Director

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan, mungkin anda pernah menerima pelbagai SMS atau promosi daripada bank dan koperasi. Ramai penjawat awam mencari pinjaman penjawat awam yang menawarkan kadar faedah rendah, bayaran bulanan lebih ringan dan payout tinggi. Bank seperti Bank Rakyat dan BSN sering menjadi pilihan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan kerana reputasi mereka, tetapi prosesnya boleh ketat dan mengambil masa — terutama jika anda mempunyai rekod CCRIS, CTOS atau komitmen tinggi.
Disebabkan itu, semakin ramai penjawat awam mula mempertimbangkan pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan daripada bank dan koperasi lain yang boleh dipohon secara online. Proses ini lebih mudah, pantas dan fleksibel, malah ada yang sesuai untuk mereka yang mempunyai rekod kewangan kurang baik. Dengan lebih banyak pilihan pinjaman penjawat awam di pasaran, anda boleh bandingkan kadar, semak kelayakan dan pilih pakej yang paling menguntungkan.
Kali ini kami senaraikan pinjaman peribadi yang terbaik untuk kakitangan kerajaan dan terkini untuk tahun 2025, khas untuk penjawat awam persekutuan (AG), negeri, badan berkanun dan GLC yang terpilih di Malaysia.
Semua pinjaman peribadi penjawat awam ini sesuai untuk pelbagai keperluan kewangan dan pemohon pinjaman bank dan koperasi yang mempunyai latar belakang kredit yang berbeza-beza. Sebagai contoh, pembiayaan peribadi untuk kurangkan komitmen dengan penyatuan hutang, selesaikan masalah rekod CCRIS/CTOS/AKPK/SAA, pinjaman koperasi dengan ansuran yang murah, pinjaman bank dan koperasi yang boleh lulus segera secepat 2 hari dan banyak lagi.

Pinjaman peribadi MBSB Bank ini adalah salah satu pinjaman peribadi yang terbaik untuk kakitangan kerajaan di 2025. Pembiayaan ini berkonsep Syariah, kadar keuntungannya adalah kadar terapung dari 2.97% setahun. Pinjaman ini sangat sesuai untuk buat penyatuan hutang untuk kurangkan komitmen anda.
Pertimbangan
Pinjaman peribadi untuk penjawat awam ini ditawarkan oleh MBSB Bank Berhad (“MBSB Bank”), sebuah institusi kewangan Islamik yang berlesen penuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan diawasi oleh Bank Negara Malaysia. MBSB Bank menawarkan pembiayaan berkonsepkan patuh Syariah dengan pelbagai pilihan produk termasuk pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun dan GLC terpilih.
Melalui pinjaman peribadi ini, penjawat awam boleh memohon sehingga RM400,000 bagi tempoh maksimum 10 tahun, dengan kadar terapung serendah 2.97% setahun. Dengan payout setinggi 98%, MBSB menjadi antara pilihan pinjaman dengan cash-in-hand tertinggi di pasaran. Proses kelulusannya juga cepat — sekitar 3 hingga 4 hari bekerja — menjadikannya sesuai untuk mereka yang memerlukan tunai segera bagi tujuan seperti penyatuan hutang, pembiayaan perbelanjaan keluarga atau menampung kos kecemasan.
Secara keseluruhannya, pinjaman peribadi MBSB sesuai untuk penjawat awam yang mencari pinjaman patuh Syariah dengan kadar keuntungan rendah, payout tinggi, dan proses pantas — terutamanya bagi mereka yang ingin mengurus semula hutang sedia ada untuk kurangkan komitmen bulanan. Proses pemohonan boleh buat secara online tanpa pergi ke cawangan MBSB Bank.
Mohon Pinjaman Peribadi MBSB Bank

Pinjaman peribadi terbaik kedua untuk kakitangan kerajaan adalah dari pinjaman peribadi Public Islamic Bank. Kadar faedahnya tetap dan serendah 3.88%. Interest tetap pinjaman penjawat awam ini adalah yang paling rendah di antara pasaran. Penting sekali, payoutnya juga setinggi 98%, patuh Syariah dan ada perlindungan Takaful. Biasanya, loan consultant kami akan cadangkan customer kami ambil loan ini untuk tutup hutang mahal atau dikenali sebagai debt consolidation atau penyatuan hutang kerana kadarnya yang tetap dan rendah.
Pinjaman peribadi khas untuk penjawat awam ini ditawarkan secara langsung oleh Public Islamic Bank.
Pinjaman ini sangat sesuai untuk kakitangan kerajaan yang mencari pembiayaan dengan kadar faedah tetap serendah 3.88%, iaitu interest bank kadar tetap yang paling rendah untuk pinjaman peribadi di pasaran ketika ini. Tempoh pemprosesan juga stabil, dengan kelulusan seawal seminggu selepas penyerahan dokumen lengkap.
Kadar faedah tetap dan rendah daripada Public Islamic Bank ini sesuai untuk kakitangan kerajaan yang berhasrat untuk mengurangkan komitmen bulanan dengan menyatukan hutang seperti pinjaman peribadi dan kad kredit yang memiliki kadar faedah lebih tinggi. Public Bank membenarkan peminjam menggunakan pinjaman ini untuk melunaskan hutang kad kredit dan sebagainya lebih cepat. Cara ini dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan peminjam yang perlu menyelesaikan tunggakan kad kredit dengan kadar faedah 18% setahun.
Memandangkan ini adalah pinjaman bank, Public Bank akan mempertimbangkan komitmen luar anda dalam pengiraan nisbah khidmat hutang (DSR - Debt Service Ratio) anda. Ini bermaksud potongan gaji anda tidak melebihi 60%. Walau bagaimanapun, pengiraan kos sara hidup adalah lebih rendah daripada kebanyakan bank, iaitu hanya RM700 untuk yang tinggal di bandar dan RM400 untuk kawasan pinggir bandar. Jika dibandingkan dengan bank lain, kos sara hidup untuk peminjam yang tinggal di bandar biasanya dalam RM1,500 dan luar bandar biasanya dalam RM1,000. Dengan pengiraan kos sara hidup yang lebih rendah dan kadar tetap serendah 3.88%, pinjaman penjawat awam ini menawarkan interest bank paling rendah untuk pinjaman peribadi dalam kalangan produk bank lain — sekaligus memberi peluang lebih tinggi untuk kelulusan kepada penjawat awam dengan komitmen sedia ada yang tinggi.
Namun, peminjam dengan rekod AKPK, Akaun Perhatian Khas (SAA) atau yang mempunyai tunggakan CCRIS melebihi 2 bulan (selain PTPTN) tidak layak untuk memohon pinjaman peribadi daripada Public Bank.
Harap maklum pembiayaan penjawat awam ini dipasarkan melalui ejen MCCM Resources dan Revotek. Setelah anda menghantar borang, permohonan akan diproses secara langsung di HQ Public Bank dan setelah memperoleh kelulusan (biasanya dalam masa seminggu), bank akan menyerahkan kes ini ke cawangan terpilih yang berdekatan dengan anda. Selepas itu, anda cuma perlu pergi ke cawangan tersebut untuk menandatangani surat tawaran. Duit pinjaman akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.
Ramai pelanggan kakitangan kerajaan kami yang mempunyai beberapa komitmen seperti pinjaman kereta, hutang kad kredit atau pinjaman peribadi sedia ada sehingga mencecah RM200,000, kami mencadangkan mereka menggabungkan hutang tersebut melalui pinjaman Public Islamic Bank ini kerana kadar tetap serendah 3.88% dan interest bank paling rendah untuk pinjaman peribadi, menjadikan bayaran bulanan lebih mudah diurus.
Mohon Pinjaman Peribadi Public Islamic Bank - MCCM

Pinjaman peribadi terbaik yang seterusnya untuk kakitangan kerajaan adalah dari pinjaman peribadi Ambank. Kadar faedah tetap pinjaman penjawat awam ini adalah salah satu yang rendah - 4.25% dan payoutnya juga setinggi 98%. Proses permohonan untuk pinjaman peribadi Ambank adalah secara online sahaja yang tidak memerlukan peminjam untuk hadiri cawangan Ambank.
Pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan ini disediakan oleh Ambank Islamic (anak syarikat Ambank) dengan potongan gaji oleh MCCM Resources Sdn Bhd melalui Biro Angkasa. Ambank (MCCM) menawarkan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan dengan kadar tetap 4.25% setahun untuk kakitangan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan GLC.
Penjawat awam boleh memohon pinjaman sehingga RM250,000 sehingga tempoh 10 tahun. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin menggabungkan hutang ke dalam satu akaun sekaligus menjadikan ansuran bulanan lebih murah menerusi kadar faedah yang lebih rendah.
Pinjaman penjawat awam ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan bayaran (“payout”) yang tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji. .
Ambank akan mempertimbangkan komitmen luar slip gaji sewaktu mengira kemampuan perkhidmatan hutang anda, contohnya pinjaman rumah, kereta atau kad kredit. Peminjam dengan masalah rekod negatif CTOS/rujukan perdagangan (trade reference) dengan institusi bukan bank (contohnya seperti Courts, Singer, Telco, pemberi pinjaman wang berlesen/ koperasi) masih layak untuk memohon. Walau bagaimanapun, peminjam dengan rekod AKPK atau Akaun Perhatian Khas (SAA) tidak layak memohon. Sekiranya anda mempunyai pinjaman daripada bank yang mempunyai tunggakan 2 bulan atau lebih pada masa yang terkini, anda perlu menyelesaikannya terlebih dahulu.
Proses pemohonan pinjaman peribad Ambank ini adalah online tanpa perlu hadiri di cawangan Ambank.
Mohon Pinjaman Peribadi Ambank (MCCM)

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) dan Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) merupakan antara pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan, khususnya untuk pinjaman penjawat awam yang mempunyai komitmen tinggi atau rekod kredit seperti AKPK, CCRIS dan CTOS. Tidak seperti pinjaman bank yang lebih ketat dan sukar diluluskan bagi mereka yang mempunyai rekod kewangan kurang baik, pinjaman YYP dan YIR menawarkan peluang kedua kepada penjawat awam untuk mendapatkan pembiayaan. Namun begitu, kelulusan pinjaman tetap bergantung kepada syarat dan penilaian yang ditetapkan oleh pihak yayasan.
| Skor Kredit Tinggi | Skor Kredit Rendah |
|---|---|
| Kadar 6.65% dengan pembayaran payout 84% | Kadar 8.88% dengan pembayaran payout 77% |
| - | Kadar 9.99% dengan pembayaran payout 74% |
2. Memerlukan sekitar 3 minggu untuk mendapatkan penyata penyelesaian
Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016, bukannya sebagai koperasi. Pinjaman peribadi yayasan ini sesuai untuk kakitangan kerajaan yang mencari pembiayaan yang cepat dan selamat, memandangkan pemprosesan untuk kelulusan oleh YIR/ YYP boleh dilakukan sepantas 2 hari bekerja setelah dokumentasi lengkap diterima.
Pinjaman khas untuk kakitangan kerajaan ini disediakan oleh RCE Marketing Sdn Bhd, anak syarikat RCE Capital Berhad, sebuah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia. Pemprosesan pinjaman peribadi YYP juga dilakukan oleh RCE, dan pemotongan gaji adalah melalui Biro ANGKASA.
Pembiayaan ini juga sesuai untuk peminjam yang mempunyai rekod SAA, AKPK, CTOS atau komitmen luar yang tinggi (selain pelanggan ada pinjaman peribadi luar slip gaji yang sangat tinggi), dan juga untuk mereka yang mempunyai gaji serendah RM1,500 sebulan serta telah bekerja tetap selama 6 bulan sahaja. Peminjam dengan jumlah tertunggak kurang dari RM30,000 dalam CTOS masih layak untuk memohon, tetapi harus diingatkan bahawa kadar faedah pinjaman akan terkesan.
Keistimewaan utama YYP adalah tiada yuran keahlian bulanan kepada peminjam, jadi ini boleh kurangkan beban kepada peminjam. Di sebaliknya, sebahagian besar pinjaman koperasi lain di pasaran mempunyai ahli yuran bulanan.
Untuk peminjam yang ingin buat penjelasan awal untuk pinjaman YIR atau YYP, anda boleh buat penjelasan awal dengan hubungi pihak yayasan di 03-40470888 atau pertanyaan@yir.com.my atau pertanyaan@yyp.com. Kami dimaklum ada RM100 caj pemprosesan yang akan ditambah dalam amaun penyelesaian awal. Pelanggan tak perlu bayar apa-apa caj pendahuluan untuk dapatkan penyata penyelesaian.
Untuk makluman, pihak yayasan sekarang menawarkan pembiayaan melayu Yayasan Dewan Perniagaaan Melayu Perlis (YYP). Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) buat masa kini tidak dibuka untuk pemohonan baru.
Mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis

Pinjaman Koperasi Xanderia juga merupakan salah satu pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan, terutamanya bagi penjawat awam yang mempunyai rekod CCRIS, CTOS atau AKPK yang kurang baik. Pinjaman penjawat awam ini menawarkan kadar serendah 6.99% dengan payout sehingga 80%, masih lebih rendah berbanding banyak pinjaman koperasi lain di pasaran. Oleh itu, ia menjadi pilihan bagi kakitangan kerajaan yang ingin membersihkan rekod kredit CCRIS,CTOS atau menyusun semula komitmen kewangan, dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh koperasi.
Xanderia Berhad ialah sebuah syarikat fintech patuh Syariah yang menawarkan pinjaman peribadi khusus untuk penjawat awam di Malaysia. Mereka menekankan proses permohonan secara digital dengan kelulusan yang pantas. Seperti pinjaman peribadi lain yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, pembiayaan Xanderia tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Bayaran ansuran pula dibuat melalui potongan ANGKASA, menjadikannya sesuai untuk kakitangan kerajaan.
Penjawat awam berumur antara 22 hingga 55 tahun dan bekerja tetap sekurang-kurangnya 1 tahun dalam perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman Xanderia. Menariknya, pakej ini direka khas untuk mereka yang mempunyai skor kredit rendah atau rekod dalam CCRIS, CTOS mahupun AKPK. Oleh itu, kadar tetap yang ditawarkan adalah sedikit lebih tinggi berbanding produk lain, iaitu antara 6.99% hingga 7.99% setahun. Payoutnya lebih rendah banding dengan bank, seperti bank iaitu 80% dari jumlah pembiayaan, masih tinggi banding dengan pinjaman koperasi yang lain.
Pinjaman penjawat awam ini sesuai untuk pemohon yang mempunyai rekod kredit yang kurang cantik untuk mendapatkan pembiayaan yang selamat, terutamanya jika permohonan sebelum ini ditolak oleh bank. Namun begitu, kelulusan masih tertakluk kepada syarat dan penilaian pihak Xanderia.
Ada banyak sebab kenapa seseorang memerlukan bantuan kewangan tambahan — sama ada untuk perbelanjaan besar seperti beli kereta, perabot baharu, deposit rumah atau untuk menyelesaikan hutang tertunggak.
Dalam situasi sebegini, pinjaman peribadi menjadi solusi cepat kerana ia tidak memerlukan penjamin dan sesuai untuk mereka yang perlukan fast cash. Namun, tidak semua layak memohon pinjaman bank terutama jika berpendapatan rendah atau mempunyai rekod kredit kurang baik. Oleh itu, kami senaraikan pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan dan pinjaman penjawat awam yang layak untuk gaji serendah RM1,500 termasuk elaun tetap.
Semua pinjaman ini adalah patuh Syariah, selamat dan boleh dipohon secara online melalui platform Direct Lending.
Hanya luangkan beberapa minit untuk semak kelayakan pinjaman peribadi online dalam beberapa minit untuk dapatkan pengesahan kelayakan serta-merta. Anda tidak perlu menghantar dokumen peribadi semasa membuat semakan. Ia selamat dan terjamin.
Jika layak, sediakan slip gaji anda untuk melengkapkan permohonan. Pelbagai kaedah disediakan untuk penghantaran dokumen kepada kami, salah satu cara adalah hantar melalui WhatsApp kami. Pilih kaedah yang paling sesuai dengan anda.
Semak dan tandatangan perjanjian pinjaman. Pembekal pinjaman yang anda pilih akan menghubungi anda untuk pengesahan butiran permohonan.
Duit pinjaman akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja.*

Semua pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan yang kami senaraikan tidak memerlukan sebarang bayaran deposit atau pendahuluan. Jika terdapat caj atau fi pinjaman, ia akan terus ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan — bukan dibayar secara tunai oleh pemohon. Ini menjadikan pinjaman penjawat awam lebih selamat dan telus, terutama bagi mereka yang ingin menjaga aliran tunai.
Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan daripada bank atau koperasi, anda boleh semak kelayakan secara online melalui platform Direct Lending bila-bila masa dan di mana sahaja. Kami membantu anda membandingkan pakej pinjaman bank dan koperasi dengan lebih cepat, proses mudah, patuh Syariah dan 100% percuma. Mohon dengan yakin — tiada caj tersembunyi, hanya solusi kewangan yang lebih selamat untuk penjawat awam.
Semak kelayakan secara Percuma sekarang
Pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan ialah pinjaman yang menawarkan kadar faedah rendah, payout tinggi, patuh Syariah serta proses permohonan yang mudah. Antara yang popular ialah pinjaman bank MBSB, Public Islamic Bank, Ambank Islamic, Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) dan pinjaman koperasi Xanderia.
Jika anda penjawat awam dan mempunyai skor kredit yang baik, anda layak untuk memohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah paling rendah daripada bank seperti MBSB Bank, Public Islamic Bank atau Ambank Islamic. Pinjaman bank biasanya menawarkan kadar keuntungan lebih rendah berbanding koperasi dan payout yang tinggi, sesuai untuk penjawat awam yang mahu bayaran bulanan lebih ringan. Dengan rekod kredit yang cantik, peluang lulus juga jauh lebih tinggi dan anda boleh pilih pakej pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan dengan tempoh bayaran dan kadar faedah yang paling menguntungkan.
Ya, masih boleh. Walaupun bank mungkin sukar meluluskan permohonan dengan rekod kredit yang kurang baik, ada beberapa pinjaman penjawat awam seperti YIR, YYP atau koperasi Xanderia yang menawarkan kelulusan kepada pemohon dengan CCRIS, CTOS atau AKPK, bergantung kepada syarat kelayakan.
Tidak. Semua pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan yang disenaraikan tidak memerlukan deposit atau bayaran pendahuluan. Jika ada caj atau fi pemprosesan, ia akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman (payout), bukan dibayar secara tunai.
Kebanyakan pinjaman penjawat awam membenarkan gaji minimum seawal RM1,500 termasuk elaun tetap, bergantung kepada bank atau koperasi. Semakin rendah gaji, semakin penting untuk memastikan jumlah komitmen tidak melebihi 60% dari pendapatan.
Anda boleh semak kelayakan secara online melalui platform Direct Lending. Prosesnya mudah, cepat, patuh Syariah dan 100% percuma. Hanya perlu isi maklumat asas dan anda akan dibantu untuk mendapatkan pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan yang sesuai dengan profil anda.
Mohon Pinjaman Peribadi Terbaik untuk Penjawat Awam
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 16 April 2020 dan dikemas kini pada 4 November 2025).
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.