Wanita Ini Kongsi Hilang Duit RM5K Dalam Akaun Bank Tak Sampai 24 Jam - Direct Lending Malaysia

Wanita Ini Kongsi Hilang Duit RM5K Dalam Akaun Bank Tak Sampai 24 Jam

Sejak kebelakangan ini, kita sering didedahkan dengan aktiviti scammer yang mengambil kesempatan bagi memperoleh wang dengan cara menipu orang ramai. Selain itu, ada juga berita kehilangan ataupun kecurian wang yang dikenal pasti melalui akaun simpanan bank yang lesap secara tiba-tiba.

Terbaru, seorang pengguna di Facebook, Apol Moon’tel berkongsikan pengalamannya yang kehilangan duit di dalam akaun simpanan bank baru-baru ini. Jumlah keseluruhan wang atau kerugian yang dialaminya ialah hampir RM5,000 lebih. Ikuti perkongsian yang dimuat naiknya di Facebook di bawah:

Sumber: Facebook (@Apol Moon’tel)

Menurutnya, baki asal dalam akaun simpanan sepatunya mempunyai RM5,000 lebih, tetapi kejadian itu hanya disedari olehnya ketika cuba untuk keluar duit tersebut baru-baru ini. Pada mulanya, baki yang dilihatnya ada dalam RM2800, kemudian ketika dia cuba untuk ‘withdraw’ untuk keluarkan semua ianya tidak berjaya.

Wanita itu cuba untuk menyemak kembali baki yang tinggal, kemudian ianya menjadi RM2004, selepas dia cuba masukkan kad lagi untuk keluarkan baki yang ada ianya juga masih gagal. Dalam pada itu, dia sekali lagi cuba untuk semak kembali baki yang tinggal ianya menjadi RM1205. Tanpa membuang masa lagi, dia terus hubungi bank untuk melaporkan kejadian itu.

Pada masa yang sama, ketika dia bercakap dengan pihak bank, operator itu memaklumkan masih terdapat penolakan daripada baki yang tinggal. Ketika itu, baki akaun banknya tinggal RM400 lebih, selepas mohon untuk ditutup akaun semua bakinya akaunnya terus menjadi RM0.

Selepas itu barulah dia menerima semua pesanan atau mesej daripada CIMB sebanyak 16 mesej mengenai transaksi itu. Berikut di bawah antara screenshot mesej yang diterima olehnya:

Sumber: Facebook (@Apol Moon’tel)

Wanita itu menjelaskan kad debit atau akaun simpanan bank itu tidak pernah didedahkan kepada sesiapa pun sebelum ini. Malah, menerusi screenshotyang dikongsikan itu jelas menunjukkan transaksi berkenaan melibatkan daripada syarikat Apple, namun dia turut memberitahu dirinya tidak pernah mempunyai akaun Apple ID atau seumpamanya kerana dia memakai telefon Android.

Oleh itu, dia juga telah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kejadian untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Wanita itu juga mengingatkan kepada orang ramai terutamanya kepada yang mempunyai akaun online banking supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada mereka pada masa akan datang.

Berikut di bawah kami kongsikan antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki cara anda menggunakan online banking:

  1. Simpan kata laluan atau password sebaik-baiknya
  2. Tukar password anda dengan kerap (sekiranya boleh)
  3. Cuba jangan guna password yang sama
  4. Jangan simpan maklumat kad kredit atau debit di platform online shopping
  5. Gunakan sambungan internet WiFi rumah atau mobile data sahaja
  6. Jika anda menggunakan aplikasi online banking, download dari Apple Store atau Google Playstore sahaja
  7. Jika aplikasi tersebut meminta lebih banyak maklumat daripada apa yang sepatutnya, maka lebih baik jangan download aplikasi tersebut

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan risiko anda daripada scammer yang cuba mengambil kesempatan ke atas data peribadi anda. Stay safe semua!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk kakitangan kerajaan. Kami boleh bantu anda semak, mohon dan banding pinjaman yang paling bersesuaian dengan posisi kewangan anda. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan