''Gaji RM3K Tapi Bank Reject Permohonan Kad Kredit" Ini 7 Sebab Utama

”Gaji RM3K Tapi Bank Reject Permohonan Kad Kredit” Ini 7 Sebab Utama


Lumrah manusia bila kena reject akan down, frust, sedih, marah pun ada. Tak kisahlah kalau pernah kena reject bila mohon kerja, kena reject dengan crush ke….Tapi, yang paling sakit tak boleh bincang kalau kena reject dengan bank!

Jika anda pernah kena tolak dengan bank terutamanya untuk permohonan kad kredit, jangan putus asa untuk cuba lagi. Tak semestinya, permohonan pertama gagal anda tidak layak untuk cuba lagi. Mungkin ada kesalahan yang tidak sengaja semasa permohonan atau ada kriteria dalam permohonan yang anda terlepas pandang.

Ini antara sebab-sebab utama permohonan kad kredit ditolak.

1. Tidak Mencapai Kriteria Dalam Syarat Kelayakan

Sumber Gambar: Freepik

Setiap bank sudah mula membuat promosi untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad kredit. Bila sudah dikaburi dengan free gift, cash back dll, pengguna akan cenderung membuat keputusan segera dengan memohon kad kredit tanpa menyemak betul-betul syarat kelayakan yang diperlukan. Anda perlu pastikan semak dengan teliti semua syarat-syarat tersebut seperti gaji minimum, umur, status pekerjaan dll untuk memudahkan urusan selanjutnya.

2. Dokumen dan Maklumat Dalam Borang Tidak Lengkap

kontrak-pinjaman-direct-lending

Sumber Gambar: Freepik

“Dah besar panjang pun isi borang tak reti ke?” Eh, jangan gelak, kejadian macam ini adalah normal apabila mengisi borang permohonan lebih-lebih lagi jika anda berurusan dengan pihak bank atau jabatan kerajaan. Pelbagai jenis dokumen yang akan diminta untuk menyokong permohonan kad kredit anda. Selalunya, anda perlu mengemukakan penyata KWSP terkini dan Kad Pengenalan bersama dengan permohonan anda. Jadi, pastikan tiada kesilapan atau dokumen yang tak lengkap semasa membuat permohonan.

3. Pendapatan Tidak Stabil

resign-direct

Sumber Gambar: Freepik

Pemohon yang mempunyai sumber pendapatan yang stabil adalah syarat wajib untuk mendapat kelulusan daripada bank. Bank akan pastikan pemohon mampu untuk membayar kad kredit dengan konsisten sebelum meluluskan permohonan. Jika anda baru sahaja mula bekerja, atau telah menganggur untuk seketika, mungkin lebih baik untuk tunggu sekurang-kurangnya enam bulan dalam pekerjaan baru supaya anda dapat menunjukkan pendapatan yang konsisten sebelum memohon kad kredit.

4. Mempunyai Terlalu Banyak Kad Kredit

Sumber Gambar: ringgitplus

Bank Negara Malaysia telah menetapkan 2 kad kredit sahaja untuk invidu yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun. Anda boleh membatalkan satu kad dahulu, kemudian baru memohon yang lain.

5. DSR (Debt Service Ratio)

Sumber Gambar: Freepik

Jika anda sudah mempunyai hutang yang terlalu banyak, DSR (Debt Service Ratio) akan menunjukkan rekod yang buruk. Selain laporan kredit, bank juga akan menggunakan DSR sebagai rujukan untuk menentukan permohonan kad kredit anda ditolak atau diterima. Nisbah DSR yang disarankan dan mempunyai peratusan kelulusan yang tinggi adalah tidak lebih daripada 70% (gaji bersih RM3k ke atas) atau 60% (gaji bersih RM3k ke bawah). Rujuk cara pengiraan DSR di sini. 

6. Mohon Terlalu Banyak Kad Kredit Pada Masa Yang Sama

Sumber Gambar: Freepik

Mungkin ada yang menganggap kalau mohon banyak-banyak kad dalam masa yang sama, peluang untuk permohonan diterima lebih tinggi. Kononnya kalau satu permohonan kad kredit ditolak ada backup untuk permohonan yang lain. Ramai yang tak sedar setiap permohonan kad kredit anda akan direkodkan dalam laporan CCRIS anda. Jika anda melakukan permohonan untuk beberapa kad dan tidak lulus, ini akan membuat anda kelihatan sebagai tidak mempunyai kepercayaan kredit yang baik. Jadi, jika permohonan anda ditolak adalah lebih baik untuk tunggu dalam 3-6 bulan lagi sebelum membuat permohonan baru.

7. Tidak Semak Laporan Kredit Sebelum Mohon


Sumber Gambar: Freepik

Bila semua kriteria dah lepas dan semua dokumen sudah lengkap tak semestinya menjanjikan permohonan kad kredit anda lulus. Syarat paling penting untuk lulus adalah, pemohon mampu untuk bayar kad kredit dengan konsisten dan selain daripada DSR, pastikan tiada rekod buruk dalam laporan kredit anda. Pihak bank tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan anda sekiranya anda mempunyai skor kredit yang tidak cantik dan berisiko. Pastikan tiada tunggakan bayaran komitmen atau bil dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mohon. Macam mana nak semak? Klik sini untuk dapatkan info laporan skor kredit.

Akhir kata, ada beberapa lagi faktor-faktor kecil seperti umur, pekerjaan dll. Tetapi, 7 faktor ini adalah perkara yang perlu diberi lebih perhatian sebelum memohon kad kredit. Walaupun anda rasa ianya adalah kesilapan kecil sahaja, tapi ia turut melambatkan proses untuk anda menerima kad kredit.

Jika gagal, anda kena tunggu 3-6 bulan lagi untuk buat permohonan baru. Lama sangat? Ada juga alternatif lain yang boleh kami cadangkan iaitu dengan memohon pembiayaan peribadi. Selain kadar kelulusan yang lebih cepat, jumlah pembiayaan juga lebih banyak berbanding kad kredit. Jika berminat, konsultan kami akan bantu anda cari, banding dan mohon pinjaman koperasi yang sesuai berdasarkan keperluan dan kriteria. TIADA CAJ PENDAHULUAN, TIADA CAJ PEMPROSESAN DIKENAKAN 100% PERCUMA!

Tonton video ini untuk penjelasan lebih lanjut!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *