Direct Lending

(INFOGRAFIK) Moratorium/ Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Automatik 6 Bulan

Berikutan penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Untuk mengurangkan beban individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat pengumuman pada 25 Mac 2020 untuk membuat moratorium/ penangguhan terhadap semua pembayaran balik pinjaman secara automatik selama 6 bulan.

Pengumuman moratorium/penangguhan oleh BNM ini hanya tertakluk kepada pinjaman daripada bank dan institusi kewangan pembangunan (seperti Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Bank Agro).

Pinjaman daripada insitusi kewangan atau pemberi kredit bukan bank, seperti pinjaman koperasi/yayasan atau AEON Credit, tidak termasuk dibawah pengumuman moratorium BNM ini.  Tetapi, ada mereka yang juga mengambil inisiatif sendiri untuk menawarkan bantuan kepada pelanggan mereka.  Rujuki bahagian “Penangguhan Pinjaman daripada Institusi Kewangan Bukan Bank” di blog ini untuk inisiatif institusi-instutusi kewangan bukan bank.

Tip daripada Direct Lending: Ini adalah satu penangguhan, bukannya pembatalan. Tempoh pinjaman akan dipanjangkan. Jika anda mampu untuk membuat pembayaran dalam tempoh ini, adalah dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran balik seperti biasa. Faedah/bunga pinjaman masih akan dikenakan ke atas baki pinjaman dalam tempoh penangguhan ini.

Tetapi jika anda memilih penangguhan pembayaran pinjaman, gunakan wang tambahan tersebut dengan bijak. Pertama, pastikan keluarga anda mempunyai bekalan makanan serta keperluan asas yang mencukupi, dan sekiranya anda masih mempunyai wang tambahan, asingkan wang tersebut untuk membina dana kecemasan anda.

Ringkasan Pengumuman BNM Mengenai Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Soalan Lazim 

Penangguhan Pinjaman daripada Institusi Kewangan Bukan Bank (Koperasi / Yayasan/ AEON Credit)

(Kemaskini setakat 2 April 2020)

Co-opbank Pertama (CBP):

Moratorium diberikan secara automatik mulai 1 April 2020. Penangguhan pinjaman automatik ini adalah untuk individu yang tidak bertunggakan melebihi 90 hari.  Untuk info lebih lanjut, boleh rujuk ke soalan lazim daripada CBP.

Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP):

Tiada penangguhan secara automatik. Tetapi, pelanggan YIR dan YYP boleh mohon untuk penangguhan dengan lengkapkan borang permohonan ini dan emel ke pertanyaan@yir.com.my (YIR) atau pertanyaan@yyp.com.my (YYP).  Mengikuti pengumuman yayasan, dana mereka adalah daripada keluaran SUKUK dan bukan daripada deposit orang awam.

Koperasi Ukhwah:

Tiada penangguhan secara automatik. Tetapi, pelanggan koperasi Ukhwah boleh mohon moratorium melalui www.ukhwah.com.my/pembiayaan dan klik butang ‘Borang Moratorium’. Penangguhan bayaran pinjaman adalah 3 sehingga 6 bulan bergantung kepada kelulusan pihak koperasi. Dana Koperasi Ukhwah diperolehi menerusi pinjaman korporat daripada bank komersil.

Koperasi Koputri:

Tiada penangguhan secara automatik. Tetapi, pelanggan koperasi Koputri boleh hubungi koperasi melalui +60326941511 atau info@koputri.com.my 

Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia (Kobeta):

Tiada penangguhan secara automatik. Tetapi, pelanggan koperasi Kobeta boleh hubungi koperasi melalui +60326929511 atau info@kobeta.com.my untuk memohon penangguhan.

AEON Credit:

AEON Credit menawarkan 1 bulan penangguhan automatik untuk bulan April 2020. Penangguhan pinjaman automatik ini adalah untuk individu yang tidak bertunggakan melebihi 90 hari. 

MCCM Resources / IDSB (I-Destinasi)

Kedua-dua syarikat ini sebenarnya tidak menawarkan pinjaman. Untuk MCCM Resources, pinjaman adalah daripada Public Islamic Bank dan untuk I-Destinasi, pinjaman adalah daripada RHB Islamic Bank.  Sebab ini adalah pinjaman bank, ia tertakluk dalam penangguhan automatik ini.

**Maklumat yang dinyatakan adalah tepat sewaktu masa penulisan.  

Ingat ya, jangan panik! Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri kita juga pengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebanyak RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Rujuklah infografik untuk ringkasan pakej PRIHATIN ini. Bacalah blog artikel kami tentang tips menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan.

Blog ini disediakan oleh Direct Lending, satu platform Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi yang menawarkan pinjaman serendah 3.90% atau secepat 2 hari bekerja.

Direct Lending

Add comment