(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 26 Mac 2020 dan dikemas kini pada 11 Julai 2021).
Selaras dengan pengumuman tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), peminjam individu dan perusahaan mikro serta PKS yang terjejas akibat pandemik, boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai 2021.
Pengumuman moratorium/penangguhan kali ini akan diberikan kepada semua peminjam individu melibatkan golongan B40, M40 atau T20 serta usahawan miro dan PKS.
Tidak ada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, semakan sama ada pemohon telah hilang pekerjaan dan dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Ringkasan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman/ Moratorium 2.0
Soalan Lazim
Tonton video penjelasan lanjut tentang penangguhan moratorium di sini.
Soalan Lazim Moratorium 2.0
Satu penangguhan sementara dalam jangka masa terhad yang ditetapkan ( 6 bulan ). Sebagai contoh, jika pinjaman anda adalah 120 bulan, maka dengan moratorium ia akan menjadi 126 bulan.
Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka. Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan.
Semua individu (B40, M40 dan T20)
Semua perusahaan mikro*
Semua PKS* yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19
*Seperti yang ditakrif oleh SME Corporation Malaysia
Untuk individu, penangguhan pinjaman adalah automatik. Sekiranya anda ingin meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa, anda perlu maklumkan pihak bank anda.
Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.
Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.
Peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari boleh juga menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.
Semak e-statement bank anda, dan lihat jika duit anda ditolak pada tarikh akhir pinjaman.
Anda perlu maklumkan kepada bahagian sumber manusia di tempat anda bekerja sekiranya mahu memohon moratorium 6 bulan. Anda juga harus maklumkan kepada pihak perbankan anda.
Setakat ini, moratorium adalah untuk pinjaman bank & institusi kewangan pembangunan. Kami akan kemaskini di artikel ini jika ada sebarang maklumat terkini.
1. Buat penyatuan hutang dengan pinjaman koperasi.
2. Overlap (Pinjaman bertindih)
3. Penstrukturan semula
4. Buat side job
5. Bincang dengan AKPK