Berita gembira buat rakyat Malaysia, tidak kira sama ada anda individu berpendapatan rendah atau sederhana dan perniagaan, hubungi bank jika perlu bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.
Setelah berakhirnya moratorium selama enam bulan, Bank Negara Malaysia sedar akan kesukaran yang terus dialami sebahagian peminjam akibat Covid-19.
Oleh itu, penambahbaikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar ini akan diberikan kepada peminjam dalam kategori yang berikut:
Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
- Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000

Para peminjam dalam kedua-dua kategori ini juga boleh memohon sama ada untuk:
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Peminjam layak memohon bantuan ini sekiranya pinjaman mereka telah diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tiada tunggakan ansuran lebih daripada 3 bulan.
Walau bagaimanapun, institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).
Menerusi posting di laman Facebook Bank Negara Malaysia Central Bank of Malaysia (Official), terdapat pelbagai tanggapan salah mengenai bantuan itu.
Dengan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) tampil menjelaskan kemusykilan tersebut. Antaranya:
1. “Tanpa moratorium menyeluruh, peminjam sukar mendapat bantuan”
Sebenarnya: Peralihan daripada moratorium automatik kepada bersasar tidak bermakna bantuan ditarik balik, sebaliknya, bantuan tetap diberikan kepada yang memerlukan. Kini peminjam ada pilihan penyelesaian kewangan yang sesuai dengan keperluan mereka.
2. “Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar hanya untuk B40”
Sebenarnya: Bantuan terus disediakan kepada semua golongan peminjam yang terjejas* akibat pandemik seperti moratorium, kurangkan kadar ansuran dan lanjutan tempoh pinjaman dan tukar kepada kemudahan lain seperti kad kredit kepada pinjaman bertempoh.
* Tertakluk pada terma dan syarat
3. “Bank minta terlalu banyak dokumen”
Sebenarnya: Terdapat beberapa golongan tidak perlu memberikan dokumen seperti B40, penerima BSH atau BPR, perusahaan mikro.
4. “Proses permohonan terlalu lama”
Sebenarnya: Tempoh proses permohonan bergantung pada situasi seperti penerima BSH dan perusahaan mikro dalam 24 jam sahaja manakala penerima BPN dalam masa lima hari dan PKS pula 14 hari.
5. “Saya tidak dapat memohon kerana PKPD dan PKPB”
Sebenarnya: Bank masih beroperasi seperti biasa, anda juga boleh memohon melalui beberapa saluran seperti telefon, e-mel atau dalam talian.
6. “Bantuan masih tidak cukup untuk menampung hutang”
Sebenarnya: Anda boleh berbincang dengan bank untuk bantuan lain seperti moratorium, kurangkan kadar ansuran dan lanjutkan tempoh pinjaman dan tukar kepada kemudahan lain misalnya kad kredit kepada pinjaman bertempoh atau anda juga boleh hubungi pihak AKPK untuk dapatkan bantuan lanjut.
7. “Tiada kos tambahan untuk bantuan bayaran balik pinjaman bersasar”
Sebenarnya: Faedah akan terus dikenakan atas jumlah ansuran justeru pertimbangkan pilihan anda dengan teliti atau sambung ansuran pinjaman jika anda mampu.
8. “Rekod CCRIS saya akan terjejas”
Sebenarnya: Semua permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar sebelum 30 Jun 2021 tidak akan dipaparkan dalam rekod CCRIS.

Orang ramai disarankan agar menghubungi bank masing-masing sebagai langkah pertama jika ingin memohon bantuan bayaran balik pinjaman.
Telefon, e-mel atau semak laman web bank anda untuk maklumat lanjut. Boleh hubungi bank dan mohon.
Jika ada sebarang masalah atau tidak dilayan sila isi borang di pautan ini http://bnm.my/tra !
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank dan koperasi yang menawarkan kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma.