Pernah tak terjadi kepada korang bila mana nak bayar barangan yang ingin dibeli di kaunter pembayaran tetapi tiada cash dan terpaksa gunakan kad debit atau kredit.
Tetapi, cashier pula cakap korang kena cukupkan RM20 baru boleh bayar guna kad berkenaan untuk membuat pembayaran. Sedangkan barang yang korang ingin beli itu hanya berharga RM5.
Jadi, terpaksalah korang cukupkan barangan yang nak dibayar tersebut sehingga genap RM20 dan baru boleh gunakan kad untuk membuat pembayaran. Biasa terjadi bukan?
Ketahuilah bahawa anda sebagai pengguna atau pelanggan mempunyai hak untuk membuat pembayaran tersebut meskipun barangan tersebut hanya berjumlah RM5.
Sama seperti kisah yang dikongsikan di Facebook oleh seorang lelaki bernama Yazeed Hair Johari ini, dia menceritakan pengalamannya berhadapan situasi yang sama ketika membeli barangan di sebuah kedai farmasi.
Ikuti perkongsian penuh lelaki ini di bawah:

Juruwang cakap tak boleh bayar guna kad debit jika barangan yang dibelinya tidak sampai RM20 dan had minimum penggunaan kad debit perlu RM20 dan ke atas baru boleh gunakan kemudahan itu.

Dedah dirinya juga seorang peniaga dan menggunakan servis terminal yang sama serta tidak mengenakan apa-apa had pembelian minimum untuk bayaran menggunakan kad debit atau kredit.

Ramai mengadu masalah yang sama dan ianya masih terjadi sehingga sekarang, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mengeluarkan arahan dan peniaga perlu patuh tidak mengenakan had pembelian minimum kepada para pelanggan mereka.

Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini dan berharap selepas ini lebih ramai orang faham tentang konsep penggunaan kad debit ini tanpa had pembelian minimum diperlukan.

Semoga pengalaman yang dikongsikan oleh lelaki ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam jika menghadapi situasi yang sama pada masa akan datang.
Laporkan kepada Bank Negara Malaysia(BNM) jika peniaga letakkan had minima penggunaan kad debit atau kredit kepada korang di talian 1-300-88-5465 atau layari laman sesawang BNM untuk maklumat lanjut.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda. Semak secara percuma hari ini.
