Direct Lending

Penipu Menyamar Jadi Direct Lending yang Menawarkan Pinjaman Mudah

Sekarang ni dah ada pihak tak bertanggungawab yang menyamar jadi Direct Lending dan tawarkan pinjaman kelulusan awal. Penipu ni sekarang tengah aktif menjalankan kegiatan mereka. Baru-baru ni kami ada terima banyak panggilan daripada pelanggan dan orang awam untuk semak dan minta penjelasan tentang kenapa mereka terima panggilan dan pesanan yang mencurigakan.

Kami nak anda faham yang Direct Lending bukan pemberi pinjaman tau, kami adalah landasan pinjaman peribadi dalam talian yang membolehkan peminjam cari, mohon dan terima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Kami takkan sesuka hati hubungi anda dan kami takkan sesekali minta wang daripada anda, tak kira lah apa jadi sekalipun. PERKHIDMATAN KAMI ADALAH 100% PERCUMA!

Anda perlu berwaspada! Geng-geng penipu akan hubungi anda dengan cara-cara macam ini;

1. Kumpulan WhatsApp

Ramai pelanggan kami telah diheret ke dalam kumpulan bersembang Whatsapp. Contohnya dalam gambar kat bawah ni, penipu akan kongsi maklumat tentang pinjaman peribadi dan cuba untuk yakinkan pelanggan dengan tawaran yang tidak masuk akal. Gambar ni pelanggan kami yang hantar.

Dah ramai yang jadi mangsa aktiviti tidak bertanggungjawab ni. Daripada tangkapan skrin emel kat bawah, anda boleh nampak yang di situ tertulis ada beratus-ratus orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut. Maksudnya, mungkin ada banyak lagi kumpulan Whatsapp yang telah dicipta! Maklumat yang ni mungkin tersebar sebab ada kes baru mengenai kecurian data daripada pengendali rangkaian mudah alih.

Punyalah gigih penipu ni, sampai ada yang sanggup buat perjanjian pinjaman palsu menggunakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pelanggan. Kalau anda tengok dalam tangkapan skrin kat bawah, penipu itu ada masukkan nombor lesen KPKT di bawah nama syarikat kami. Sekali lagi, kami nak tegaskan yang Direct Lending adalah landasan dalam talian, bukan pemberi pinjaman! Kami cuma beri perkhidmatan percuma, kami tak keluarkan pinjaman.
Anda tengoklah betapa gigihnya penipu ni. Boleh pula dia buat kad nama digital untuk nampak lebih meyakinkan. Kami nak maklumkan kepada anda yang tak ada orang bernama Steven/Kelvin/Fatihah/Liya yang kerja kat Direct Lending ya! Ini adalah nama-nama penipu yang pelanggan kami dah laporkan.

Satu lagi petua yang kami boleh berikan adalah kebanyakan penipu akan guna emel @gmail/yahoo/hotmail dan sebagainya. Contoh emel sebenar dari syarikat kami adalah seperti abc@directlending.com. Selalunya emel akan diikuti dengan nama syarikat.

2. Panggilan ‘Cold Call’

Dah ramai pelanggan yang terima ‘cold call’ daripada geng penipu yang bertanya kalau mereka berminat untuk ambil pinjaman peribadi. Macam biasa lah, penipu akan buat cerita indah tentang betapa mudahnya untuk proses pinjaman dan betapa murah dan berpatutan pinjaman tersebut. Lepas tu, penipu itu akan terus menghubungi pelanggan menerusi Whatsapp pula.

Selain daripada pesanan Whatsapp dan panggilan telefon, geng penipu ini juga akan berkomunikasi menggunakan pesanan suara. Video kat bawah menunjukkan rakaman seorang penipu yang cuba untuk memperdayakan pelanggan kami dengan tawaran tak munasabah. Nasib baik pelanggan kami rasa curiga dan buat keputusan untuk hantar semua pesanan dan semak dengan kami.

Ada ramai penipu tamak haloba yang tengah tunggu peluang untuk memperdayakan anda. Sebagai seorang pelanggan, perkara penting yang anda perlu ingat adalah untuk TIDAK SESEKALI mempercayai tawaran tidak munasabah. Benda baik tidak akan datang dengan begitu mudah. Sebelum dapatkan pinjaman peribadi, pastikan anda buat semakan dan timba ilmu untuk diri sendiri dulu. Cuba semak kalau pinjaman yang korang nak dapatkan ada tanda-tanda merbahayakan dan amat penting juga untuk anda tahu perkara asas macam perbezaan antara ceti haram dan pemberi pinjaman wang berlesen. Sebab nanti, orang terakhir yang akan buat keputusan adalah diri anda sendiri.

Rencana ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan bantuan kewangan mudah, selamat dan berpatutan kepada mereka yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk mencari, mohon dan menerima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikuti laman blog kami atau di laman Facebook untuk dapatkan petua kewangan berguna.

Direct Lending

Add comment