Direct Lending

Di antara Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi – Apakah Pilihan Anda?

Ada ketika pada waktu kecemasan kita mungkin memerlukan wang yang banyak sama ada untuk menampung kos perniagaan atau bil hospital yang tidak diduga. Dalam situasi ini anda mempunyai dua pilihan: kad kredit atau pinjaman peribadi (termasuk pinjaman koperasi untuk kakitangan kerajaan)

Mari kita lihat perbezaan di antara keduanya yang perlu diambil kira sebelum membuat pilihan sama ada kad kredit atau pinjaman peribadi:

1. Kadar faedah

Kredit: Markel Homes

Sudah semestinya, kadar faedah adalah faktor utama dan perlu diambil kira dalam setiap pinjaman. Lazimnya, kadar faedah kad kredit adalah lebih tinggi, diantara 15% hingga 18% setahun berbanding dengan kadar faedah pinjaman peribadi bank di sekitar 8% hingga 11%. Kakitangan kerajaan tertentu layak memohon pinjaman peribadi koperasi dengan kadar faedah yang rendah.  Sebagai contoh, Public Bank menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar keuntungan tetap 4.88% setahun, dan jika anda seorang penjawat awam sudah tentu ini merupakan pilihan yang wajar.

2. Had pinjaman

Kredit: The Blue Diamond Gallery

Had pinjaman peribadi lebih fleksibel berbanding dengan kad kredit, paling minimum RM3,000 dan anda boleh meminjam (jika layak) sehingga had paling maksimum RM250,000. Manakala untuk kad kredit, Bank Negara menetapkan had kad kredit setakat dua kali gaji bulanan sahaja untuk yang berpendapatan di bawah RM36,000. Jika gaji bulanan anda adalah RM3,000, had maksimum yang dibenarkan hanya RM6,000 dan ini mengehadkan perbelanjaan yang lebih besar.

3. Mudah

Kredit: IDN Times

Permohonan pinjaman peribadi perlu mendapat kelulusan daripada bank terlebih dahulu dan melalui beberapa proses sebelum anda mendapat wang tunai. Proses ini biasanya memakan beberapa hari bahkan mungkin berminggu lamanya.  Walaupun demikian, ada juga pinjaman peribadi koperasi seperti Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis yang dapat meluluskan pinjaman secepat 2 hari bekerja.

Lebih mudah lagi untuk mengunakan kad kredit. Namun, dengan kad kredit anda senang terjebak untuk berbelanja lebih dan mengumpul hutang (faedah kad kredit dikira atas jumlah terkumpul hutang pada setiap bulan) jika anda hanya pilih untuk membayar bayaran minimum bulanan sahaja.

4. Pembayaran balik

Kredit: ReliaMax

Kebanyakan bank menawarkan pelan ansuran tanpa faedah diantara 12 bulan hingga 36 bulan untuk pembelian dari peruncit yang mengambil bahagian dalam program ini. Dengan pelan ini, pengguna tidak dibebankan dengan bayaran penuh pembelian. Pengguna hanya perlu membayar ansuran bulanan tanpa faedah dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akaun kad kredit tidak didebit dengan bayaran penuh sekaligus. Pelan ini efektif hanya jika anda mempunyai disiplin diri. Jika tidak, pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi adalah lebih baik untuk anda. Kadar faedah pinjaman peribadi adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman seperti yang diluluskan.

5. Ganjaran dan penjimatan

Kredit: Flickr

Kad kredit menawarkan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus penerbangan daripada syarikat penerbangan tertentu atau produk lain dari gedung yang menawarkan ganjaran. Manakala, dengan pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi semua hutang dapat disatukan menjadi satu pinjaman dan lebih mudah untuk diuruskan. Ini boleh juga mengurangkan jumlah pembayaran kerana kadar faedah ansuran bulanan dan tempoh pinjaman adalah tetap. Selain itu, kadar yang menarik ditawarkan oleh sesetengah bank jika anda menggunakan sistem autodebit untuk pembayaran pinjaman.

Jadi pilihan saya, kad kredit atau pinjaman peribadi?

Secara amnya, kad kredit memang mudah tetapi kredit yang terhad hanya sesuai untuk pembelian yang lebih kecil manakala pinjaman peribadi lebih baik untuk pembelian yang lebih besar dan untuk pengguna yang lebih gemar kepada bayaran bulanan tetap serta terancang.

Sama ada anda memilih untuk menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi, jangan lupa untuk membuat semakan serta tinjauan terlebih dahulu dan berurusan hanya dengan institusi kewangan atau ejen pinjaman yang bereputasi baik.

Jika anda seorang penjawat awam dan memutuskan pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi menepati keperluan anda, sila dapatkan keterangan lanjut tentang pakej pinjaman peribadi koperasi terbaik yang kami tawarkan di Direct Lending.

Direct Lending

Add comment