Tak Sampai Hujung Bulan Dah Pening Kepala, Ini Cara Mengurus Kewangan Negatif

Lumrah menjadi seorang yang ‘makan gaji’ setiap hujung bulan mesti akan serabut atau pening kepala apabila baki duit yang tinggal dah berada di paras bahaya.

Lagi parah, kita tak tahu pun ke mana duit yang dibelanjakan itu pergi ke mana. Tiba-tiba sahaja rasa cepat sangat dah habis.

Kalau jadi seperti ini. Ada beberapa perkara yang perlu kita kena semak supaya kewangan kita menjadi positif dan lebih baik. Takdalah, setiap bulan negatif sahaja kita tengok.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra di laman Facebook miliknya ada berkongsikan bagaimana tips untuk uruskan kewangan negatif.

Jom kita lihat di bawah:

1. Tahu ke mana wang yang dibelanjakan?

Sumber Gambar: Freepik (@Kucherav)

Kalau tak tahu, inilah masanya anda perlu catatkan segala dan setiap perbelanjaan yang dibuat.

Sebagai contoh, hari ini anda telah mengeluarkan belanja sebanyak RM30 dan baki tinggal RM5. Daripada jumlah tersebut anda senaraikan seperti ini:

RM5 – Isi Minyak Motor

RM5 – Sarapan Pagi

RM10 – Makan Tengahari

RM5 – Surat Khabar dan Makanan Ringan

Jumlah: RM25 

Baki: RM5

2. Bezakan antara perbelanjaan keperluan dan kehendak

Sumber Gambar: Freepik (@Pressfoto)

Lihat balik senarai yang dibuat. Kenal pasti perbelanjaan yang mana adalah keperluan dan yang mana adalah kehendak. Cara untuk kurangkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan keperluan dan menghapuskan perbelajaan kehendak.

Sebagai contoh, senarai perbelanjaan yang disenaraikan di atas. Surat khabar dan makanan ringan adalah perbelanjaan keperluan dan kehendak yang perlu dihapuskan.

Untuk solusi, anda boleh saja berhenti membeli surat khabar dan dapatkan berita-berita terkini melalui online. Bagi makanan ringan pula gantikannya dengan buah-buahan yang anda boleh bawa dari rumah.

3. Sanggup berkorban untuk kedudukan kewangan lebih baik

Sumber Gambar: The Work At Home Woman

Anda perlu berazam dan sanggup untuk ubah gaya hidup dan kurangkan keselesaan yang dirasai sekarang.

Jika hendak berjaya, anda perlu sanggup berkorban. Sebagai contoh, perbelanjaan untuk sarapan dan makan tengah hari anda boleh saja bawa dari rumah dan tidak perlu beli di luar.

Tetapi anda perlulah rajin untuk memasak dan menyediakan makanan itu sendiri jika mahu bawanya ke tempat kerja.

4. Wajib sediakan dana kecemasan

Sumber Gambar: Zasabe

Kita tidak tahu bila situasi kecemasan boleh terjadi dan melanda kepada kita. Oleh itu pastikan anda menyediakan dana kecemasan yang secukupnya kerana ianya sangat penting. Pakar kewangan menyarankan amaun dana kecemasan yang perlu ada adalah 3-6 bulan gaji anda.

5. Dapatkan nasihat daripada pakar kewangan

Sumber Gambar: The Star

Apabila anda hilang arah memikirkan masalah kewangan yang dialami, dapatkan nasihat daripada pakar kewangan.

Kadang-kadang, jalan penyelesaian ada di depan mata, tetapi mungkin ada yang tertekan dengan masalah yang dialami, maka anda tidak sedar tentang pilihan tersebut. 

Oleh itu, di sinilah peranan nasihat daripada yang pakar boleh membantu anda. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) secara percuma bagi membantu anda mengurus kewangan dengan lebih teratur.

Kesimpulannya, uruslah kewangan anda dengan positif supaya anda dapat jalani kehidupan seharian dengan lebih baik tanpa gangguan bebanan hutang serta kewangan yang negatif. Selamat beramal!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, satu platform pinjaman peribadi bank dan koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu anda semak, banding dan mohon pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan kewangan anda. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter