Tips Simpan Duit Bersama Pasangan, Mudah Saja Ini Caranya

“Tahun baru, semangat baru” – Itulah ungkapan yang kerap diucapkan oleh semua orang apabila memasuki tahun baru pada setiap tahun.

Membuat resolusi tahun baru juga sudah seperti menjadi perkara biasa sebagai agenda utama seseorang untuk tahu apa yang harus dilakukan dan menjadi fokus utama seterusnya. Sama juga seperti dalam fokus untuk kita memperbaiki sumber kewangan yang ada pada setiap tahun.

Biasa kita dengar tips menyimpan duit sendiri, tetapi kali ini berbeza ianya bagaimana tips untuk kita menyimpan duit pula bersama pasangan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @haikalhisham_ di laman Twitter baru-baru ini, beliau kongsikan beberapa cara yang mudah untuk kita ikuti. Berikut di bawah adalah perkongsian penuh beliau:

https://twitter.com/haikalhisham_/status/1344961821065715715?s=20
https://twitter.com/haikalhisham_/status/1344961822596583424?s=20

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Haikal itu, beliau menyarankan untuk mengikuti langkah-langkah yang disenaraikannya iaitu:

1. Sediakan pen, kalendar & balang kosong

Sumber Gambar: Freepik

2. Bermain ‘O-som’ (gunting, batu & kertas) dengan pasangan

Sumber Gambar: Portable Press

Kemudian tentukan pemenangnya dapat nombor genap atau ganjil. Ikutlah kesukaan masing-masing.

3. Tentukan siapa yang dapat nombor ganjil & genap

Katakan suami memilih nombor ganjil, maka isteri pula dapat nombor yang genap. Oleh itu, pada 1hb setiap bulan, suami perlu masukkan RM1 ke dalam balang dan menanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Keesokkan harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tick-kan’ pada 2hb pada kalendar. Kemudian seterusnya 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan konsisten hingga hujung bulan.

Sumber Gambar: Kalendar Kuda Malaysia

4. Hasilnya?

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465

Kalau anda konsisten menyimpan selama setahun, RM465 X 12 bulan = RM 5,580

Sumber Gambar: Rojak Daily

Jadi, bagaimana mahu atau tidak anda mencuba cara ini bersama pasangan masing-masing? Bagi yang belum berkahwin pun boleh cuba ya, tidak terhad kepada pasangan yang berkahwin sahaja. Selamat menyimpan! 🙂

Artikel ini dibawa khas oleh Direct Lending. Kami adalah satu platform pinjaman bank & koperasi terbaik. Semak kelayakan anda secara percuma melalui sistem pintar kami. Direct Lending boleh bantu and cari, mohon dan banding pinjaman yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda. Selesaikan urusan kewangan anda secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter