Marketing

Adakah permohonan pinjaman peribadi anda pernah ditolak kerana mempunyai rekod negatif CCRIS, CTOS, atau disenaraikan di bawah program AKPK dan Akaun Perhatian Khas (SAA)?
Jangan risau, masih ada jalan penyelesaian. Bagi penjawat awam, terdapat beberapa koperasi yang masih menerima permohonan pinjaman walaupun anda mempunyai tunggakan dalam laporan kredit atau sedang berada di bawah pemantauan AKPK/SAA. Artikel ini akan terangkan bagaimana anda masih boleh mohon pinjaman dan cara untuk memperbaiki rekod kredit anda.
Syarat kelulusan untuk pinjaman peribadi koperasi lebih mudah berbanding pinjaman bank komersial kerana bayaran balik dibuat melalui pemotongan gaji ANGKASA. Oleh itu, pinjaman koperasi menjadi pilihan terbaik bagi pemohon yang permohonannya ditolak disebabkan rekod CCRIS dan CTOS yang tidak cantik, termasuk mereka yang disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas (SAA) atau program AKPK.
Artikel ini juga akan menerangkan maksud SAA, apa yang perlu anda tahu tentang AKPK loan, serta membandingkan senarai pinjaman peribadi koperasi terbaik untuk penjawat awam. Semua pinjaman koperasi yang disenaraikan adalah tidak bercagar dan patuh syariah, jadi anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk memohon.
Ramai yang tertanya, apa maksud SAA dalam laporan CCRIS?
SAA (Special Attention Account) atau Akaun di Bawah Pemerhatian Khas ialah rekod hutang yang dikategorikan oleh bank sebagai akaun berisiko tinggi atau mempunyai tunggakan serius.
Biasanya, pinjaman yang mempunyai tunggakan melebihi 3 bulan akan diklasifikasikan sebagai NPL (Non-Performing Loan) dan direkodkan sebagai SAA. Akaun ini akan berada di bawah pemantauan khas oleh pihak bank.
Pihak bank juga boleh mengeluarkan notis tindakan undang-undang yang menyatakan jumlah tunggakan yang perlu diselesaikan untuk “clear” rekod SAA daripada laporan CCRIS anda.
Jika anda tidak menyelesaikan tunggakan, anda akan sukar mendapatkan pinjaman baharu daripada bank.
Rekod SAA hanya akan hilang selepas anda membuat Full Settlement atau penyelesaian penuh terhadap pinjaman tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa koperasi yang masih membenarkan pemohon dengan rekod SAA untuk memohon pinjaman baru, biasanya melalui penyatuan hutang (debt consolidation) bagi menyelesaikan tunggakan pinjaman yang tersenarai di dalam CCRIS.
Ramai yang mencari AKPK loan kerana ingin menyelesaikan hutang tertunggak atau mencari semula ruang kewangan selepas menyertai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Untuk makluman, AKPK tidak menawarkan pinjaman peribadi baharu. Sebaliknya, mereka menyediakan Program Pengurusan Hutang (Debt Management Programme - DMP) bagi membantu individu urus dan bayar semula hutang sedia ada dengan kadar faedah lebih rendah.
Namun, ada koperasi terpilih yang boleh menawarkan pinjaman peribadi untuk ahli AKPK, seperti:
Pinjaman ini biasanya bertujuan untuk penyatuan hutang (debt consolidation) — iaitu membantu ahli AKPK selesaikan baki hutang sedia ada dan baik pulih rekod kredit.
Setiap permohonan masih tertakluk kepada terma dan syarat koperasi, termasuk semakan dengan pihak AKPK.
💡 Contoh situasi:
Jika anda sedang berada dalam program AKPK, tetapi mampu menunjukkan bayaran konsisten selama beberapa bulan, sesetengah koperasi mungkin mempertimbangkan permohonan anda untuk AKPK loan khas penyelesaian hutang.
Secara umum, AKPK tidak terlibat dalam proses kelulusan pinjaman baru. Mereka hanya membantu anda menguruskan semula hutang supaya anda dapat stabilkan semula kewangan.
Namun, selepas anda menunjukkan rekod bayaran konsisten di bawah program AKPK (biasanya 6 hingga 12 bulan), rekod CCRIS anda akan bertambah baik, dan peluang untuk mohon pinjaman baru juga meningkat.
Jika anda ingin semak jenis pinjaman yang sesuai selepas program AKPK, anda boleh gunakan khidmat semakan kelayakan percuma melalui platform seperti Direct Lending.
Kami senaraikan 6 pinjaman peribadi koperasi yang boleh dimohon oleh kakitangan kerajaan walaupun mempunyai rekod CCRIS, CTOS atau disenaraikan di bawah program AKPK.
Untuk pinjaman peribadi koperasi, potongan gaji yang dibenarkan adalah sehingga 60% daripada pendapatan kasar. Ingat ya, walaupun sebilangan koperasi ini fleksibel untuk menerima peminjam dengan rekod kredit yang kurang cantik, ini tidak bermakna pinjaman peribadi tersebut dijamin 100% lulus. Ia masih memerlukan proses dokumentasi dan kelulusan kredit yang teratur oleh pihak koperasi.
Berikut adalah jadual perbandingan pinjaman peribadi koperasi yang menerima peminjam dengan rekod negatif CCRIS, CTOS dan AKPK yang dapat membantu anda membandingkan serta membuat keputusan terbaik.
Senarai Pinjaman Peribadi Koperasi Untuk Peminjam Dengan Masalah CCRIS/CTOS/SAA/AKPK
| Pinjaman Peribadi | Komitmen Tinggi Luar Slip Gaji | CCRIS/Rujukan Perdagangan | CTOS/Rujukan Perdaganga | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|---|
| Kuwait Finance House MCCM | Terima | Terima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia | CTOS kurang dari RM2,000 diterima | Terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia | Tidak Terima |
| Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dan Yayasan Dewan Perlis | Terima | Terima | CTOS kurang dari RM30,000 diterima | Terima | Terima |
| KOBETA | Terima | Terima | CTOS kurang dari RM20,000 diterima | Terima | Tidak Terima |
| UKHWAH | Terima | Terima tetapi tertakluk kelulusan pihak UKHWAH | Terima tetapi tertakluk kelulusan pihak UKHWAH | Terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia | Tidak Terima |
| KOPUTRI | Terima | Terima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia | CTOS kurang dari RM5,000 | Terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia | Tidak Terima |
| Co-op Bank Pertama (CBP) | Terima | Tunggakan perlu dijelaskan terlebih dahulu | Terima bagi CTOS bukan di bawah bank. CTOS di bawah perbankan perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia | Tidak Terima | Tidak Terima |

Pinjaman peribadi Kuwait Finance House menerima peminjam yang ada rekod seperti berikut:
| Komitmen Luar | CCRIS | CTOS | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|
| Kira komitmen luar slip gaji (kereta, kad kredit etc)Terima tetapi perlu jelaskan tunggakan dulu | Terima tetapi perlu jelaskan tunggakan dulu | Terima tapi CTOS kurang RM2K perlu dijelaskan dengan pinjaman tersedia | Terima tapi perlu jelaskan dengan pinjaman tersedia | Tidak Terima |
Mengenai Pinjaman Peribadi Kuwait Finance House
Kriteria Peminjam: Pekerjaan tetap dengan minimum 3 bulan perkhidmatan, ppendapatan minimum RM3,000 sebulan
Pinjaman peribadi dari Kuwait Finance House (KFH) sesuai bagi peminjam yang mahukan kepastian komitmen setiap bulan tanpa perlu risau penambahan bayaran bulanan disebabkan oleh OPR. Peminjam boleh overlap pinjaman kadar terapung dengan pinjaman peribadi kadar tetap 4.50% dan peminjam akan terima 100% payout daripada amaun pinjaman.
Kriteria kelayakan Kuwait Finance House lebih kurang sama dengan CBP iaitu akan mengira komitmen luar slip gaji peminjam seperti baki kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan lain-lain. Oleh itu, ia sesuai untuk menyatukan pinjaman yang mahal dengan kadar pinjaman tetap daripada KFH.
KFH juga menerima permohonan dengan masalah CCCRIS, CTOS & SAA dengan syarat tunggakan tersebut diselesaikan dengan memohon pinjaman daripada KFH. Bagi yang mempunyai rekod AKPK pula, tidak dibenarkan untuk membuat permohonan.
Proses permohonan ini biasanya dalam 1 -2 minggu. Setelah peminjam menghantar borang, permohonan dan kelulusan akan diproses secara langsung oleh Kuwait Finance House. Selepas itu, anda cuma perlu pergi ke cawangan mereka untuk menandatangani surat tawaran. Pembiayaan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.
Mohon Pinjaman Peribadi Kuwait Finance House

Pinjaman peribadi YIR dan YYP menerima peminjam yang ada rekod seperti berikut:
| Komitmen Luar | CCRIS | CTOS | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|
| Komitmen tinggi di luar slip gaji diterima | Tunggakan pinjaman di CCRIS diterima | CTOS bawah RM30,000 diterima | Terima | Tidak Terima |
Kadar Faedah: Tetap bermula dari 6.65% setahun
Berikut adalah 3 pakej pembiayaan ditawarkan oleh YIR atau YYP berdasarkan skor kredit peminjam.
| Skor Kredit Tinggi | Skor Kredit Rendah |
| Kadar 6.65% dengan pembayaran payout 84% | Kadar 8.88% dengan pembayaran payout 77% |
| - | Kadar 9.99% dengan pembayaran payout 74% |
Kriteria Peminjam: Pekerjaan tetap dengan minimum 6 bulan perkhidmatan, pendapatan kasar minimum RM1,500 sebulan
Pinjaman Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) merupakan pilihan tepat sekiranya anda memerlukan dana diterima dengan pantas. Melalui YIR dan YYP, dana akan dimasukkan ke dalam akaun bersamaan 2 hari bekerja apabila dokumen lengkap diterima.
Fleksibiliti ditawarkan oleh YIR dan YYP ialah dengan menerima peminjam yang mempunyai komitmen yang tinggi, rekod CCRIS tertunggak, jumlah CTOS kurang dari RM30,000, juga disenaraikan di bawah SAA dan AKPK.
Perbezaan antara YIR dan YYP adalah kaedah bayaran balik. Untuk YIR bayaran balik adalah adalah melalui pemotongan gaji dan untuk YYP pula menerusi ANGKASA. Pastikan anda menghubungi ejen masing-masing untuk menerima pakej faedah terbaik.
Mohon Pinjaman Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat Mohon Pinjaman Peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis

Pinjaman peribadi KOBETA menerima peminjam yang ada rekod seperti berikut:
| Komitmen Luar | CCRIS | CTOS | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|
| Komitmen tinggi di luar slip gaji diterima | Tunggakan pinjaman di CCRIS diterima | CTOS tersenarai di bawah bank perlu dijelaskan, bukan perbankan kurang dari RM20,000 diterima | Terima | Tidak Terima |
Kriteria Peminjam: Pekerjaan tetap dengan minimum 6 bulan perkhidmatan, pendapatan minimum: RM1,500 sebulan
Pinjaman peribadi KOBETA sesuai untuk individu yang mempunyai negatif CCRIS dan rekod SAA. Namun, sekiranya terdapat rekod CTOS dari institusi perbankan, peminjam perlu menyelesaikan pinjaman tersebut terlebih dahulu. Sekiranya bukan dari institusi perbankan dengan tunggakan di bawah RM20,000, ia masih boleh diterima untuk meneruskan pinjaman peribadi KOBETA. Bagi peminjam yang disenaraikan di bawah program AKPK, ia tertakluk kelulusan pihak KOBETA.
Pinjaman peribadi KOBETA juga sesuai bagi peminjam sedia ada KOBETA yang mencari pinjaman peribadi dengan kadar faedah tetap yang rendah serta komitmen tinggi di luar slip gaji atau bertujuan membersihkan dan menjelaskan rekod negatif CTOS atau SAA menerusi pinjaman ini.
Secara amnya, sekitar 2 minggu masa diperlukan bagi peminjam menerima keseluruhan dana. Peringkat kelulusan pula sekitar 2-3 hari atau 5 hari dan lebih untuk pembiayaan tersebut dimasukkan ke dalam bank akaun anda. Terdapat bayaran pendahuluan 3 bulan yang ditolak dari pinjaman peribadi tersebut dan yuran keahlian RM30 bulanan untuk peminjam kali pertama.
Mohon Pinjaman Peribadi Koperasi KOBETA

Pinjaman peribadi UKHWAH menerima peminjam yang ada rekod seperti berikut:
| Komitmen Luar | CCRIS | CTOS | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|
| Komitmen tinggi luar slip gaji diterima | Berdasarkan kes-kes tertentu tertakluk kelulusan Koperasi Ukhwah | Berdasarkan kes-kes tertentu, tertakluk kelulusan Koperasi Ukhwah | Terima tapi tunggakan perlu diselesaikan dulu dengan pinjaman tersedia | Tidak Terima |
Kriteria Peminjam: Pekerjaan tetap dengan minimum 8 bulan perkhidmatan, pendapatan minimum RM1,800 sebulan
Bagi peminjam yang mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi disarankan untuk memohon pembiayaan peribadi UKHWAH. Sekiranya peminjam mempunyai rekod CCRIS atau CTOS, ia akan dinilai berdasarkan kes-kes tertentu oleh pihak koperasi UKHWAH. Jika terdapat rekod di bawah SAA, UKHWAH masih menerima bayaran peminjam tersebut yang dijelaskan melalui pinjaman peribadi tersedia.
Pinjaman peribadi UKHWAH menawarkan kadar faedah yang agak rendah, iaitu 4.99% pinjaman tetap selama 4-10 tahun dan 4.35% bagi pinjaman 1-3 tahun. Walaupun terdapat kelonggaran dan kadar faedah rendah ditawarkan UKHWAH, tempoh masa pemprosesan adalah sekitar 2-3 minggu manakala sekitar 3-5 hari untuk pinjaman diluluskan. Kelulusan dana pula mengambil masa sekitar 2 minggu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peminjam.
Mohon Pinjaman Peribadi UKHWAH

Pinjaman peribadi KOPUTRI menerima peminjam yang ada rekod seperti berikut:
| Komitmen Luar | CCRIS | CTOS | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|
| Komitmen tinggi di luar slip gaji diterima | Terima tapi tunggakan pinjaman lebih 2 bulan perlu diselesaikan dulu | CTOS kurang RM5,000 masih diterima | Terima tapi tunggakan pinjaman perlu diselesaikan dulu | Tidak Terima |
Kriteria Peminjam: Pekerjaan tetap dengan minimum 8 bulan perkhidmatan, pendapatan minimum RM1,800 sebulan
Pilihan ini adalah sesuai bagi peminjam yang inginkan pinjaman kadar faedah tetap yang rendah dengan bayaran payout tinggi termasuk komitmen tinggi di luar slip gaji. Peminjam yang mempunyai rekod bayaran tertunggak CCRIS kurang dari 2 bulan dan jumlah CTOS kurang dari RM5,000 layak untuk memohon. Individu yang mempunyai rekod SAA juga layak memohon dengan akaun tertunggak dijelaskan sepenuhnya melalui pinjaman tersedia.
Pinjaman peribadi KOPUTRI boleh membantu menyelesaikan masalah kewangan terutamanya apabila anda perlu membersihkan rekod SAA atau CTOS. Anggaran tempoh pemprosesan sekitar 6-8 hari bekerja untuk pembiayaan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.
Selepas penyerahan dokumentasi lengkap, anda akan mendapat kelulusan dalam masa 3-4 hari, kemudian 3-4 hari seterusnya untuk wang dimasukkan ke dalam akaun bank.
Bagi bayaran pinjaman bulanan, terdapat yuran keahlian bulanan sebanyak RM10 dan RM30 sumbangan untuk 'Tabung Anggota'. Sumbangan ini akan dikembalikan setelah pinjaman anda selesai. Maklumkan pihak KOPUTRI sekiranya anda ingin membatalkan keahlian kerana ia memerlukan sedikit masa untuk wang dikembalikan.
Setelah pinjaman anda diluluskan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan CIMB. Sekiranya anda tidak memiliki akaun simpanan CIMB, boleh memohon pinjaman terlebih dahulu dan buka akaun apabila pinjaman telah lulus.
Mohon Pinjaman Peribadi Koperasi KOPUTRI

Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama (CBP) menerima peminjam yang ada rekod seperti berikut:
| Komitmen Luar | CCRIS | CTOS | SAA | AKPK |
|---|---|---|---|---|
| Kira komitmen luar slip gaji (kereta, kad kredit etc) | Terima tapi tunggakan pinjaman lebih 2 bulan perlu diselesaikan dulu | CTOS tersenarai di bawah bank perlu dijelaskan, bukan perbankan kurang dibenarkan | Tidak Terima | Tidak Terima |
Kriteria Peminjam: Pekerjaan tetap dengan minimum 3 bulan perkhidmatan, pendapatan minimum RM2,000 sebulan
Pinjaman peribadi dari Co-opbank Pertama sesuai bagi peminjam yang mencari pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah. Peminjam mempunyai pilihan untuk pinjaman sehingga RM200,000 bagi tempoh maksimum, iaitu 10 tahun.
Kriteria kelayakan CBP lebih ketat berbanding pinjaman koperasi lain. CBP mempertimbangkan komitmen luar seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan lain-lain. Sekiranya anda mempunyai tunggakan terkini melebihi 2 bulan dalam mana-mana bulan terkini bagi komitmen tersebut, anda perlu menyelesaikan tunggakan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.
Sekiranya anda mempunyai rekod CTOS, iaitu rekod yang disenaraikan di bawah bank, ia perlu dijelaskan sebelum memohon pinjaman CBP, namun rekod CTOS yang disenaraikan di bawah kategori bukan bank masih diterima. Bagi yang mempunyai rekod SAA dan AKPK pula, tidak dibenarkan untuk membuat permohonan.
Permohonan dan pemprosesan pinjaman lebih mudah di mana anda hanya perlu menunjukkan salinan kad pengenalan, slip gaji terkini dan borang persetujuan. Berdasarkan itu, CBP mampu menyediakan pra persetujuan sebut harga dalam masa 2-3 hari. Setelah bersetuju dengan pra persetujuan sebut harga berkenaan, anda diminta menandatangani borang BIRO ANGKASA serta surat pengesahan majikan.
Mohon Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama (CBP)

Oleh hal yang demikian, sekiranya anda seorang penjawat awam dan sedang mencari pinjaman peribadi serta tertanya-tanya antara bank dan koperasi, manakah pinjaman peribadi yang sesuai? Berikut dua senario untuk anda membuat perbandingan dan mengambil keputusan terbaik:
A: Sekiranya anda mencari pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang lebih rendah dan mempunyai rekod kredit baik, iaitu tiada tunggakan dalam CCRIS atau CTOS serta tidak disenaraikan di bawah SAA dan AKPK; pinjaman peribadi BANK pilihan terbaik untuk anda.
B: Sekiranya anda memerlukan wang tambahan dengan kadar segera, tetapi mempunyai rekod negatif CCRIS atau CTOS serta disenaraikan di bawah SAA atau AKPK; pinjaman peribadi KOPERASI pilihan yang boleh dipertimbangkan kerana ia memberikan sedikit kelonggaran dalam meluluskan kreditnya.
Semua pinjaman peribadi koperasi yang dinyatakan di dalam artikel ini, tidak memerlukan anda untuk membayar sebarang caj pemprosesan atau melakukan pembayaran sebelum bersetuju dengan pinjaman peribadi tersebut. Sekiranya terdapat sebarang caj, ia akan ditolak secara terus dari jumlah pinjaman yang diluluskan.
Berhati-hati semasa memohon pinjaman peribadi kerana kes penipuan pinjaman semakin meningkat. Pemberi pinjaman yang sah TIDAK AKAN meminta sebarang bayaran pendahuluan atau bayaran pemprosesan. Sebagai contoh; ada situasi di mana scammer pinjaman peribadi akan meminta bayaran pendahuluan untuk bersihkan skor kredit anda. Oleh itu, penting untuk anda tahu segalanya tentang CCRIS dan CTOS dan perbezaannya sebelum memohon mana-mana pinjaman.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan pinjaman peribadi koperasi yang sesuai untuk anda, semak kelayakan anda secara 100% percuma di platform Direct Lending. Konsultan profesional kami dapat membantu anda cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai mengikut keadaan kewangan anda.
SAA bermaksud Special Attention Account — akaun yang dianggap berisiko tinggi atau mempunyai tunggakan lebih 3 bulan oleh bank.
Tidak, AKPK tidak beri pinjaman. Mereka bantu anda urus semula hutang melalui program DMP supaya bayaran bulanan jadi lebih mampu.
Anda perlu selesaikan tunggakan, ikut jadual bayaran DMP, dan tunggu rekod CCRIS dikemaskini selepas 6–12 bulan pembayaran konsisten.
Jika anda sedang dalam program AKPK atau mempunyai akaun SAA dalam CCRIS, anda masih boleh rancang semula kewangan anda.
Direct Lending boleh bantu semak kelayakan pinjaman yang sesuai selepas anda stabil semula — klik di sini untuk semak kelayakan secara percuma.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia. Kami bantu anda untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai dengan anda. Perkhidmatan kami 100% tiada caj. Tiada sebarang caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan yang diperlukan.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 29 Mac 2021 dan dikemas kini pada 23 Oktober 2025).
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.