Direct Lending

Tips Menggunakan Pinjaman Peribadi untuk Mengubahsuaian Rumah

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 30 November 2017 dan dikemas kini pada 10 Disember 2019.)

Aktiviti ubahsuai rumah adalah salah satu perkara yang paling mengujakan terutamanya bagi mencantikkan, membaik pulih dan membesarkan kediaman.

Pengubahsuaian kecil seperti membaiki dan mengecat cuma memerlukan persediaan yang sedikit. Namun begitu, pengubahsuaian besar seperti menambah bilik dan menukar lantai memerlukan persediaan yang rapi. Persediaan yang penting bukan hanya dari segi rekaan dan binaan, tetapi tuan rumah juga memerlukan persediaan kewangan. Kerana jika tiada wang, bagaimana untuk ubahsuai rumah kan?

Dana Terbaik untuk Ubahsuai Rumah

Gambar oleh Jcomp

Kebanyakkan pemilik rumah di Malaysia mengubahsuai kediaman mereka dengan bantuan pinjaman peribadi. Mereka mendapati kemudahan ini adalah ideal dan sesuai bagi merealisasikan keinginan untuk tinggal di kediaman bak syurga.

Tidak dapat dinafikan bahawa projek ubahsuai rumah memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, memperoleh dana yang sesuai adalah penting bagi memastikan projek tersebut dapat disempurnakan. Pastikan projek ubahsuai rumah berjalan dengan lancar dan baik menerusi beberapa langkah mudah ini.

Panduan lengkap untuk menggunakan pinjaman peribadi bagi naik taraf atau ubahsuai kediaman

1. Konsep Projek 

Gambar oleh dit26978

Keinginan untuk ubahsuai rumah selalunya terbit apabila tuan rumah mendapati kediaman mereka memerlukan perubahan drastik. Antara aktiviti ubahsuai yang lazim adalah pembesaran, baik pulih ataupun penambahbaikan menyeluruh untuk mengubah suasana kediaman. Apabila konsep telah ditetapkan, barulah perancangan boleh dilakukan dengan teliti.

2. Kos Projek

Gambar oleh Pressfoto

Sesetengah projek ubahsuai kediaman, terutamanya yang berskala besar, memerlukan khidmat jurubina untuk menyediakan rekaan yang bersesuaian dengan konsep. Tetapi, jika rekaan tidak memerlukan khidmat jurubina, maka tuan rumah dapat berjimat kerana hanya perlu membayar kontraktor untuk melakukan kerja mereka.

Dapatkan khidmat beberapa kontraktor untuk melihat rumah anda bagi tujuan memperoleh anggaran kos projek. Semak dan bandingkan setiap satu sebut harga yang diterima. Lakukan analisa mengenai senarai barangan, kos upah serta perbelanjaan berkaitan seperti kos perjanjian, permit dan lain-lain.

3. Pemilihan Kontraktor dan Perancangan Kewangan

Gambar oleh Freepik

Sebut harga dari kontraktor akan memberikan anggaran atau purata kos projek. Selain harga, jangka masa projek juga perlu tersenarai di dalam sebut harga. Maklumat tersebut adalah penting bagi memberikan gambaran mengenai serba sedikit kerumitan yang perlu diharapi sepanjang tempoh projek dijalankan.

Pemilihan kontraktor yang baik adalah penting. Sebut harga yang murah tidak selalunya baik terutamanya dari segi kualiti kerja. Dapatkan kontraktor yang disyorkan oleh orang ramai bagi memperoleh tahap kesempurnaan kerja yang tinggi.

4. Perancangan Kewangan

Gambar oleh Kate Mangostar

Apabila kontraktor telah dipilih, tiba masanya untuk menilai keadaan kewangan. Semak jika sebahagian daripada wang dapat diasingkan untuk membiayai kos projek. Jika kos terlalu tinggi untuk ditanggung, adalah lebih baik jika projek tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga keadaan kewangan menjadi lebih kukuh. Tuan rumah boleh juga guna barang kitar semula atau DIY sebagai cara untuk jimatkan kos untuk pengubahsuaian.

Jika tidak dapat jalankan projek berskala besar, maka projek masih boleh diteruskan menerusi fasa-fasa tertentu untuk memastikan keadaan kewangan tidak terganggu. Memandangkan projek ubahsuai rumah berskala besar memerlukan kos yang tinggi, tuan rumah perlu lakukan penilaian mengenai dana bantuan atau pinjaman.

5. Pemilihan Dana Bantuan

Gambar oleh Freepik

Dengan pemilihan kontraktor dan pengiraan kos projek yang teliti, sudah tiba masanya untuk tuan rumah memilih dana bantuan yang paling sesuai untuk memulakan projek. Jika kos ubahsuai sangat tinggi, maka pinjaman gadai janji atau kemudahan pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah pilihan yang munasabah. Kelebihan pilihan-pilihan tersebut adalah amaun pinjaman tinggi, kadar faedah rendah, tempoh pembayaran semula lebih panjang dan ulasan bulanan yang berpatutan.

Tetapi, jika tuan rumah ingin memperoleh pinjaman tanpa menawarkan cagaran, maka pinjaman peribadi adalah pilihan yang paling sesuai. Terdapat beberapa faktor utama menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil jalan ini. Antara faktor utamanya adalah proses permohonan pinjaman peribadi yang mudah dan cepat. Tambahan pula, terdapat pemberi pinjaman yang menawarkan konsep pinjaman berkonsep Syariah.

Tuan rumah perlu memilih pembekal pinjaman yang mempunyai reputasi yang baik. Ketahui jumlah pinjaman maksima, skim bayaran faedah dan sebarang bayaran tambahan.

Pemberi pinjaman yang sah menawarkan kadar faedah yang berpatutan and kadang-kala kadar faedahnya adalah rendah. Mereka tidak akan mengenakan sebarang bayaran pendahuluan atau caj pemprosesan. Berhati-hatilah sekiranya anda diminta untuk bayar caj-caj tersebut.

Masa untuk Mulakan Ubahsuai Kediaman

Gambar oleh Accent Renovations

Panduan lengkap ini adalah cara berkesan untuk merealisasikan konsep ubahsuai kediaman. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, projek ubahsuai kediaman akan bebas daripada masalah, bermula daripada perbincangan konsep, kerja pembinaan dan memperoleh dana bantuan.

Jika anda perlukan pinjaman peribadi untuk membina kediaman impian anda, hubungi Direct Lending dan semak kelayakan anda hari ini. Direct Lending adalah satu platform pinjaman bank dan koperasi untuk penjawat awam dan pinjaman peribadi untuk pekerja swasta di Malaysia. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

Direct Lending

Add comment