinjaman.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan AhLong atau scammer pinjaman yang mendakwa mempunyai lesen kredit komuniti daripada Bank Negara Malaysia — kerana sebenarnya, lesen pinjaman wang hanya dikeluarkan oleh KPKT, bukan Bank Negara.
Tak ramai sebenarnya yang memohon pinjaman wang berlesen dengan jumlah yang besar, ada yang memerlukan pinjaman untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan jumlah yang rendah dan tempoh pinjaman yang sekejap sahaja. Selain itu, pinjaman kredit komuniti juga boleh dianggap sebagai 'fast cash' jika ada situasi kecemasan kerana tempoh kelulusan lebih cepat berbanding permohonan pinjaman dengan bank komersial yang selalunya mengambil proses yang panjang.
Oleh itu, tidak salah untuk anda cuba alternatif yang lebih cepat dan selamat, iaitu memohon pinjaman peribadi dengan pinjaman wang berlesen atau daripada syarikat kredit komuniti. Syarikat kredit komuniti boleh memproses dan meluluskan permohonan anda dalam masa yang singkat secepat 24 jam.
Ingat! Pinjaman kredit komuniti yang sah dan selamat tidak akan meminta bayaran pendahuluan atau menahan kad ATM anda. Melalui platform Direct Lending, anda boleh mohon pinjaman wang berlesen KPKT dengan amaun serendah RM500 hingga RM20,000, dan tempoh bayaran balik fleksibel antara 3 bulan hingga 4 tahun — semuanya tanpa caj tersembunyi dan 100% percuma untuk mohon.
Direct Lending hanya bekerjasama dengan syarikat kredit komuniti berlesen yang dipercayai, supaya anda boleh mohon pinjaman dengan lebih yakin, cepat dan selamat.
Mohon Pinjaman Kredit Komuniti
Penjawat awam (kecuali Polis & Tentera) yang memerlukan amaun pinjaman yang rendah dan tempoh yang singkat juga layak untuk mohon dan anda tidak memerlukan pengesahan majikan. Kelulusan secepat 24 jam.
Untuk mempercepatkan lagi proses permohonan, lebih baik untuk anda memohon pinjaman peribadi dengan pinjaman wang berlesen KPKT yang berdekatan dengan kawasan anda. Hal ini kerana kebanyakan Syarikat Kredit Komuniti (KK) mewajibkan pemohon untuk datang menandatangani perjanjian pinjaman setelah pinjaman anda diluluskan ke pejabat mereka. Sebagai contoh, pinjaman peribadi Instaduit hanya terbuka untuk warga Lembah Klang sahaja dan anda perlu datang ke pejabat untuk tandatangan perjanjian pinjaman. Untuk makluman, kontrak pinjaman wang berlesen hanya ada 2 jenis iaitu Jadual K (pinjaman bercagar) dan Jadual J (pinjaman tidak bercagar).
Walaupun anda betul-betul terdesak dan perlukan wang dengan cepat, pastikan anda mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima pembiayaan atau memilih pinjaman kredit komuniti. Ramai mangsa penipuan pinjaman wang berlesen terkena kerana dipaksa dan diugut untuk membayar jumlah wang kononnya untuk meluluskan pinjaman peribadi dengan kadar segera. Namun, pinjaman kredit komuniti yang sah tidak meminta sebarang bayaran dan duit advance daripada pemohon.
Ada juga yang pernah DM kami mengadu kononnya mereka dijanjikan amaun pinjaman akan dimasukkan selepas membayar deposit terlebih dahulu. Malangnya, selepas bayaran dibuat, barulah mereka sedar telah ditipu oleh scammer.
Jika anda mengalami situasi seperti ini, jangan teruskan sebarang bayaran, block nombor tersebut dan segera buat laporan polis. Untuk keselamatan, anda juga boleh semak dan mohon hanya melalui platform rasmi Direct Lending supaya permohonan anda dijamin sah dan selamat.
1. Bayar wang pendahuluan sebelum peroleh pinjaman
2. Perlu memberi kad ATM atau kad debit
3. Tidak pernah mohon pinjaman atau jumlah pinjaman lebih daripada apa yang dimohon
4. Tawaran atau skim pinjaman yang terlalu bagus
5. Dipaksa untuk bertindak segera
6. Maklumat peribadi yang diminta adalah mencurigakan
Walaupun sesetengah syarikat pinjaman mendakwa mereka mempunyai lesen sah di bawah KPKT anda masih perlu berhati-hati sebelum meneruskan permohonan. Ini kerana masih ramai scammer dan AhLong yang menyamar sebagai syarikat kredit komuniti berlesen untuk memperdaya peminjam.
Untuk elak ditipu, anda boleh semak status syarikat kredit komuniti melalui aplikasi i-Kredikom, iaitu platform rasmi yang dibangunkan oleh KPKT bagi membantu orang ramai mengenal pasti syarikat pinjaman wang berlesen yang dipercayai. Anda hanya perlu masukkan nama atau nombor lesen syarikat bagi mengesahkan sama ada lesen tersebut masih sah dan aktif di bawah KPKT. (Buat masa ini, data i-Kredikom hanya meliputi Semenanjung Malaysia.)
Selain semakan lesen, aplikasi ini juga menyediakan maklumat lengkap tentang prosedur pinjaman wang berlesen KPKT, hak peminjam, serta amaran tentang taktik penipuan yang biasa digunakan oleh Ah Long. Untuk panduan langkah demi langkah, anda boleh tonton video rasmi KPKT tentang cara menggunakan i-Kredikom untuk mengelak penipuan pinjaman.
Walaupun anda boleh semak senarai syarikat kredit komuniti dengan app seperti i-Kredikom, pastikan anda tetap berhati-hati dengan penipuan pinjaman wang berlesen. Tonton video ini untuk info lanjut.
Syarikat kredit komuniti ini sedia maklum dengan situasi peminjam, terutamanya untuk yang memerlukan pinjaman wang dengan segera untuk kecemasan. Oleh itu, cuba untuk memohon pinjaman peribadi dengan amaun yang sikit dahulu dan mempunyai kadar faedah yang rendah. Jika amaun pinjaman yang rendah dan tempoh yang singkat, anda akan lebih cepat untuk membayar habis pinjaman tersebut dan dapat melangsaikan hutang jahat dengan lebih cepat. Anda juga dapat meyakinkan kredit komuniti tersebut, dan kadar kelulusan untuk permohonan seterusnya lebih cepat lulus berbanding pertama kali memohon pinjaman peribadi.
Untuk kakitangan kerajaan, anda boleh memohon dengan beberapa pinjaman bank dan koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah serendah 2.97% setahun. Terdapat beberapa pinjaman bank & koperasi yang boleh anda mohon di platform Direct Lending.
*kadar faedah adalah tepat semasa artikel ditulis dan adalah berdasarkan kelayakan peminjam. Semak kelayakan untuk dapat tahu pajek pinjaman anda.

Sebelum anda memohon pinjaman wang berlesen KPKT, mungkin masih ramai ragu-ragu dan tak tahu perbezaannya dengan Ahlong. “Pemberi pinjaman wang berlesen ni Ahlong ke?”
Terdapat beberapa perbezaan pinjaman wang berlesen dengan Ah long. Ringkasnya, pemberi pinjaman wang berlesen diselia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Jika berbanding dengan Ahlong, mereka akan tentukan segala peraturan dan kadar faedah mencecah 30% lebih tinggi. Pinjaman wang berlesen KPKT pula hanya boleh menetapkan kadar faedah sehingga 18% setahun.
Kebanyakan Ahlong tidak menyediakan perjanjian pinjaman, pemohon boleh dapat wang dengan cepat tanpa menandatangani sebarang loan agreement berbanding dengan pinjaman wang berlesen perjanjian pinjaman akan disahkan oleh pihak ketiga seperti Peguam, Pegawai Undang-Undang atau Suruhanjaya Sumpah.
Jika anda masih kurang pasti, boleh hubungi atau rujuk maklumat berkenaan pemberi pinjaman wang berlesen KPKT atau syarikat kredit komuniti di laman web rasmi KPKT dan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan pinjaman kredit komuniti boleh dibuat melalui laman KPKT.
Kebanyakan pinjaman peribadi daripada syarikat kredit komuniti ini, hanya menawarkan amaun sehingga RM20,000 sahaja. Jika anda memerlukan amaun yang lebih besar, anda juga boleh mohon pinjaman bank dan koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan.
Pinjaman koperasi juga boleh digunakan untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai atau baiki rumah, beli kereta atau motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan yang lain. Pembiayaan daripada bank & koperasi ini menawarkan kadar serendah 2.97% atau kelulusan secepat 2 hari bekerja.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi selamat dan patuh syariah daripada bank dan koperasi yang terbaik untuk anda.
Semak Kelayakan Pinjaman secara Percuma
Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 14 July 2021 dan dikemaskini semula pada 22 Oktober 2025.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.